Daily Archives: October 9, 2008

Sah!! Zahid Hamidi Tarik HandBrake….Nak Tanding Naib je – REF Malaysiakini

enteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Beliau, sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, berkata keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan anggota peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno.

“Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan Umno bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (Naib Presiden) sahaja.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas petang ini.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti. BERNAMA

nota: Takpe lah Datuk, belum ‘ready’ lagi kot…tunggu pemilihan seterusnya ok!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib Umum Tanding Presiden UMNO — REF Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac ini.

nota: Ternganga lah DSAI….

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Replika tidak perlu dijadikan isu :: Anwar – REF MALAYSIAKINI

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memahami mengapa replika dirinya setinggi 12.2 meter berhadapan Wisma Keringat, Batu Caves, dekat sini dijadikan isu, berikutan ia sekadar gambar dan bukannya patung.

Beliau menambah, replika tersebut dijadikan isu kerana melibatkan dirinya sebagai pembangkang, yang mana perkara sama dianggap tidak mengapa jika melibatkan pemimpin negara seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang haram semua kena saya. Tapi kalau gambar Abdullah boleh pula halal. Kalau gambar pun tidak boleh dan perlu diturunkan, gambar Abdullah pun kena turunlah,” katanya selepas menghadiri prosiding mahkamah berhubung kes liwatnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, semalam.

Selain itu, beliau yang mengetahui pembinaan replika itu melalui akhbar menambah, tidak akan mencampuri urusan menurunkan replika tersebut kerana lebih memfokuskan perkara lain yang lebih penting.

Justeru, keputusan untuk menurunkan replika yang memakan belanja RM5,000 akan diserahkan kepada mereka yang bertanggungjawab membinanya.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menasihatkan supaya replika gambar yang diilhamkan para aktivis dan reformis serta penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves perlu dihapuskan dengan segera kerana dikhuatiri akan membawa unsur keberhalaan.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar menambah beliau akan kembali beraksi sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Isnin depan.

“Saya akan menyentuh masalah besar yang dihadapi negara iaitu masalah ekonomi, pengurusan ekonomi yang salah, rasuah dan pembelian kepentingan tambahan Maybank (Malayan Banking Bhd) dalam PT Bank Internasional Indonesia (BII) yang bersifat skandal,” tambahnya.

Ditanya tentang mesyuarat PKR Selasa lalu, Anwar menjawab, ia adalah mesyuarat biasa dan tidak menyentuh isu 13 Oktober, sebaliknya bagi membincangkan strategi dan pembangunan parti tersebut.

Pada perkembangan lain, Anwar berkata, negara akan terjerumus ke dalam bencana ekonomi yang teruk sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

“Datuk Seri Najib secara jelas menyatakan beliau sebagai Perdana Menteri akan meneruskan agenda ekonomi pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

“Kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak akan terkesan dengan perkembangan krisis ekonomi dunia sangat membimbangkan dan mempamerkan kegagalan beliau untuk menangani cabaran yang akan dihadapi oleh negara pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurut Anwar, Najib yang juga Menteri Kewangan juga tidak menunjukkan komitmen untuk memastikan Agenda Perubahan berlaku demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap Badan Kehakiman dan bertindak memerangi rasuah.

“Rakyat mahukan Agenda Perubahan dan ini telah mereka tunjukkan dengan jelas pada pilihan raya umum 8 Mac dan pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya. – sinar harian

nota: takkan nak dijadikan isu bila diri sendiri di’agung’kan oleh orang lain.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mat Taib Umum Tanding Timb Presiden…Zahid Hamidi Tarik Handbrake..KJ dapat percalonan Pertama – REF Malaysiakini

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac ini.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di ibu pejabat UMNO Selangor di sini hari ini. – Utusan

nota: satu sumber memberitahu penulis bahawa Datuk Zahid Hamidi akan menarik ‘had brake’ dari bertanding sebagai Timb Pres. Ini bergantung kepada pengumuman TSMY….

Bagi isu pemuda pula..NKP, YB KJ dapat pencalonan pertama dari Machang..

ergerakan Pemuda UMNO Machang mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dalam mesyuaratnya yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains, Labok dekat sini hari ini

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO Kuala Terengganu calonkan Najib, Zahid Hamidi – Ref Malaysiakini

Umno Bahagian Kuala Terengganu akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno dalam pemilihan Agung Umno pada Mac depan.

Ketua Umno Bahagian, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian yang diadakan Selasa lepas.

“Selain bersetuju untuk menamakan Najib untuk jawatan Presiden, mesyuarat bahagian juga bersetuju untuk menyerahkan kepada budi bicara saya bagi menamakan calon yang difikirkan sesuai untuk merebut jawatan Timbalan Presiden.

“ Dari satu sudut, kita merasakan orang yang layak bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu adalah mereka yang datang dari kalangan Naib Presiden atau mereka yang pernah menjadi Ketua Pemuda yang mana jawatannya setaraf dengan Naib Presiden Umno,” katanya, sambil menambah calon Timbalan Presiden yang dimaksudkan itu adalah Ahmad Zahid. – Bernama

nota: Adakah pemilihan kali ini melihatkan regu Najib-Zahid vs Ku Li- Muhyiddin?”??

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Harga Minyak Mentah Turun – Harga Petrol Kita Bila Lagi – Ref Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga AS$3 (RM10.49) setong semalam selari dengan kelemahan pasaran saham dunia berikutan krisis kewangan global.
Harga minyak di Amerika Syarikat untuk pasaran November didagangkan pada AS$87.19 (RM304.95) setong bagaimanapun, terdahulu ia turun lebih AS$4 (RM13.99) kepada AS$86.05 (RM301).
Kejatuhan berkenaan turut disokong pengumuman Perdana Menteri Britain, Gordon Brown untuk melaksanakan pakej menyelamat industri perbankan di negara itu berjumlah £50 bilion (RM306 bilion).

nota: tunggu apa lagi…takkan nak tunggu mesyuarat kabinet akhir bulan ni baru nk turun. proaktif la sikit. sesuatu keputusan tu tak perlulah ambil masa nk laksanakan. Contoh dah memang harga minyak turun, takkan nk tunggu keputusan kabinet tuk turunkan harga bulan depan.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Khir Toyo: Tiada sekatan saya berkempen – REf Malaysiakini

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang berhasrat bertanding Ketua Pemuda Umno, berkata beliau tidak pernah disekat untuk bertemu mana-mana anggota parti sepanjang berkempen walaupun dua bakal calon lain mendakwa menghadapi masalah itu.

Beliau berkata kenyataan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin kononnya terdapat sekatan bagi mereka untuk bertemu anggota parti adalah andaian semata-mata.

“Mungkin apa yang mereka maksudkan sekatan itu ialah apabila ramai anggota Pemuda tidak hadir pada majlis tertentu.

“Kehadiran mereka sebenarnya mencerminkan sokongan, dan jika tidak hadir, itu terjemahan (juga),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di rumah pemangku Ketua Pemuda Umno Bachok Mohd Zaidi Sidik di sini malam tadi.

Mengenai agendanya, Mohamad Khir berkata jika beliau menang, perkara yang akan dilakukan adalah membantu kerajaan menangani kemiskinan tegar sepenuhnya pada 2010 selain memastikan Selangor akan kembali ke tangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

nota: Betul Datuk Seri, tiada sekatan bagi Datuk. Tapi kena lah tau bahawa calon2 lain tu hampir semua ‘freshies’. Maybe strategi dorang belum cukup matang kot….Mungkin dorang tak guna wakil calon … dorang lebih gemar turun padang sendiri berbanding sesetengah pihak yang lebih suka hantar wakil calon….tak gitu??

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tun Mahathir terperanjat Pak Lah berundur – Ref Malaysiakini

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira apabila jangkaannya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, adalah silap.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

“Saya gembira kerana UMNO akan dapat dibina semula,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai UMNO selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: “Diam.”

Diminta mengulas tentang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah “pak lawak” semata mata. BERNAMA

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Siapa Sebenarnya Pengganti Pak Lah – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun beliau berharap Najib akan menang dalam pemilihan jawatan Presiden parti Mac depan.

“Saya harap Datuk Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden Umno dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Ditanya mengenai tarikh sebenar peralihan kuasa tersebut, Abdullah berkata, selepas Najib menjadi Presiden Umno, mereka akan mengadakan perbincangn mengenai penyerahan jawatan nombor satu dalam kerajaan itu.

Kata beliau, keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu adalah muktamad tanpa didesak oleh mana-mana pihak.

“Tanyalah mereka (pemimpin BN) sama ada mereka desak atau tidak. Saya tahu saya tak buat yang terbaik semasa pilihan raya.

“Saya rasa sekarang masa generasi baru untuk ambil alih,” katanya.

Abdullah menjelaskan bahawa Beliau tidak kesal dengan keputusannya itu, tetapi langkah tersebut disambut baik oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Dalam sidang media penuh ceria itu Abdullah memberitahu, perasaannya kini adalah seperti biasa tanpa rasa sedih.

“BN masih lagi menjadi kerajaan yang memerintah dan saya yakin BN akan terus bertahan hingga pilihan raya akan datang datang… saya yakin kita akan menang,” katanya.

Mengulas jika beliau tetap menerima pencalonan daripada Umno peringkat bahagian yang akan mula bersidang esok, beliau berkata: “Apa boleh buat… orang dah calon kita, macam mana kita nak buat, kita dah bagi tahu awal-awal lagi dah.”

nota: Berbeza dengan cara peralihan kuasa yang dilakukan oleh Tun Mahathir pada tahun 2003. Semasa beliau mengumumkan utk mengundur diri sebagai PM, nama Pak Lah terus disebut sebg pengganti mutlak beliau sebagai Presiden UMNO dan juga PM Malaysia. Tiada penggunaan perkataan ‘berharap’.  Mungkinkah harapan Pak Lah untuk melihat DSNTR sebg Presiden UMNO tidak kesampaian. Tidak dinafikan mengikut hierarki jawatan, DSNTR adalah calon paling layak kerana pada masa ini beliau memegang jawatan Timb Presiden. Tetapi harus diingatkan bahawa pemilihan UMNO MAC depan melibatkan semua jawatan.

Apakah strategi DSNTR selepas ini. Kita tungguuu!!!

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 Inisiatif Terakhir Pak Lah.. – Malaysiakini

:Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melaksanakan lima inisiatif termasuk menubuhkan tiga suruhanjaya sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan.

Ketiga-tiga suruhanjaya yang dimaksudkan Abdullah ialah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Jelas Abdullah, badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat.

“Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus,” katanya.

Selain itu, kata beliau, negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif.

“Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah,” katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, beliau juga akan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

“Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya.

“Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang,” katanya.

Tambah Abdullah, beliau begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara.

“Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, saya telah menjelaskan tentang komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial.

“Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

“Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata negara,” katanya.

Malah, tambah Abdullah, beliau ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni.

“Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis.

“Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.

“Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua,” katanya.

Bagi tujuan itu, kata Perdana Menteri, beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan.

“Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya,” katanya. “Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian,” katanya.

Jelas beliau, ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit.

“Ini adalah masa untuk memperkukuhkan peraduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya,” katanya lagi. – Mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda