1-1……buat KJ dan Mukhriz dan 2 buat Rafidah-Shahrizat – – REF Malaysiakini

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing mendapat satu pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno sebagai pembuka tirai perebutan jawatan tertinggi pergerakan tersebut.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Machang di Kelantan.

Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.

Manakala Mukhriz mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Kimanis di Sabah yang selesai bersidang lewat malam tadi.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno itu mendapat 51 undi manakala Khairy 31 undi.

Selain Khairy dan Mukhriz, turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Machang juga mencalonkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah, untuk jawatan naib ketua.

“Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan Umno,” kata ketua Pemuda Machang yang baru, Eriandi Ismail.

Sebelum itu, Eriandi menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian Machang menggantikan Datuk Sazmi Miah yang melepaskan jawatan kerana faktor umur.

Wanita Umno bahagian itu, yang juga mengadakan mesyuaratnya semalam, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno.

Sementara itu, ketua penyelaras mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan puteri Umno bahagian Kimanis, Mohd Arifin Mohd Arif berkata pemuda bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala wanita Umno bahagian Kimanis, juga turut mencalonkan Rafidah dan Shahrizat bagi mempertahankan jawatan masing-masing.
.
Wanita Umno bahagian itu turut mencalonkan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dan ketua pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin untuk jawatan exco wanita pusat.

Advertisements

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s