Harga Minyak Mentah Turun – Harga Petrol Kita Bila Lagi – Ref Malaysiakini

Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga AS$3 (RM10.49) setong semalam selari dengan kelemahan pasaran saham dunia berikutan krisis kewangan global.
Harga minyak di Amerika Syarikat untuk pasaran November didagangkan pada AS$87.19 (RM304.95) setong bagaimanapun, terdahulu ia turun lebih AS$4 (RM13.99) kepada AS$86.05 (RM301).
Kejatuhan berkenaan turut disokong pengumuman Perdana Menteri Britain, Gordon Brown untuk melaksanakan pakej menyelamat industri perbankan di negara itu berjumlah £50 bilion (RM306 bilion).

nota: tunggu apa lagi…takkan nak tunggu mesyuarat kabinet akhir bulan ni baru nk turun. proaktif la sikit. sesuatu keputusan tu tak perlulah ambil masa nk laksanakan. Contoh dah memang harga minyak turun, takkan nk tunggu keputusan kabinet tuk turunkan harga bulan depan.

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Harga Minyak Mentah Turun – Harga Petrol Kita Bila Lagi – Ref Malaysiakini

  1. zackdanial

    kalau Kerajaan ialah berjiwa Rakyat , mmg patutlah harga minyak runcit turun . BN mana berjiwa Rakyat ?? . Ni ekonomi tak menentu , nak beli kapal selam ke2 pulak . Siapa yang order ni ? Oh Menteri Pertahanan Baru , siapa tu ye ???? Dulu kapal selam pertama dapat komisen RM400 juta , Kapal ke2 berapa komisen ? siapa dapat ? dah tentu transaksi ni akan disudahi seblum bulan Mar 09 , so duit komisen boleh dianggap “ex-gratia” seblum bersara .

  2. Putera81

    Salam

    Aku rasa ada baiknya Kerajaan mula memikirkan keperluan untuk menurunkan harga minyak..tapi atas kesedaran bahawa ilmu ekonomi dan pentadbiran awam yang terlalu cetek..maka aku hanya mampu memberikan pandangan..dan bukannya gesaan..kerana aku bukan orang yang terbaik untuk membicarakan isu harga minyak ini..

    Apa yang aku nampak secara langsung dan menurut akal logik aku yang tahap IQ ntah brapa persen saja, Kerajaan sekarang ini seakan menarik gear “reverse” dalam ertikata meningkatkan produktiviti negara..tanpa mahu berfikir secara lebih mendalam dan mencari rasional, aku melihat kenaikan harga minyak ini amat terkesan kepada kehidupan masyarakat kelas pertengahan..apatah lagi kelas bawahan yang berpendapatan jauh lebih rendah..

    Agak menghairankan bila kerajaan mengumumkan tangga gaji baru kepada semua kakitangan awam yang mana dengan harapan mereka tidak lagi terpaksa melakukan kerja tambahan atau “part-time” bagi menanggung perbelanjaan seisi rumah..dengan ini produktiviti dan kualiti dalam pekerjaan dapat ditingkatkan..tapi pada pandangan mata kasar aku tidak banyak berubah dari segi efficiency atau keberkesanan dalam menguruskan operasi dan pentadbiran..rakyat makin galak berbelanja dan makin kerap menghilangkan diri di waktu pejabat..dan kini kerajaan memberi peluang untuk kakitangannya untuk kembali melakukan “part-time” dengan syarat tidak mengganggu kerja hakiki mereka di pejabat..bagaimana halnya pula dengan produktiviti? Bagaimana pula soal kualiti jika kakitangan tadi membuka perniagaan char kowy tiow sehingga jam 2pagi untuk menjana lebihan pendapatan..

    Aku berpendapat kerajaan perlu mencari jalan supaya “memaksa” rakyat untuk lebih berhemah dalam berbelanja..atau mungkin wujudkan skim caruman wajib jangka pendek yang mana setiap kakitangan wajib memotong sekurang2nya 5% dari jumlah pendapatan bulanannya ke dalam tabungan yang mana hanya boleh dikeluarkan selepas 3 @ 5 tahun..rasanya itu lebih baik dari terus memberi subsidi itu ini kepada rakyat..jadikan caruman wajib jangka pendek itu sebagai satu pelepasan cukai pendapatan..bukankah lebih bermanfaat kepada rakyat..itu pendapat aku yang kerdil dan kurang berilmu..

    Aku amat terharu melihatkan penghidupan operator-operator kilang, pemandu-pemandu teksi dan peniaga warung kecil-kecilan yang begitu terhimpit dek permainan isu minyak global ini..kekadang terdetik juga bagaimana suami isteri yang bekerja sebagai operator dengan gaji kurang dari RM600 sebulan mampu untuk menyara anak2 yang memerlukan wang yang banyak untuk persekolahan, untuk membayar sewa rumah, bil itu ini dan lain2..diburukkan lagi dengan keengganan majikan untuk memberi kerja lebih masa kepada mereka..survival yang harus dipandang berat oleh pemimpin2 masyarakat..lebih2 lagi bagi mereka yang tinggal di bandar2 besar seperti Shah Alam, Petaling Jaya & JB..

    Peniaga makanan pula terhimpit lantaran sikap orang ramai yang mula berhati2 dalam berbelanja..harga bekalan barang mentah meningkat hampir 50% tapi mereka juga harus memikirkan reaksi pengguna yang sesekali tidak dapat menerima kenaikan harga jualan..Jika harga tidak dinaikkan, mereka rugi dan tidak dapat meneruskan survival dalam dunia perniagaan..jika harga dinaikkan, berkemungkinan juga perniagaan mereka diboikot dan mereka juga menanggung kerugian..

    Dalam soal ini aku berpendapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme bagi mengawal turun naik harga barang bagi memastikan harga barang berada pada aras yang betul pada masa yang betul..penguatkuasaan harus dipertingkatkan berkali2 ganda bagi memastikan harga barang diturunkan setiap kali harga komoditi seperti minyak turun dan memberi laluan untuk kenaikan harga hanya ketika harga komoditi meningkat..apa yang berlaku sekarang, terdapat peniaga yang menaikkan harga barang setiap kali menjelang kenaikan harga minyak di pasaran, malangnya harga itu akan terus kekal malah akan terus naik walaupun harga minyak telah kembali turun..

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  3. Kuntakinte

    Salam, sdr Zackdanial, cerita pasal minyak pegi ke kapal selam apa ke jadah nya ni. tang 2 x minyak turun kou diam je, tang naik minyak kou rupa beruk kemaruk bunga je kou orang melompat, terenjut, tergayut tepi jalan.

    Beli Kapal Selam bukan senang macam kou orang nak rasuah Ahli Parlimen lompat parti mamat oi.. berguru le dulu baru nak buat fitnah kartun lalat. kou ingat boleh rasuah sedekah china doll ke, boleh minta2 duit sedekah ke dengan developer macam exco haluan kiri kou tu.

    Teman nasihat kou kalau nak belajar cerita fitnah kau berguru dulu dengan anwar sampai khatam.

  4. AbangTuah

    Salam,

    Apelah tak ikuti perkembangan betul zackdaniel ni. Kapal selam tu dulu order dua, satu dah siap dan dah beroperasi diberikan nama KD Tungku Abdul Rahman. Satu lagi baru siap namanya KD Tun Abdul Razak.

    Betul kata brokuntakinte, gi lah dulu berguru habis-habis buek malu orang kampong yo.

  5. Anti-Kafir

    Ala mmg beli kapal selam dapat komisen.Gi sekali sekala dengar kes bunuh Altantunya kat mahkamah…jagn asyik baca akhbar arus perdana. Org bodoh je tak amik komisen cuma tak nak ngaku. Dah lah,gi mampuslah ngan isu kapal selam tu.. Ni tang rege minyak ni apsal kerajaan bengong sangat susah nak turun..jgn dok bagi alasan itu dan ini.Turun pulak macam rakyat tak reti nak kira penurunan sebenar…turunlah dengan harga yang jujur dan telus…sampai bila nak menipu..tu la akibat nye naik mendadak,bila nak turun susah…jadilah pemimpin berilmu,bukan pemimpin merapu.

  6. Kalau ko jadi PM baru ko tahu betapa susahnya nak penuhi kehendak semua rakyat.

    akhbar arus perdana lah yang paling bagus untuk dibaca dan tidak merapu. pembangkang saja yang kata akhbar arus perdana ni tipu tapi korang baca jugak.

    p/s: aku tak pernah anti kafir dalam BN

  7. AbangTuah

    Salam anti kafir.

    Aku heran siapa yang kau anti sangat nih. Mereka mahluk Allah seperti kita, jadi janganlah dianti mereka yang tidak memerangi kita.

    Isu komisyen kapalselam tu membohong aje, kau ingat senang-senang nak beri atau ambil komisyen. Bila Pak lah ambil alih Menteri pertahanan mereka tuduh pula beliau yang nak cekup komisyen pembelian pesawat eurocopter pula. Apelah kau orang ni, tak habis-habis dengan tomahan palsu lagi jahat kau orang.

  8. Apai Ngelai

    Salam abangTuah,

    Biasalah pembangkang, itulah benda yang paling halus sekali yang diorang nampak tapi kita tak nampak. Malah orang yang dituduh pun tak nampak adanya untung yang dikatakan boleh dikaut kat situ… Sebab itulah wujudnya perikatan pembangkang seperti PR ni. Pasai nak pertikaikan hal reta, reta, reta, reta, reta, reta dan reta. Kira macam gila hal reta ni lah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s