Daily Archives: October 10, 2008

Khairy Dapat Lagi….giliran Pengkalan Chepa – REF Malaysiakini

:Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan pada pemilihan parti Mac depan.

Pada persidangan perwakilannya di sini hari ini yang dihadiri 182 anggota daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memperoleh 49 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi.

Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Isa Samad pun tanding Naib Presiden

Bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Samad pagi Jumaat menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia pada pemiihan parti itu Mac depan. Bercakap pada sidang media di Nilai, beliau berkatam penawaran dirinya untuk bertanding jawatan itu bagi meneruskan mandat yang diberikan oleh perwakilan pada pemiihan UMNO tahun 2004 lalu yang tidak ‘sempat’ dilaksanakannya. Mengenai peluang beliau kerana ramai calon Naib Presiden terdiri daripada kalangan mereka yang lebih muda dan dilihat menjadi pelapis berbanding beliau yang dilihat sudah ‘vateran’, Isa berkata, beliau yakin atas kebijaksaan perwakilan UMNO untuk membuat pilihan. Malah katanya, gandingan lama dan baru akan lebih mengukuhkan parti.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tak habis-habis dengan tarikh baru..Anwar-Anwar…sabar lah…. -REF Malaysiakini

Tempoh dua bulan akan datang menjelang hari Raya Aidiladha kini menjadi sasran Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru Persekutuan?

Sasaran hari raya Korban pula dibayangkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini semalam.

“Sasaran 16 September, ia masih landasan. Tak minggu ini, minggu depan. Jangan bimbang satu dua tahun berlaku.”

“Mungkin sebelum Hari Raya Haji,” kata beliau yang juga ketua pembangkang pada ceramah di Padang Perdana di sini.

Ini kali pertama Anwar mengadakan ceramah sejak dipilih sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Anwar diminta hadiri, kira-kira 12,000 sebab sasaran 16 September gagal dikotakan.

Apabila hadirin bersorak “jawab, jawab”, Anwar memberitahu, sasaran 16 September memang menjadi, tetapi Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi enggan menemui Pakatan Rakyat dan menolak permintaan sidang khas Parlimen pada 23 September lalu.

Anwar sekali lagi mendakwa mempunyai jumlah wakil rakyat yang mencukupi di samping mahu mengikut lunas Parlimen untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Muhyiddin Sah Ke No 2 – Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mengumumkan secara rasmi pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac depan.

“Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Selain Muhyiddin, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perkasakan Agenda Melayu..Wahai UMNO…………………..- REF Malaysiakini

di dalam proses ‘rebranding’ atau meremajakan UMNO itu…slogan mempertahankan hak orang melayu atau memperjuangkan hak orang melayu tidak lagi berapa relevan dengan senario politik hari ini….seharusnya kepimpinan UMNO pada hari ini memikirkan cara untuk memperkasakan hak/agenda bagi orang Melayu itu sendiri setelah pemimpin terdahulu berjuang demi mempertahankan hak2/agenda orang melayu.

Anak-anak muda masakini rata-rata yang ditemui oleh penulis mengatakan bahawa hak orang melayu sudah termaktub di dalam perlembagaan. ia ada satu perkara yang ‘given’. Jadi persoalannya sekarang ialah bagaimana hak-hak dan keistimewaan ini boleh dikongsi sama adil di kalangan rakyat.

Memperkasakan keistimewaan orang melayu atau hak-hak melayu adalah salah satu cara yang dapat menarik minat golongan muda kepada UMNO. Kebanyakan anak-anak muda yang terpedaya dengan dakyah pembangkan ini adalah kerana mereka melihat rutin di dalam UMNO yang tidak memberi apa2 kelebihan bagi rakyat. Sebaliknya mereka melihat alternatif yang ditawarkan oleh pembangkang adalah satu alternatif yang terbaik.

Memperkasakan agenda orang Melayu juga hendaklah dibuat bersama-sama dengan kepentingan bagi kaum lain. Memperkasakan di sini bermaksud tidak perlu satu proses ‘reinvent the wheel’. Asas bagi orang-orang melayu seperti MARA, sistem kuota dan sebagainya sudah ada dan terbukti kejayaannya. Jadi kini sudah tiba masanya satu proses memperkasakan saluran-saluran ini dengan menyediakan ‘bigger portion of cake’ yang bukan hanya utk orang melayu tetapi juga bagi bangsa2 lain di Malaysia.

Sebagai contoh sekiranya pemberian biasiswa terhad kepada 1000 orang setahun, perkasakan dan perbesarkan lagi kuota tersebut kepada 2000 orang setahun. Ini secara tidak memberi satu persepsi yang positif terhadap penubuhan UMNO 62tahun dahulu. Benih disemai oleh pemimpin terdahulu menjadi dan hasilnya dapat dituai oleh rakyat itu sendiri.

Kini terpulang kepada kepimpinan UMNO yang bakal dipilih pada MAC nanti. Bagi calon2 yang bertanding perkasakanlah…perhebatkanlah…perkuatkanlah…perbesarkanlah….agenda Melayu dan juga agenda bagi bangsa2 lain…..

InsyaAllah…proses ‘rebranding’ UMNO bukan sahaja akan berjaya malah akan menarik minat golongan muda utk bersama-sama dengan UMNO bagi menghadapi cabaran yang mendatang.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Capaian Laman Web Pemuda Enggang —– REF Malaysiakini

Pihak penyedia telah memaklumkan bahawa capaian ke laman web ini telah dibaikpulih. Anda boleh melayari terus melalui http://pemuda-enggang.org.

Terima Kasih

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

1-1……buat KJ dan Mukhriz dan 2 buat Rafidah-Shahrizat – – REF Malaysiakini

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing mendapat satu pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno sebagai pembuka tirai perebutan jawatan tertinggi pergerakan tersebut.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Machang di Kelantan.

Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.

Manakala Mukhriz mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Kimanis di Sabah yang selesai bersidang lewat malam tadi.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno itu mendapat 51 undi manakala Khairy 31 undi.

Selain Khairy dan Mukhriz, turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Machang juga mencalonkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah, untuk jawatan naib ketua.

“Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan Umno,” kata ketua Pemuda Machang yang baru, Eriandi Ismail.

Sebelum itu, Eriandi menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian Machang menggantikan Datuk Sazmi Miah yang melepaskan jawatan kerana faktor umur.

Wanita Umno bahagian itu, yang juga mengadakan mesyuaratnya semalam, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno.

Sementara itu, ketua penyelaras mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan puteri Umno bahagian Kimanis, Mohd Arifin Mohd Arif berkata pemuda bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala wanita Umno bahagian Kimanis, juga turut mencalonkan Rafidah dan Shahrizat bagi mempertahankan jawatan masing-masing.
.
Wanita Umno bahagian itu turut mencalonkan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dan ketua pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin untuk jawatan exco wanita pusat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda