Anwar(Hindraf) Dibidas – Malaysiakini

Beberapa ahli Parlimen hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mempertahankan tindakan pertubuhan haram Hindraf pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Mereka dalam masa yang sama turut melihat bahawa kenyataan Anwar itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Hindraf diketahui umum sebagai penyokong kuat kepada Anwar.

Sehubungan itu, kata mereka, atas dasar tersebut, Anwar dilihat akan melakukan apa sahaja bagi membela penyokongnya kerana pemimpin pembangkang itu sememangnya seorang yang terdesak.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya sekiranya Hindraf melakukan perkara yang serupa ketika Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib pertubuhan itu pastinya berbeza.

Katanya, malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri mungkin akan menjadi orang pertama yang mengecam Hindraf di atas perbuatan pada sambutan hari raya yang lalu.

”Kalau Anwar masih Timbalan Perdana Menteri, dia orang pertama akan mengutuk Hindraf, tetapi kerana hari ini pertubuhan haram itu merupakan penyokong utama kepada Anwar, maka pertubuhan itu dipertahankan.

”Sebab itu, saya minta supaya masyarakat India termasuk parti politik kaum itu supaya tidak mengikut rentak Hindraf kerana pertubuhan itu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar ketika diminta mengulas tentang kelakuan Hindraf yang dilihat keterlaluan kebelakangan ini bukan sahaja mempertahankan pertubuhan haram itu sebaliknya menyalahkan pula Utusan Malaysia kerana membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap penganut Hindu.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, tindakan Anwar mempertahankan Hindraf ternyata berlaku atas faktor politik semata-mata.

”Cara Hindraf bukan untuk datang berhari raya. Kita tidak persoalkan hasrat pertubuhan itu untuk menyampaikan memorandum. Namun, soalnya apakah tidak ada hari lain selain daripada majlis hari raya.

”Malangnya, ada pula pemimpin Melayu yang terdesak boleh menyokong perbuatan itu hanya demi mengekalkan sokongan politik,” jelasnya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, sokongan Anwar terhadap tindakan Hindraf pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Katanya, Anwar dari awal sanggup bersekongkol dengan pertubuhan yang telah memburukkan kerajaan di luar negara sebagai kerajaan yang melakukan pembersihan etnik.

”Dari awal lagi kenapa nak bersama dengan Hindraf. Mana perginya maruah kita kerana kumpulan ini yang menghina kerajaan kita yang ditunjangi kepimpinan Melayu Islam dengan pelbagai tuduhan yang tidak benar sama sekali.

”Sebab itu, setakat sokong yang baru ini, saya memang tidak hairan, bukan kita tidak tahu Anwar ini macam mana orangnya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Anwar tidak perlu membangkitkan sentimen perkauman dengan melaga-lagakan orang Melayu dan India.

Katanya, isu mengajak orang Melayu membenci orang India seperti yang didakwa Anwar tidak timbul kerana perbuatan Hindraf pada sambutan hari raya itu dapat dinilai semua pihak termasuk media.

”Orang tak pergi ziarah hari raya pakai uniform. Orang yang macam itu tentunya ada niat lain. Jadi, kenapa kita nak pertahankan pula tindakan seperti itu.

”Jangan kita mengancam perpaduan kaum hanya kerana desakan politik kita,” ujarnya.

nota: DSAI, jangan jadi desperado dalam meraih sokongan……jangan sebab berangan nk jadi PM semua benda tak baik jadi baik…..nnt merana rakyat…bukan DSAI…..keluarkanlah statement pasal ethnic cleansing yang didakwa oleh Hindraf. Jangan tanya lain jawab lain

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Anwar(Hindraf) Dibidas – Malaysiakini

  1. johny boy

    obviously boleh nampak.. UMNO takut hilang kuasa..

    sikit masa lagi la…

  2. ikankecil

    slamat sejahtera johny boy…(xpasti islam ke x..)

    buat pengetahuan saudara UMNO xkn hilang kuasanya kerana UMNO tidak penah ketandusan pemimpin yg hebat2…dan UMNO jugalah yg telah melahirkan pemimpin2 yg terbilang termasuklah si sodom anWAR 2…..terima kasih…..

    p/s die lagi terbilang kalau ikot blakang….hahahaha…

    ikankecil berenang bebas…

  3. Putera81

    Salam

    Johny Boy..UMNO tak pernah risau kehilangan seorang pemimpin kerana terlalu banyak pelapis berbakat dan berkebolehan dalam UMNO..setakat AI memang tak menjadi masalah kerana UMNO terbukti kukuh sejak sebelum AI masuk UMNO 1982 sehingga dia ditendang pada 1998..dan UMNO sememangnya incubutor yang memeram kepimpinan2 terhebat untuk memacu negara apabila diperlukan..jika dizahirkan dalam bentuk sekolah, maka UMNO sehebat MCKK, KSAH, TKC..jika AI yang dijadikan ukuran, tanyalah diri sendiri mengapa AI memilih UMNO berbanding PAS semasa mula2 hendak bertapak di arena politik negara..jika berhujah tentang PAS, mengapa mereka pernah berkeluarga dengan UMNO semasa era Dr. Burhanudin Helmi & era Datuk Asri..UMNO tetap relevan..apa yang melemahkannya adalah pengkhianat2 bangsa yang tamakkan kuasa dan pangkat sehingga sanggup menjual maruah bangsa & agama demi kepentingan sendiri..manusia itu rasanya semua orang pun tahu..

  4. Extra1

    Ikan jangan cepat menuduh sodom atau belakang,jika penyokong PR tuduh najib berzina ngan Altantunnya bagaimana…bagilah komen yang membina,,jangan serang peribadi

  5. Salam ikan kecik & Extra!

    Ha!ha!ha!Extra jangan ambik hati !!!.

  6. Apai Ngelai

    Salam,

    Kerajaan Malaysia seharusnya memberi mandat kepada DSAI sebagai PM di sebuah pulau yang terletak jauh kira-kira hampir ke tengah sempadan Filipina, dikumpulkan bersama orang-orang Hindraf dan orang-orang DAP. Kat sana, pigi lantaklah nak buat apa pun fikiran kita tak kacau dek fitnah.

    Kepada pertubuhan NGO yang berkenaan, kalau tak suka ISA pun boleh mendaftar tempat bersama mereka sekaliannya. Jangan duduk kat Malaysia nih. BAHAYA!!! Boleh mati korang tu semua besok dek penaya ISA yang ‘suka-suka’ hantam tuh… kan?

  7. ikankecil

    salam extra…..

    saudara bercakap tentang menyerang peribadi seseorang????cube saudara lihat sendiri dengan mata kepala saudara siapakah yang selalu menyerang peribadi seseorang???orang2 kami atau orang2 saudara???kaum2 juak2 saudara xmenyerang peribadi individu tau tp seluruh kaum melayu tau…
    lihat dgn mata hati…
    maaf andai tulisan ikan menyinggung perasaanmu…namum hati ini lagi tersinggung dgn perbuatan pembangkang yg x abes2 menyinggung hati masyarakat malaysia terutamanya saya anak2 melayu dan beragama islam……xperlu sy terangkan disini saudara sendiri tau ape yg saya katakan ini…..

    ikankecil berenang bebas,….

    wasalam..

  8. Extra1

    Ikan .. apa yang kau merepek ni…orang kaulah…orang akulah…cara kau memberi komen begitu ada pihak dalam UMNO pun kurang senang …mana kau tahu aku orang PR..ke kau nak aku tulis nombor keahlian UMNo aku. Aku memberi kritikan nasihat sebab tulisan kau berunsur provokasi..Kat dalam Umno cara penulisan begitu tiada kesudahannya..sebab melayu sama melayu yang saling tuduh menuduh..PR tuduh pemimpin Umno…UMNO tuduh pemimpin PR dan sememangnya ini tiada penyelesaian. Kalu pihak PR buat serangan peribadi dan UMNO buat juga, jadi..apa bezanya UMNO dan PR. PR menyinggung perasaan rakyat Malaysia seharusnya UMNO elak dari menyinggung perasaan rakyat Malaysia supaya berbeza antara UMNO dan PR. Maaf…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s