Tun Mahathir terperanjat Pak Lah berundur – Ref Malaysiakini

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira apabila jangkaannya bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan berundur sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, adalah silap.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

“Saya gembira kerana UMNO akan dapat dibina semula,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai UMNO selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: “Diam.”

Diminta mengulas tentang Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO hanyalah “pak lawak” semata mata. BERNAMA

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Tun Mahathir terperanjat Pak Lah berundur – Ref Malaysiakini

  1. ahpauzi

    Saya rasa mulai sekarang Tun Mahathir tengah bersiap-siap sekarang untuk mengunjungi Baitullah seperti mana yang telah saya syorkan didalam blognya dan ada baiknya menetap hingga ke mati kerana mati disana banyak faedah dan keistimewaannya kerana dendam dah terlerai.

  2. suara de kota

    Salam Perjuangan…

    Alhamdullillah, kerana apa yang dinantikan lebih-lebih lagi apa yang dimahukan oleh Negarawan Tun Dr. Mahathir sudahpun berlaku. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pah Lah) akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Mac, 2008 nanti. Harakinya, Presiden UMNO Malaysia akan menjawat Perdana Menteri Malaysia.

    Dan mengikut skripnya; Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

    Kini dan selama usia yang ditentukan Illahi, Tun Dr. Mahathir perlu dan wajar kembali kepangkuan UMNO sekaligus akan memberi sesuatu input yang berkesan agar UMNO dan Barisan Nasional diterima dan disanjung semula oleh rakyat Malaysia.

    Jangan Melayu umpama ” Burung terkukur, di mana ianya hinggap di situ ianya mengaku hak – tetapi semakin ‘pemburu’ datang, semakin ke arah rimbalah ianya terbang. Pabila sedar, si terkukur sudah pun berada di ‘jurang’ “.

    Mengapa tidak ” Kiranya bumi tercinta mendendangkan irama nenek moyang tercinta, tentunyalah kita mengikut tari dan rentaknya, andainya padi di bendang masih lagi menguning, tidak sekoi mahu kita tuai…”.

    Bersatu teguh – bercerai roboh!!!.

  3. >>ahpauzi
    October 9, 2008 at 9:33 am

    Saya rasa mulai sekarang Tun Mahathir tengah bersiap-siap sekarang untuk mengunjungi Baitullah seperti mana yang telah saya syorkan didalam blognya dan ada baiknya menetap hingga ke mati kerana mati disana banyak faedah dan keistimewaannya kerana dendam dah terlerai.<<

    SAUDARA,
    SAYA TERKELIRU DENGAN PANDANGAN SAUDARA TENTANG DENDAM YANG SUDAH TERLETAI. DAPATKAH KITA MENYELAMI HARI SESEORANG DAN MENYATAKAN BAHAWA TDM LAKUKAN SESUATU KERANA DENDAM? NIAT ADALAH SESUATU YANG DIDALAM HATI. BAGAIMANA SAUDARA DAPAT MENYELAMI HATI TDM? MUNGKIN AMALAN SAUDARA SANGAT TINGGI DAN MUNGKIN MENCAPAI TAHAP WALI?

    MENCADANGKAN TDM KE BAITULLAH ADALAH BAIK TETAPI MEMINTA BELIAU MENETAP HINGGA KE MATI NAMPAK TAK RASIONAL. APAKAH SAUDARA BERDENDAM KEPADA BELIAU? APAKAH DOSA BESAR BELIAU KEPADA SAUDARA SECARA PERIBADI SEHINGGA TAK DAPAT DIMAAFI?

    MEMANG RAMAI MANUSIA YANG BIJAK TETAPI TAK RAMAI YANG BERAKAL.

  4. Salam

    Agaknya si Ahpauzi nie dendam kat Che Det sebab tak boleh nak jadi menantu dia kot..hehe

    Atau pun dia dendam dengan Tun sebab Tun tak response komen dia dalam blog chedet.com..

    Aku rasa sebelum Ahpauzi menghambat TDM ke luar negara untuk bertaubat kononnya dan beramal ibadat di bumi yang penuh keberkatan itu, ada baiknya Ahpauzi fikirkan cara nak hambat puak2 Hindraf yang kurang adab dan tak dak tatasusila tu..sekurang2nya ada la jasa untuk Malaysia dan agama Islam…

    Hak untuk mati di mana bukan terletak di tangan Che Det, orang UMNO, PAS atau PKR jauh sekali di tangan Ahpauzi..tapi di tanganNya..kalau Che Det bermastautin di Tanah Suci Mekah sekali pun, tapi kalau Allah mengkehendaki supaya Che Det kembali ke pangkuanNya di Aloq Setar..maka tidak ada makhluk yang mampu menahannya..

    Aku sokong kata2 saudara Azam..memang banyak manusia pandai, tapi sedikit benar yang tahu menggunakan akalnya..Wassalam..

  5. Salam

    Aku rasa ada baiknya si Ahpauzi itu sendiri yang mempraktikkan cadangannya itu dengan bermastautin ke Tanah Suci Mekah..kerana aku kira selepas dapat meluahkan ketidakpuasan hati kepada Che Det..dendam dia dah terlerai..hehe

  6. Kuntakinte

    Salam, sdr. ahpauzi Melayu mudah lupa,Melayu mudah lupa, melayu mudah lupa, melayu mudah lupa :-

    1. lupa diri
    2. lupa asal usul
    3. lupa jasa
    4. lupa daratan
    5. lupa bangsa
    6. lupa keluarga
    7. lupa agama
    8. lupa maruah
    9. lupa keturunan
    10. lupa diuntong

  7. suara de kota

    Ah pau zi…

    Saudara tidak berbanggakah kerana kemampuan dan kebijaksaan TDM, Negara Malaysia
    dikenali dalam dunia…

    Sebelum usaha TDM, Singapura yang lebih kecil saiznya daripada Malaysia, dikenali warga dunia…

    Malaysia harus megah dipersada dunia… tetapi kenapa ada usaha ada pihak-pihak yang hendak menghancurkannya…

    Insya Allah, hanya insan-insan yang terpilih sahaja yang akan dapat meninggal di depan Baitullah. Suara De Kota, teringatkan arwah sahabat saya, Ismail Din meninggal di depan Baitullah lebih-lebih lagi di Hijir Ismail dua tahun lalu. Semuanya kehendak Allah.

    Marilah sama-sama kita melenyapkan kemungkaran; antaranya yang terbaru menegakkan patung DSAI di Batu Gaves dan memunculkan kewujudan kalimah Allah dalam gereja di Shah Alam.

    Hairannya… Pas menyokongnya… dimana perjuangan Islamnya… Allahuakbar…

  8. AbangTuah

    Salam,

    Datanglah beramai-ramai ke Batu Cave menyaksikan patung Sri BalaNuaBrahim. Makanan percuma disediakan oleh Dewi Treezaa kepada penganut setia, iaitu TALOR RABUS!!

    Oppss silap tajuk, sorry yek..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s