Siapa Sebenarnya Pengganti Pak Lah – Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno akan menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak bila tiba masa yang sesuai.

Bagaimanapun beliau berharap Najib akan menang dalam pemilihan jawatan Presiden parti Mac depan.

“Saya harap Datuk Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.

“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden Umno dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.

Ditanya mengenai tarikh sebenar peralihan kuasa tersebut, Abdullah berkata, selepas Najib menjadi Presiden Umno, mereka akan mengadakan perbincangn mengenai penyerahan jawatan nombor satu dalam kerajaan itu.

Kata beliau, keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya itu adalah muktamad tanpa didesak oleh mana-mana pihak.

“Tanyalah mereka (pemimpin BN) sama ada mereka desak atau tidak. Saya tahu saya tak buat yang terbaik semasa pilihan raya.

“Saya rasa sekarang masa generasi baru untuk ambil alih,” katanya.

Abdullah menjelaskan bahawa Beliau tidak kesal dengan keputusannya itu, tetapi langkah tersebut disambut baik oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Dalam sidang media penuh ceria itu Abdullah memberitahu, perasaannya kini adalah seperti biasa tanpa rasa sedih.

“BN masih lagi menjadi kerajaan yang memerintah dan saya yakin BN akan terus bertahan hingga pilihan raya akan datang datang… saya yakin kita akan menang,” katanya.

Mengulas jika beliau tetap menerima pencalonan daripada Umno peringkat bahagian yang akan mula bersidang esok, beliau berkata: “Apa boleh buat… orang dah calon kita, macam mana kita nak buat, kita dah bagi tahu awal-awal lagi dah.”

nota: Berbeza dengan cara peralihan kuasa yang dilakukan oleh Tun Mahathir pada tahun 2003. Semasa beliau mengumumkan utk mengundur diri sebagai PM, nama Pak Lah terus disebut sebg pengganti mutlak beliau sebagai Presiden UMNO dan juga PM Malaysia. Tiada penggunaan perkataan ‘berharap’.  Mungkinkah harapan Pak Lah untuk melihat DSNTR sebg Presiden UMNO tidak kesampaian. Tidak dinafikan mengikut hierarki jawatan, DSNTR adalah calon paling layak kerana pada masa ini beliau memegang jawatan Timb Presiden. Tetapi harus diingatkan bahawa pemilihan UMNO MAC depan melibatkan semua jawatan.

Apakah strategi DSNTR selepas ini. Kita tungguuu!!!

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Siapa Sebenarnya Pengganti Pak Lah – Malaysiakini

  1. zackdanial

    Yang pasti it will be DS Anwar Ibrahim , Future PM after Bad-awi

  2. suara de kota

    Hai-Hai zackdanial,

    Saya setuju dengan komen saudara, tetapi terlebih dahulu renungkan kenapa DSAI yang beria-ia sungguh untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak kesampaian, dalam jangkawaktu lebih 10 tahun lama, mengidam dan terus juga mengidamkannya…

    Allah SWT sudah menentukan seseorang itu akan menjadi Perdana Menteri, lambat launnya, andai kedudukan Perdana Menterilah menjadi haknya, pastilah disandangnya. Tetapi apa yang telah berlaku pada tahun 1998/99, DSAI dah hampir-hampir akan menjawat Perdana Menteri, tetapi takdir menidakkannya dan pada 16 Sept, 2008 pun begitu, maka ketentuan Allah jua yang lebih berkuasa – bukannya helah kita , sebagai hamba yang kerdil dan serba kekurangan sifatnya… Allahhuakbar!…

    Suratan dah ditentukan bahawa, teori RAHMAN ditentukan… Maka, insyaallah NAJIBlah yang memenuhi giliran selepas Abdullah Ahmad Badawi. Kalau DSAI berhasil helahnya akan bertukar kepada RAHMAA… Eh! janggallah.

    Saudara Zackdanial… lupakanlah PKR… Dengan izin Allah PKR juga akan turut mengekuri sejarah ‘Semangat 46’. Insya Allah.

  3. Kuntakinte

    Salam, Sdr. Zackdanial, ngigau lagi ke mike ni…… mimpi di senja hari le mike dgn puak2 haluan kiri…cermin dulu muka korang dulu. 16.09, 16.09, 16.09, yeop banyak puak DAP n Hindraf tikam nombor ekor tu yeop kena idak jugak. kita boleh gelor PKR Parti nombor ekor.

  4. harus diingat.. dalam teori RAHMAN… Anwar boleh jadi A – anuar atau N-Nuar…

  5. AbangTuah

    Salam,

    Saudara zackdaniel, janganlah bermimpi disiang hari. Terjagalah kamu dari igauan yang tak akan kesampaian, kelak dikhuatiri kamu akan terus hanyut, hilang didalam harapan mencari sebuah perjuangan kudus tapi rupanya kepalsuan juga yang kamu temui.

  6. suara de kota

    Salam untuk anak perelih

    Dikau dengarlah Abang Tuah berpesan…. “Janganlah bermimpi disiang hari. Terjagalah kamu dari igauan yang tak akan kesampaian, kelak dikhuatiri kamu akan terus hanyut, hilang didalam harapan mencari sebuah perjuangan kudus tapi rupanya kepalsuan juga yang kamu temui”.

    Jangan mimpilah… dalam teori RAHMAN… Anwar akan jadi PM… Anuar dah melepas, peluangnya telah berpindah kepada Abdullah Ahmad Badawi…

    Berhentilah ‘mendewakan’ Anwar Ibrahim hingga amat megah menegakkan replika Anwar Ibrahim di Batu Gaves.

    Yang kita agungkan cuma Allah SWT.

  7. Jika diikutkan undian oleh Merdeka Centre, Anwar lebih disukai rakyat daripada Najib

    http://globalbreakingnews.blogspot.com/

  8. nanasJohor

    Ejaan sebenar Rahman adalah Rahmaan, yang mana dalam bahasa Arab, maan itu adalah 2 harkat.. Jadi, mungkinkah boleh kita gunakan Rahmaan..? Selepas A, ada satu lagi A, sebelum huruf N..

  9. Putera81

    Salam

    Sekadar turut berkongsi memperkatakan tentang teori RAHMAN..secara logiknya kalau diikut satu per satu abjad dalam perkataan tersebut, peluang AI memang sudah tidak ada lagi..tapi bagi yang begitu taksubkan AI bermacam cara hendak dilakukan untuk menegakkan benang yang basah..ada yang berpendapat ejaan RAHMAN itu sepatutnya berbunyi RAHMAAN bagi memberi peluang untuk AI menduduki kerusi A yang terakhir..dan lebih sedih lagi bila melihatkan fanatik tegar yang mengatakan AI boleh wujud dalam A ataupun N (Nuar)..kan lebih bagus kalau N tu depa letak Nurul Izzah ja..ada jugak logik berbanding Nuar Berahim..kesian

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  10. Anti-Kafir

    Jangan nak jadi munafik ikut teori Rahman lah Teori itu dan ini..ni semua kerja setan nak sesatkan orang…belum tentu lagi najib ke nuar ke jadi PM kot dua2 pendek umur mampus cam mana. Berdoalah dapat Pm yang kuat agama dan Iman nye sekurang2 tahu menjaga anak bini menutup aurat.Nak jaga rakyat, anak bini tak tahu nak disiplinkan. Kalau ngaku Islam, hidup cara Islam.Orang kata kafir marah tapi benda yang paling mudah seperti tutup aurat pun tak leh nak buat.islam keturunan je lah tu.

  11. Putera81

    Salam

    Anti-kafir..nama anda pun sudah agak menggerunkan..tapi mungkin sekadar nama?

    Islam sesekali tidak membenarkan mana2 orang sekali pun mengkafirkan sesama Islam..tapi anda begitu lantang mengkafirkan orang yang kononnya tak mampu mendidik anak isteri dengan baik..satu pertanyaan mudah, berapa akrab anda dengan DSNajib sehingga mampu berkata bahawa dia tidak mengamalkan Islam? Dan begitu yakin sekali anda mengkafirkan DSNajib lantaran anak isterinya tidak mengamalkan Islam setulen2nya..tapi satu lagi pertanyaan mudah, bagaimana pulak dengan keluarga anda??? Ibu anda? Kakak dan adik perempuan anda? Isteri anda? sepupu sepapat anda? Apakah mereka begitu maksum dan Islam dalam konteks yang sebenar? Kalau setakat menutup aurat tapi mengumpat perihal orang lain, tidak menghormati ibu dan bapa..apakah cukup kualiti Islam dalam diri mereka? Bukan apa..aku melihat ayat2 tulisan anda sendiri sebagai tidak mencerminkan Islam..penuh dengan kekasaran dan bahasa keras..lebih molek mampus itu digantikan dengan mati atau meninggal..tak kurang lagi bahasa melayu yang boleh digunakan bagi menggantikan perkataan mampus..nasihat aku, bila2 lapang, pergilah kedai dan belilah cermin untuk digantung dalam bilik sendiri..teori hanya sekadar teori yang boleh diperbincangkan, bukan ketentuan sejak azali..tiada sapa yang dapat menduga apa yang ditulis di Loh Mahfuz olehNya..dan tiada siapa yang boleh menidakkan Qada’ & Qadar..

    Kami sebagai pendokong pelapis UMNO selalu mengharapkan bantuan Allah memberikan kami pemimpin yang terbaik..tetapi kadangkala kita sendiri tidak dapat menafsirkan erti “terbaik” itu..hanya Allah yang tahu kenapa seseorang itu adalah yang “terbaik” untuk masa tertentu..

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  12. Anti-Kafir

    Bila masa pula aku kata DS NAjib tidak mengamalkan Islam.Ini lah sikap orang yang memberi komen atas kepentingan parti yang di sokong…cepat terasa dan emosi.Aku mengeluarkan kenyataan secara umum untuk difikirkan dan siapa makan cili dia terasa pedas.Di malaysia tak kira pembangkang mahu pun kerajaan apakah kehidupannya mengamalkan cara Islam. Cuba beza kan antara orang kafir dan ISlam di Malaysia.Org kafir main nombor ekor bagaimana org islam?.Org kafir tukar2 pasangan bagaimana dgn org islam di MAlaysia? Aku hanya bagi contoh…org kafir di malaysia tidak bertudung bagaimana dengan org Islam di malaysia? so apa yang membezakan org isam dengan orag kafir? tepuk dada tanya selera.contoh lain…jika Lim kit siang menghadiri majlis suami isteri,Samy vellu suami Isteri, dan pemimpin yg ngaku islam hadir suami Isteri tetapi tidak bertudung…Apakah yang membezakan pemimpin islam tersebut dengan kit siang suami isteri dan Sammy vellu suami isteri.

    Putera81..ketika aku dan beberapa sahabat di timur tengah menonton Tv aku pernah ditanya adakah pemimpin itu Islam kerana pemimpin islam suami isteri yang hadir tiada beza dengan pemimpin kafir suami isteri yg yang hadir dalam majlis tersebut.

    p/s aku hanya berdoa mendapat pemimpin yang mengamal cara hidup ISlam tidak kira dari kerajaan atau sebaliknya.

    Jika marah digelar kafir bezakan cara hidup dengan org kafir bukan sekadar nama yang membezakan nan ti jadi seperti iNdonesia kerana nama pun macam org Islam tetapi kafir.Pakaian macam org Islam tetapi kafir.

    Aku tidak menggelarkan mana2 parti adalah kafir kecuali parti yang pemimpinnya adalah orang kafir seperti DAP,MIC,MCA GERAKAN dan ada lagi kot yang aku tak tahu

  13. Salam,
    hish…!hish…! hampa yang penyokong anwar ini tak habis-habis lagi ya!!!.Anuar itu jadi lemang dah!dah kena makan dengan Rendang Kepala Batas!!!.Yang hampa penyokong ini jadi kayu bakar untuk lemang ini yang merana!.Sedarlah kawan-kawan!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s