PM Tidak Pertahankan Jawatan Presiden UMNO – REF Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus dijangka akan membuka luas gelanggang persaingan pemilihan parti kali ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman lusa sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Dengan keputusan Abdullah, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sudah pasti akan dicalonkan merebut jawatan Presiden.

Ia diumumkan oleh Abdullah pada pertemuan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bertemu di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Abdullah mengetuai Umno sejak Oktobet 2003 selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Beliau, Presiden Umno yang keenam menang tanpa dicabar pada pemilihan 2004.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bermula pukul 3.45 petang dan berlangsung lebih sejam.

Persidangan perwakilan bahagian Umno bermula esok.

Pendirian itu selari dengan pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd, Najib Tun Razak.

Terdahulu, Menara Dato’ Onn yang menempatkan Ibu Pejabat Umno menjadi tumpuan dengan kawasan pekarangan premis itu sudah sesak dengan orang ramai yang menanti pendirian Abdullah.

Penyokong-penyokong Abdullah berkumpul di pekarangan Menara Dato’ Onn dengan membawa sepanduk tertera mesej “Hormati Peralihan Kuasa, Elakkan Perpecahan Lagi” sambil melaungkan “Hidup Pak Lah”.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tiba pukul 3.25 petang.

Abdullah tiba 10 minit kemudian untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, yang disusuli dengan laungan “Hidup Pak Lah” dan “Pak Lah Presiden, Najib Timbalan”.

Abdullah akan memperjelaskan pemimpin komponen BN tentang pelan peralihan kuasa beliau dengan Najib. – mstar

nota: Terima Kasih Pak Lah kerana mendengar pandangan akar umbi. Sudah pasti jasa2 Pak Lah akan diingati oleh rakyat. Difahamkan juga bahawa Pak Lah akan mula bercuti dua bulan sebelum tarikh penyerahan kuasa kepada pengganti beliau.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “PM Tidak Pertahankan Jawatan Presiden UMNO – REF Malaysiakini

  1. tubir

    tabik pak lah inilah pemimpin sebenar berjuwa besar …..tak kiralah apa orang nak kata .hanya tuhan yang tahu apa yang bermain dihati beliau.JASAMU DIKENANG

  2. Salam

    Apa pun yang berlaku tak mungkin boleh diundur..sejarah tak mungkin dapat dipadamkan..mungkin kesanggupan dan pengorbanan Pak Lah meletakkan jawatan demi kemahuan akar umbi dapat menyejukkan hati penyokong2 UMNO dan BN dan sekaligus menyedarkan para pemimpin pelapis bahawa adalah suatu yang mulia mendahului kehendak parti daripada kehendak diri sendiri..

    Suara rakyat sudah didengar..pengorbanan demi perubahan yang lebih baik..jasa2 Pak Lah tetap dikenang..walaupun buah tangan peninggalannya sebagai Perdana Menteri tidak sehebat Tun Mahathir, namun sumbangannya dalam membangunkan ekonomi seperti projek NCER, dan kebolehupayaannya untuk menjana kebergantungan rakyat pada sektor pertanian juga sudah terbukti bilamana rakyat Malaysia masih boleh bernafas (walaupun sedikit sesak) dalam krisis kewangan global sekarang..kebanjiran siswazah menganggur jugak dapak dikurangkan dengan motto Pertanian Adalah Satu Perniagaan..kita sendiri dapat menyaksikan ratusan malah ribuan graduan juga orang2 berpendapatan rendah berlumba2 bercucuk tanam, membela ternakan dan mengusahakan hasil secara komersil..sedikit sebanyak turut menyumbang kepada ekonomi negara..

    Yang baik kita jadikan teladan..yang buruk kita jadikan sempadan..kerana sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk ini dari hambaNya yang serba kekurangan..wassalam

  3. Kuntakinte

    Salam, Pak Lah dah berundur, nih…Samy Veloo bila, Nik Aziz bila, Hj Hadi bila, Lim Kit Siang bila, OKU si Karpal bila. asyik pemimpin UMNO je yang kena berundur si pemimpin puak2 haluan kiri ni bila lagi, nak tunggu gajah jadi besar tikus ke baru nak lepas kuasa. yang paling heran jenis pemimpin dah hilang kuasa nak rampas kuasa pun ada dalam puak haluan kiri. ish…ish… heran!!

  4. suara de kota

    Salam.

    Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah pun mengumunkan tidak akan mempertahankan kerusi Presiden Umno Mac depan, sekali gus pastinya telah memikirkan segenap aspeks dan sebab mengapa beliau meninggalkan gelanggang persaingan pemilihan parti di mana akan bermula penamaan calon-calon penyandang semua jawatan dalam UMNO Malaysia.

    Ini, apa yang dilakukan demi parti dan Negara oleh ‘A’, Abdullah Ahmad Badawi yang sudah lebih 40 tahun ‘berkecimpung’ dalam kancah perjuangan parti.

    Lain pula pada ‘A’ satu lagi yang sangat kemaruk untuk memenuhi impian menjawat Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Kekemarukan Anwar Ibrahim amat dikesali kerana melangar banyak kemudaratan (Pencatasan, Keamanan, kestabilan, membelakangkan suara rakyat/ pilihanraya dll) demi untuk mencapai impian yang tetap bergelora semenjak lebih 10 tahun lalu.

    Haruslah dicontohi Pak Lah… suara de kota setuju dengan sdra kuntakinte agar pemimpin-pemimpin yang dah lama tu terutamanya Samy Vello, (dikatakan tidak disenangi ramai kaum India) juga menyumbang tsunami PRU12 patut juga mengikut jejak Pak Lah.

    MCA bakal diganti Presiden baru, Gerakan juga sudah ada Presiden baru, tetapi MIC tetap yang lama, yang sudah terlalu lama masih berhasrat meneruskan kepemimpinan MIC.

    Tok Guru Nik Aziz, Hj Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Karpal Singh patut juga kena berundur.

    Hal pengemudian MIC, PAS dan DAP bukanlah masalah kita, tetapi eluk juga kita beri cadangan, sebagaimana kuncu-kuncu PR sibuk mencanang hal-hal yang berkaitan dengan UMNO.

    Umno! Dulu, sekarang dan selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s