Cermin diri dulu: Muhyiddin – Malaysiakini

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan ahli-ahli parti yang menawarkan diri secara terbuka untuk merebut beberapa jawatan utama dalam UMNO memikirkan dengan betul-betul apakah tujuan dan matlamat sebenar mereka menawarkan diri.

Menurutnya, mereka perlu memikirkan baik-baik hasrat tersebut sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

”UMNO tidak menghalang atau menyekat sesiapa sahaja ahli parti untuk bertanding kerana UMNO mengamalkan demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ke-14 Jawatankuasa Bersama Perdagangan Malaysia-Australia di sini hari ini.

Mengulas mengenai minat mendadak ahli-ahli parti dan lebih mengejutkan dengan hasrat Ketua Cawangan UMNO Kampung Umbai, Pekan, Pahang, Mohammad Hanapi Salleh bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, beliau berkata, mereka ini perlu memikirkan semasak-masaknya hasrat tersebut.

Berhubung pendirian beberapa pemimpin UMNO mengumumkan keinginan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin berkata, beliau akan membuat kenyataan selepas pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi nanti.

Setakat ini, mereka yang telah menawarkan diri secara terbuka untuk bertanding jawatan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ditanya mengenai pandangan beberapa ahli parti yang melihat persaingan merebut jawatan-jawatan utama parti dilihat seolah-olah UMNO semakin teruk seperti tidak ada pemimpin, beliau berkata, itu adalah pendirian masing-masing.

”Bagi saya adalah pihak yang ada kepentingan, pandangan-pandangan tersebut perlu diambil kira,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin sekali lagi menegaskan beliau hanya akan mengumumkan pendirian bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan pendirian masing-masing.

Menurutnya, beliau perlu menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Abdullah sebelum disusuli oleh pendirian daripada Najib.

”Selepas itu, barulah saya akan buat keputusan. Setakat ini, saya belum membuat sebarang pendirian.

”Kalau mungkin Perdana Menteri buat pengumuman esok, saya jangka Najib akan nyatakan pendirian untuk jawatan Presiden, saya jangka begitu.

”Kalau ada ruang terbuka, saya akan buat kenyataan yang tertentu,” katanya.

Advertisements

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Cermin diri dulu: Muhyiddin – Malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam.

    Inilah dia ciri-ciri pemimpin yang matang dan berwawasan yang bersinar dalam diri Tan Sri Muhyuddin Yassin (TSMY). Sedar ruang, sedar waktu dan sedar diri sebelum membuat sesuatu pendirian… Kenapalah agaknya UMNO Johor tak bulat muafakat…

    Umum mengakui ramai pemimpin-pemimpin kebangsaan datangnya daripada Negeri Johor, selain TSMY, Johor membariskan pemimpin-pemimpin lain antaranya Datuk Seri Hissammuddin, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Azalina, Datuk Shahril, Datuk Noraini dan ramai lagi.

    Datuk Seri Hissammuddin cerah dalam senarai calon Naib Presiden UMNO Malaysia, begitu juga Datuk Seri Azalina mungkin akan dikehendaki sebagai pencabar jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

    Johor hebat!. Tentunya akan lebih hebat, sekiranya berpadu permuafakatan…

    Tiga puloh tahun nan lalu, suara de kota mengenali TSMY semasa sambutan Hari Penubuhan Malaysia anjuran Pemuda Barisan Nasional di Padang TPCA dekat Hospital Besar/Kampung Baru. Masa itu, TSMY erat berkerabat dengan DSAI.

    Tentunya TSMY tak kenal suara de kota kerana cuma hanya Ketua Penerangan Pemuda UMNO Cawangan di Bahagian Ampang Jaya.

    Kita doakan agar TSMY terserlah dipilih sebagai orang nombor dua UMNO Malaysia selepas pengunduran YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

  2. tubir

    salam semua
    saya setuju pandangan suara de kota,Jazlan sepatutnya lebih banyak mrnimba ilmu dan membuat home work sebelum mengambil keputusan tersebut.memang tiada salahnya menawarkan diri kejawatan itu.azlan telah mempetaruhkan masa depan nya didalam umno .Saya pernah berpesan kepada ahli umno yang berhasrat untuk bertanding jawatan tertinggi parti agar sangup dibogelkan oleh lawan dan juga ahli umno .Sekarang ini juga dilaman blog banyak cerita mengenai bagai mana jazlan naik lif untuk kejawatan bahgian pulai……kan tak sedap didengar .malah tok mat juga terkena tempiasnya ….Itu lah jangan terlalu gopohdan gelojoh ……sepatutnya jazlan menghabiskan bubur nestumnya dulu sebelum menukar selera memakan nasi .betul kata adnan yakub ukur baju dibadan sendiri .takut akut tak muat dipakai nanti…..selamat menencuba ……untung sabut timbul ……untung batu kadang kadang timbul juga maklumlah zaman moden ni .
    tentang TMY ni saya rasa beliau lebih senang diposisi sekarang ini ……… beliau ni pandai bermain sembunyi sembunyi belajar dengan tun musa …….semoga tun musa hitam sihat dan masih mempunyai pandangan yang bernas untuk buah tangan ahli umno yang muda muda .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s