Tun Mahathir: Khairy mampu tewaskan Mukhriz, calon lain – Malaysiakini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Khairy Jamaluddin, yang dijangka berhadapan dengan saingan anaknya, Datuk Mukhriz dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.

“Meskipun anak saya akan bertanding (jawatan Ketua Pemuda), saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Dr. Mahathir yang telah banyak mengkritik kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy menambah:

“Saya tidak tahu sama ada orang ramai ada mendengar pencuri yang mengatakan “pencuri!”,” kata beliau yang bersara Oktober 2003 dan kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional oleh Abdullah.

Bagaimanapun pencuri berkenaan berjaya melepaskan diri sebab orang ramai mengejarnya dari arah bertentangan.

“Pencuri yang berpendidikan tinggi berjaya melepaskan diri bersama hasil rompakan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Dr. Mahathir tidak ketinggalan mengucapkan “semoga berjaya” kepada Khairy yang kini merupakan Naib Ketua Pemuda Umno, kedudukannya yang dimenangi tanpa dicabar empat tahun lalu.

Selain Khairy dan Mukhriz yang masing-masing merupakan anggota Dewan Rakyat akan berhadapan dengan cabaran dua pemimpin yang lain termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo.

“Anda (Khairy) seorang yang pintar dan layak untuk dianggap sebagai graduan pintar daripada institusi agung, Oxford University dari Great Britain,” katanya.

Malah dalam tulisannya Dr. Mahathir berkata, beliau turut kongsi sedih dengan nasib Khairy yang mengatakan beliau dihalang daripada menemui ahli-ahli Pemuda.

Perkembangan itu kemungkinan akan menyebabkan beliau kehilangan peluang bersaing jawatan yang diingini, katanya. – mstar

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

30 responses to “Tun Mahathir: Khairy mampu tewaskan Mukhriz, calon lain – Malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam Perjuangan dan Salam Perubahan…

    “Meskipun anak saya akan bertanding jawatan Ketua Pemuda, saya tidak ragu-ragu bahawa Khairy akan memperoleh kemenangan,” kata Tun Dr. Mahathir bekas Presiden Umno itu dalam tulisan terbaru blognya.

    Saya bersetuju pendapat itu berkisar pada masa-masa sebelum PRU12.

    Tetapi selepas PRU12, hanya calon-calon yang sangat berwibawa akan memenangi para perwakilan Pegerakan Pemuda…

    Sekarang sudah terjawab, kenapa Datuk Mukhriz tegas meminta YAB Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia selepas tsunami PRU12 nan lalu.

    Datuk Mukhriz menampakkan ciri-ciri pandangan jauhnya di mana kita dan ramai kerabat UMNO tidak terlintas.

    Khairy Jamaluddin (Naib Ketua Pemuda sekarang) yang dijangka berhadapan dengan saingan Datuk Mukhriz, Datuk Seri Khir Toyo dan beberapa calon lain, akan menang pemilihan Ketua Pemuda Umno Mac depan.

    Mudah-mudahan!.

  2. TIADA YANG MAMPU MENGATASI TAKDIR, NAMUN JIKA KHAIRY MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA MAKA INI MEMBAWA PERTANDA BURUK; BAHAWA UMNO MASIH BELUM BOLEH BERUBAH DARI TABIAT BURUK – KORUPSI DAN KRONI.

    BERAPA BANYAK WANG YANG SEDANG BEREDAR DIBAHAGIAN-BAHAGIAN SEKARANG INI MENJELANG PEMILIHAN PERINGKAT BAHAGIAN. SIAPA BERANI MENAFIKAN IANYA TIDAK BERLAKU??

    YANG PALING MALANG ADALAH PEMIMPIN YANG LANTANG MENYUARAKAN KEKECEWAAN BERKENAAN POLITIK WANG TETAPI MEREKALAH YANG MENGAMALKANNYA. INI BUKAN LAGI SOAL PERATURAN PARTI, JAWATANKUASA DISIPLIN TETAPI INI ADALAH BERKENAAN SIKAP AHLI-AHLI. BAGAIMANA KITA HENDAK MENGHALANG POLITIK WANG JIKA ADA TANGAN YANG MASIH MEMBERI DAN SANGGUP MENERIMA. HAKIKATNYA; ANDA TIDAK AKAN MENANG JIKA TIDAK GUNAKAN WANG DALAM PEMILIHAN.

    KHAIRY? HUH!

  3. Tamalika

    Walaupun saya bukan penyokong UMNO tetapi sebagai pemerhati trend politik semasa, saya 100% tidak menyokong Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda….. Orang kata kita bukan sahaja kena bersih tetapi biar nampak bersih… Khairy walaupun hakikat sebenar kita tak tahu dia sombong atau tidak, tetapi ramai berpendapat dia nampak sombong… dan angkuh… Jadi, saya fikir antara empat calun bertanding walaupun semuanya saya tak suka tetapi Mukhriz lebih baik sikit daripada yang lain..

  4. AbangTuah

    Salam,

    Muka Dato Mukhriz kelihatan matang, penyabar, berakhlak, berwawasan dan bersih. Aku rasa wajah tu adalah gambaran hati sesaorang. Itu aje calon lain aku tak mahu komen.

  5. Putera81

    Salam

    Putera menyokong penuh pemerhatian dan penilaian AbangTuah terhadap Datuk Mukhriz..bagi Putera sedikit sebanyak apa yang ada pada Datuk Mukhriz adalah acuan dan didikan Tun M..

    Kata Putera:
    Tentang kredibiliti & kepimpinan – ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

    Tentang kesabaran & kematangan – pengalaman mengajar segala2nya..Datuk Mukhriz matang dalam “sarangnya” sendiri dan tidak dipimpin sesiapa untuk menempuhi gelora politik..dia naik tanpa mengharapkan bantuan sesiapa dan kemenangan di Jerlun adalah bukti yang nyata..

    Tentang wawasan & keilmuan – Tun M sendiri pernah berseloroh mengatakan Datuk Mukhriz botak kepalanya akibat terlalu banyak membaca..sudah pasti banyak maklumat dan pengetahuan yang Datuk Mukhriz dapat cedok dari bahan pembacaannya..

    Tentang ketenangan – pada pengamatan Putera, Datuk Mukhriz sudah melalui saat yang lebih getir berbanding pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO..hidup mati kareer politik beliau ditentukan sejak diletakkan bertanding dalam kawasan sukar iaitu Jerlun..sekiranya Allah tidak memberi ruang untuk Datuk Mukhriz menang di Jerlun, maka tidak mustahil Mukhriz tidak lebih dari seorang anak mantan PM Malaysia..

    Putera berdoa beliau terus berjaya dan menyokong jugak kata saudara Tubir, diharapkan apabila sudah berjaya nanti, janji2 tu tolonglah ditunaikan..semoga UMNO berubah kepada yang lebih baik…

    p/s: “manusia yang berjaya adalah manusia yang hari ini adalah lebik elok dari semalam dan esok adalah lebih elok dari hari ini”

  6. Kuntakinte

    Salam, sdr putera, yang pasti Pemuda UMNO cerah masa depan, sebab terang benderang, kilat pulak tu he…he…. apa pun Pemuda baru akan mewarnai dunia politik kita dan AWAS!!!!pembangkang. dah terang lagi bersuluh kekuatan Pemuda UMNO yang akan masuk ke gelanggang kelak.

    Kalau Ketua Pemuda Mukriz, Naib Ketua Khairy teman ingat mengeletor pembangkang, gandingan yang konkrit.

  7. suara de kota

    Salam.
    Seperti kataku pada awal-awal lagi sebelum perwakilan mula 9 Oktober, 2008 saya sudah jangkakan Datuk Mukriz menjadi pilihan UTAMA.

    Pastikan para perwakilan pemuda UMNO ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia ‘menjamin’ kemenangan anak mantan Perdana Menteri Melaysia ke empat.

  8. Putera81

    Salam

    Bro kuntakinte..Putera “amin”kan doa tu..Pemuda UMNO terus berseri2 berkilau2 dek pancaran sinaran ketokohan Datuk Mukhriz..hehe..dan semoga pentadbiran berjalan licin selicinnya..hehe

    InsyaAllah selepas ini Pemuda UMNO akan berubah..dan menjadi igauan ngeri kepada pembangkang..pemuda pemuda negara akan dididik dan diasuh menjadi rakyat yang taat dan bijak membezakan antara buruk dan baik..InsyaAllah..

  9. Apai Ngelai

    Salam kuntakinte,

    Roket, bulan purnama dan 2 bijik bulan sabit akan menjadi kuih lapis sebagai juadah Hari Raya tahun depan dan akan datang.

    Kawan sokong Datuk Mukhriz jadi PM suatu masa kelak. Amiinn. Masa tuh, kawan akan duduk kat rumah makan pencen dengan hati yang tenang sekali. Hidup UMNO.

  10. ikankecil

    salam…..

    satu hari nanti ikankecil akan jd pemuda pula…..masa 2 ikankecil pula akn berjuang seperti pemuda2 skang ni…
    insyaalah….

    amin…

    ikankecil berenang bebas,…
    wasalam

  11. Putera81

    Salam

    Wahhh..lamanya Putera tak nampak kelibat ikankecil..lamanya cuti raya..Selamat Hari Raya ikankecil..hehe

    Putera doakan impian ikankecil jadi kenyataan..yang untungnya Pemuda UMNO juga..kerana dilapisi kepimpinan berwawasan dan berilmu..semoga Allah membantu setiap niat murni ikankecil..

  12. kacang

    kacang sedang berangan…………..

  13. salam

    “siapa dia khairy nie”

  14. Salam..

    Datuk Mukhriz is a better choice. Khairy cuma nak position je..Mungkin 5 tahun lagi khidmat Khairy boleh dipakai..subject to attitude review.

  15. nobody

    Apabila khairy cadangkan berdebat, tu sahaja sudah menunjukkan sikap angkuh dia dan hendak menunjukkan kepandaian dia. Dalam masa yang sama seperti terdesak sangat2 hendakkan jawatan Ketua Pemuda Umno. Pada saya, tidak perlu Dato Mukhriz melayan kehendak khairy tu. Buang masa sahaja. Mungkin dia rasa dia graduate Oxford, calon lain akan takut dan kalah dalam debat nanti.

    Apa sahaja alasan si khairy pasal cadangan tu, itu semua yang kita dengar luaran sahaja. Hakikat sebenar kita tidak tahu dan dia sendirilah kena tanya diri dia sendiri.

    Banyak kali juga didengar mengenai sombong si khairy ni walaupun saya tidak pernah berbual dengan nya. Cuma saya pernah duduk bersebelahan meja dengan nya di hotel, putrajaya lama dulu. Sekiranya takdir dia menang, mungkin kita akan lihat lagi dia dalam game bolasepak, dan bole kata kesemuanya, even Information Technology- openxml, etc. pun dia hendak bolot/participate.

    Sebelum saya datang di USA dan bekerja di sini, saya di beritahu oleh rakan bahawa beberapa kawan si khairy ni bertandang di rumahnya untuk berbincang pasal project, tender dan sebagainya, even pada waktu malam. Jadi, kita bole lihat satu contoh keburukan kroni2 dalam politik seperti yg dijelaskan oleh Tun Mahathir.

    Yang saya pelik dgn mereka2 ni, tak reti berdikari sendiri dan usaha sendiri ke? Nak jadi kaya lagi? Harapkan dengan nama ‘Khairy’? Dan siapa si khairy ni? Pegawai tinggi kerajaan, etc..? <– ayat Tun.

    Saya percaya ramai rakyat juga sudah lihat video Khairy dengan Lim Kit Siang dimana soalan lain diberi, jawapan lain yg diberi oleh khairy. Mungkin Khairy tak tahan bila diperli2 pasal ‘richest unemployed in the world’.

    Rakyat sudah bosan dan hendakkan perubahan seperti juga di America sini.

    Lebih baik buat kerja dan improve apa2 yg patut dari tak habis2 berlawan2 politik ni. Yang senang, ahli2 politik, dan yang susah, masih rakyat juga. So, banyak improvement yg kena buat.

    Cuba kita tengok negara India tu, dah launched pun rocket to moon. Sekurang2 nya institutes/universities kita kena naikla ranking walaupun memang mustahil sgt jadi seperti IIT di India tu.

    There are many brilliant minds and kind people in this world!

    Hey Dato Mukriz, take it easy. You’re cool!
    Hi melayukedah, saya setuju pasal ‘attitude review’ tu 🙂

    Syabas Tun Mahathir!

  16. zul nagore

    3 calon bertanding jawatan ketua pemuda umno malaysia.KJ calon favourite mulanya,sbb dia menantu PM.Tapi akhirnya mukhriz yg dpt pencalonan tertinggi.Kalau kita buat kajian mendalam,ini menunjukkan mukhriz akan menang.Beranikah pemuda umno bahagian bahagian mencalonkan mukhriz kalau mereka menghormati PM Pak Lah?Tentu tidak.Tetapi kebencian pada KJ dan Pak Lah membuatkan mukhriz mendapat pencalonan tertinggi.TAHNIAH kpd pemuda bahagian yg berani tidak mencalonkan KJ.Inilah yg kita harapkan dari generasi muda yg bakal memimpin negara.Pasangan regu KJ ialah Reezal Merican.Budak penang yg menginap di kl.Akan berulanglah kisah lama 10 budak hitam main tepi kolam,semua mati yg tinggal 0 budak hitam.Pemuda umno semua kena tabah dan berani utk “matikan” 2 budak hitam ni pula.merekalah yg meng”hitam”kan nama pak lah.lembaga hitam 2 org inilah yg menjadi tembok besar menjalankan tugas sbg penasihat sokong membawa rebah kpd paklah.Tak payahlah bertanding berdebat,obama pn hitam jg,tak mgkin yg kulit hitam saja pandai berdebat.Kita dah pernah dgr mukhriz berpidato di bermacam forum.Hebat dan berilmiah hujah beliau.Wak Khir Toyo,kita letak sebelah lah,itu calon kacau daun.lebih baik tumpu pada bagaimana menawan semula selangor dari pembangkang.Pemuda mesti mempunyai pemimpin dan ketua yg berani.Umno bukan tempat memberi dan menerima rasuah.Umno adalah parti yg menentukan hidup mati orang melayu malaysia.Pastikan peluang yang ada ini tidak disia siakan.silap memilih,melayu tersisih.Jgn jadikan anak cucu kita tidur selimut dingin,rumah beratap langit di masa depan,hanya kerana mengundi pada manusia yg tamak haloba.

  17. Kuntakinte

    Salam, teruskan memberi komen saudara Zul Nagore dan nobody, komen yang rasional teruskan memberi komen saudara agar perwakilan Pemuda membawa suara hati golongan muda dari peringkat bawahan.

  18. assalamualikum semua!

    sembang pasal pemilihan ketua pemuda ni teman tak ler heran sangat .. kan pasai apa dema ni kena terima ler keadaan nya macam ni … biasaler bila orang mula berkempen semua nya nak cerita buroknya. kenapa tak pikirkan yang baik pulak … kalau ada 10 pekara … sembilan yang burok satu yang baik, cuba kita cerita yang satu tu apa salahnya, apa pun teman nak cerita sikit tentang pendapat peribadi teman.. tuan-tuan terutama G2 pikirlah semasak2nya

    tiga -tiga calon banyak di perkatakan keburokannya ..malah ada pulak yang puji melambung tetiba jer calon dema yang terbaik, komer jangan menilai dari segi cerita jer… almaklumlah semua kempen managernya yg cakap calon dema yang baik, bukan teman nak menidakanya, tapi pikiorler sendiri…

    khairy jamaluddin dikatakan samseng… tang mana samsengnya … ok ler sebenornya yang riuh mengatakan kj ni samseng ialah pembangkang sebab dema tak nak kj ni yang lantang tak kira di parlimen atau di grasswood, kalau nak dikira apa ada pertalian nya saudara. kit siang ada anaknya, karpai sing pun ada anaknya … malah DSAI lagi teruk satu family lagi, malah bercita2 nak jadi PM dalam apa cara pun, kita boleh anggap kj cepat melatah.. maknanya tuan2ler yang patut tegor… tuan2 punya kuasa dan itu sebab di lantik G2 bukan nak kaut keliling tapi menjadi pemikir dan menjawab semasa mengundi bagi pihak pemuda-pemuda yang mengundi tuan2 semasa pemilihan pemuda bahagian.

    mukriz pulak kebelakangan ni terus memuncak namanya bila kearenah tun … meletop2 kita harap dia kenalah tunjukan kredibelitinya sendiri jangan mengaharap atas nama tun, pemuda memang berharap dia keluar setiap kali isu perkauman dimainkan malah bila hak melayu di perlekehkan oleh pengkhianat melayu dan pembangkang. jangan terlalu play safe, mukriz patut tampil membela dan jangan sampai orang bertanya Kenapa mukriz tak meletop (terkenal) semasa zaman Tun jadi PM, baru sekarang nama naik …itupun sebab Tun yg melatah… mukriz kena tunjuk kebolehan dan keberanian supaya pemuda boleh terpikir utk memangkah nanti

    bagi Khir Toyo pulak .. banyak jugak yang menyebut kononya dah hilang tempat di negeri selangor.. teman rasa tidak juga ini ada juga hikmahnya, harap dia boleh mimikir kan bangsanya yang mungkin sebelum ni dia tak terpikior, dato seri kenalah tunjuk lantang bukan di selangor jer tapi untuk suara pemuda seluruh malaysia yang miker lantang menentang suara sumbang, teman percaya kt boleh menggunakan lidah berpidato dan berucap dengan berapi… tapi kena lah tunjukan lantangnya miker

    apa pun ketiga2 ada kelebihan dan mungkin sedikit kekurangan .. almaklumler dema bukan tak handal tapi tak kearah itu yang kita dapat nilaikan.. tunggujer ler nanti nampak ler bila dah kearah tu, cuma dema ni sebenornya banyak diburukan pelbagai pihak.. yang nombor satu PENYIBUK… teman rasa mengkomer tentu paham… orang2 PKR….DAP…dan PAS sebab apa?…tentuler pasal taknak kita punya seorang pemimpin yang terbaik dan lantang, ..kan pasal apa panas ler jubor dema.. jadi PIKIOR LER DENGAN BAIK , KETIGA-TIGA LAYAK.. bila pemuda mencalonkan, yang penting salah seorang itu adalah seorang yang bakal meneraju dan menyertai kita menentang PENYIBUK yang pastinya jubor dema rentung panas di gasak

    sekupang dua terpikir jugak alangkah baiknya jika nama2 pencalonan seperti TUAH, MAMAK, KUNTA KINTE, PUTERA 81, SUARA DE KOTA, IKAN KECIL, APAI NGELAI….isk…isk… pening jugak teman yerler nak jadi kempen manager mana satu ni yer?.. dema tentu tak nak mengundi sekupangdua ..ater berapa nak dapat tak kan sekupang dua jer yop… he he he he teman gurau jer!

    APAPUN sekupangdua secara peribadi rasa pemilihan tak kan sama dengan pencalonan pasti ada perubahan atau turun naik sokongan pada ketiga-tiga calon ni.. sebab apa? … sebabnya ialah pencalonan sekarang banyak di pengaruhi oleh ketua-ketua pemuda bahagian yang lama dimana hampir 70-80% ketua-ketua pemuda bahagian yang diganti dengan genarasi baru disebabkan had umur yang berlebihan, jadi pemuda yang baru belum tentu mengikut seperti yang dicalonkan. kebanyakanya pencalonan sekarang disebabkan pengaruh ketua pemuda yang kini dah expired. jadi adik2 buatler keputusan sendiri, sekupangdua memang nak melihat kebangkitan genarasi komer meletop… KENA INGAT! 6.5 juta pengundi baru merupakan kuasa baru penggundi di PRU 2013 nanti… SELAMAT BERSIDANG WAHAI ADINDAKU SEKALIAN! HIDOP UMNO!… HIDOP MELAYU!

  19. Putera81

    Assalamualaikum dan salam seperjuangan buat sahabat-sahabat semua

    Buat Sekupang Dua

    Geli hati jugak teman nengok miker menulis “sekupang dua terpikir jugak alangkah baiknya jika nama2 pencalonan seperti TUAH, MAMAK, KUNTA KINTE, PUTERA 81, SUARA DE KOTA, IKAN KECIL, APAI NGELAI….isk…isk… pening jugak teman yerler nak jadi kempen manager mana satu ni yer?.”

    rasanya kecik sungguh teman nie dibandingkan dengan gergasi-gergasi blog pemuda-enggang mcm Abang Tuah, Mamak, Kuntakinte, Suara Dikota, Apai Ngelai & tak lupa bro Sekupang Dua sendiri..hehe dalam serius sekupang dua berhujah terselit jugak unsur jenaka..menghiburkan..mungkin itulah kelebihan sekupang dua..teringat kehebatan bekas Panglima UMNO dulu, bekas Adun Jerai dulu..petah tapi bersahaja..

    Menyentuh tentang kemampuan Khairy memang Putera sendiri tidak menafikan bahawa dia ada kekuatan tersendiri..malah sedikit unik..berlatar belakangkan pendidikan di Oxford..anak bekas Duta Malaysia..menantu PM..ini sedikit sebanyak merupakan kekuatan padanya tapi juga boleh menjadi sumpahan kepada hidupnya..imej Khairy sudah terpalit noda lantaran putar belit yang dilancarkan oleh musuh dalam selimut..yang mana tak henti2 menghentam Khairy dan kekayaan beliau..Putera tidak berani komen tentang perkara tersebut kerana perkara itu masih di peringkat “penyelidikan” oleh team Putera..tapi apa yang pasti Khairy perlu buktikan sesuatu yang menunjukkan dia boleh diharapkan & berguna sebagai tiang berpaut anak2 muda Melayu khususnya..bukan hanya bersandarkan kepada Bojan Hodak & Shebby sahaja..

    Justeru itu, bersetuju dengan pandangan bro sekupang dua, ketiga-tiga mereka perlu secara efektif & agresif membuktikan keupayaan mereka menjelang pemilihan nanti kerana mereka juga akan menjadi salah satu penyumbang kepada jatuh bangun UMNO kesayanganku ini pada pilihanraya yang akan datang..Wassalam

    p/s: Buat semua abang2 & pakcik2 otai dalam blog ini, khususnya Abang Tuah, Mamak, Kuntakinte, Suara Dikota, Apai Ngelai & Sekupang Dua, teruskan perjuangan di dalam blog ini..

  20. PENING JUGA MEMIKIOR KALAU KOMER BERTANDING …. USAH NAK JADI KEMPEN MANEGER…rasanya jadi tukang calon pun tak sanggup

    SEKUPANGDUA RASA LANTOK DEMA BERTANDING …IYO DEMA JER KITA TAK PAYAH LER INI DAH CUKUP BAIK IKATANNYA….itupun belum duduk sekemah bergebang.. dalam blog pun satu kepala… kalau jumpa mau tiga hari tak habih

  21. entahlah....

    bukannya untuk menunding jari kepada pemimpim yang ada atau sudah lepas zamannya hanya untuk mengajak merenung bersama adakah dapat anda menerima apa yang saya perkatakan dibawah ini,bertemu dengan pemimpin dengan membawa sampul untuk mendapat keberuntungan individu melalui saluran lagak bergaya dan hanya tahu menyondol sahaja tidak kira apa saja janji dapat apa yang dicita tak kira apa yang akan berlaku terhadap nasib bangsaku yang bernama MELAYU yang lain ini.mungkin kerana kita semua melayu yang amat berbangga kononnya islam adalah agamaku yang agung tetepi tiada apa yang hendak dapat di persembahkan pada KHALIQ MAHA PENCIPTA kerana dalam tidak sedar bukannya membenci pemimpin yang zahirnya manusia wahal tuhan yang bernama ALLAH itu sendiri…..fikirkanlah.amin

  22. saifullah/pedangAllah

    Saya bukan ahli UMNO tetapi UMNO banyak mencorak kehidupan kita sepanjang kemerdekaan negara.UMNO juga yang menjadi tunjang kewujudan parti-parti pembangkang di negara ini.Saya berpendapat sedemikian kerana tanpa UMNO kita tidak akan mengecapi kemerdekaan, maka tampa kemerdekaan juga kita tidak berupaya mentadbir negara sendiri. Kerana kemempuna dan kepercayaan yang diberi untukmentadbir sendiri maka kepercayaan diberikan kepada parti politik untuk membewa wadah perjuangan masing-masing.
    Dengan kata lain, partilain juga wujudkerana UMNO,
    Berbalik kepada persoalan Khairi dan Mukhriz, secara jujur dan peribadi saya lebih mempercayai Mukhriz kerana kita tahu siapa orang dibelakangnya, berbending Khairi yang muncul secara tiba-tiba setelah Pak Lah menjadi PM. Sebelum ini kita tidak pernah mendengar dan mengetahui siapa Khairi. Nama khairi tidak pernah wujud dalam kamus politik Malaysia sehingga tahun 2003. Ini dengan jelas membawa maksud PM mengamalkan politik kekeluargaan dan Kroni. Keadaan ini tidak pernah wujud sewaktu era Tun Mahathir. Situasi ini jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan ahli UMNO dan bukan ahli UMNO.
    Khairi membuat kemunculan secara mendadak dan naik dengan mendadak dengan mengunakan pengaruh PM. Nyata sekali ini menimbulkan rasa kurang senang ahli UMNO yang telah lama berkhidmat untuk parti dab meniti pelbagai ranjau untuk menapak, sedangkan khairi dengan senang mendapat kedudukan dalam UMNO dan kerajaan.
    NescayaKhairimenggunakan pengaruh Pak Mertua untuk menguasai kerajaan dan UMNO. maka dengan itu sokongan rakyat pada UMNO berkurangan semasa PRU-12.
    Bagi saya Khairi merupakan liabiliti buat UMNO, liabiliti ini harus disingkir sekiranya UMNO mahu embali ke landasan yang benar. Saya juga percaya sekiranya khairi terpilih untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti, nasib UMNO akan kembali parah.
    Saya berjanji sekiranya khairi terpilih untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti, undi yang selama ini saya berikan kepadaUMNO akan saya berikan kepaa parti lain atau merosakan undi atau tidak mengundi langsung.
    Terpilihnya khairi nanti akan menyebabkan UMNO hancur. Rakyat sedang menenti dengan penuh minat pemilihan UMNO nanti.
    Saya juga begitu jelek dengan PM sekarang yang langsung tidak mengenang budi dan bodoh sombong. Ini juga merupakan satu penyebeb kurangnya sokongan kepeda perti kerajaan pada PRU-12. Tindakan PM sekerang di ibarat sebagai makan bersuap tetapi tangan digigit. Mungkin PM lupa, siapa dia sebelum ini, tanpa TUN tidak mungkin dian menjadi PM. sebelum menjadi PM kita semua tahu setakat mana kedudukannya dalam politik dan parti, tetapi setelah mendapat kemuncak kuasa sudah lupa diri.
    berundurlah wahai PM sebelum hancur negaraini ditangan mu.

  23. Aji

    Saya berpendapat kedua-dua nya, Mukhriz dan Khairi bijak berpolitik. Ini bermakna mereka juga bijak dan mampu melakukan putar-belit untuk terus menjaga kepentingan politik mereka.

  24. Kuntakinte

    Salam, ye le tu sdr aji oi… kau seorang je lah mahsum, orang lain semua tak betul phuii….

  25. Putera81

    Salam

    Bro kuntakinte..sabarrrrrrrr

    Tak guna kita marahkan si aji tu..maklumlah dia tu ibarat orang buta yang perlukan tongkat..tapi malangnya tongkat dia tu pemberian patung anwar kat batu caves tu..tongkat si pari-pari agar terus bermimpi di siang hari..hahaha wassalam

  26. kuntakinte

    Salam, bro putera, betul tu, aji tu terlebih makan tongkat ali reput he..he…

  27. mangkukhayun

    hairan..
    kita nak budaya debat yang dipratikkan di AS itu sebagai perubahan dalam kancah politik m’sia..
    Persoalannya adakah kita telah terbuka minda seperti orang AS?

    lu fikirlah sendiri……

  28. king nuar sebenarnya raja segala putar-putar belit… dan kaki kencing yang di agungkan oleh orang-orang yang suka di kuyupkan.

    minda orang malaysia dah lama terbuka … kecuali beberapa kerat yang sampai sekarang masih tertutup minda nya…. mangkuk ayun .. contoh terbaik!

  29. ikankecil

    salam…
    kalau x suka 2 sume buruk sume hina….tp kalau da syg sume bek…yg buruk jd cantik yg hina jd mulia…..
    adoi…
    dunia2……..
    harap ikan dijauhi kaum2 sebegini……
    amin…..

    ikankecil berenang bebas…..

    wasalam…

  30. Albo

    Smua calon saya kenal, KJ memang sombong, Wak Khir orgnye mesra alam, Mukhriz berpndangan jauh. Perwakilan Pemuda UMNO kenalah pilih yg terbaik dkalangan yg baik-baik, yg penting KJ jgn dipilih (menjahanamkan UMNO dn bangsa melayu) Pilihlah yg 2 ogr tu je k

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s