Khairy Dapat Lagi….giliran Pengkalan Chepa – REF Malaysiakini

:Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan pada pemilihan parti Mac depan.

Pada persidangan perwakilannya di sini hari ini yang dihadiri 182 anggota daripada 52 cawangan, Khairy mendapat 109 undi manakala anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memperoleh 49 undi manakala anggota perwakilan lain tidak mengundi.

Bahagian itu mencalonkan anggota Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

14 responses to “Khairy Dapat Lagi….giliran Pengkalan Chepa – REF Malaysiakini

  1. Anti-Kafir

    Org kelantan memang bingai…tak tahu ke antara sebab kekalahan UMNo dalam PRU 12 kerana si Khairy ni..Kelantan kalah teruk pun sebab si Khairy ni.Ingat tak kempen khairy “Pade DOH” rakyat kelantan meluat..

  2. Sekolah Atap

    Anti Kafir… kafir tu siapa eh?

  3. Salam Anti-kafir,

    KJ ini sememang bijak orangnya untuk golongan muda dalam UMNO!.Cuma dia dah jadi mangsa keadaaan dalam dunia politik!.Orang muda lah katakan terlalu confident dengan ideology!.Tetapi apabila beliau dah masuki dunia sebenar politik dah sedar kesilapan lampau!.UMNO perlukan sangat pejuang muda seperti KJ ini untuk masa depan perjuangan UMNO!.
    Cuma KJ perlu keluar dari bayangan bapa mertuanya dan Mukhriz pula dari bayangan bapanya!.Menggunakan pengaruh keluarga dalam politik adalah biasa seperti keluarga Kennedy dalam politik Amerika!.Pengaruh keluarga Neru di politik India….tidak ada salahnya!.Cuma kita harap mereka ini boleh berdiri di atas kaki sendiri!.

  4. pak dogol

    Wei mamak penang, lu pun jadi tukang ampu KJ ke? Aku sangat setuju dengan anti kafir bahawa KJ ni lah perosak UMNO dan memang orang kelantan ni bingai, bodoh tak tahu nak menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Ni disebabkan ketuanya pun bingai. Yang dok kaut untung berjuta2 tu sapa kalau bukan KJ. Cubalah fikir elok2 dan berilah peluang kepada mukhriz untuk menerajui kepimpinan pemuda.

  5. Anti-Kafir

    NickName aku Anti-Kafir berdasarkan pengalaman…pertama bagaimana terpaksa mendidik anak sendiri dirumah kerana tidak dibenarkan bersekolah kerana beragama Islam(bukan di Malaysia), kedua di klang suatu ketika dahulu pemaju sanggup membayar pampasan berkali ganda kerana meminta mengosongkan rumah yang baru dibeli hanya kerana ada seorang yang beragama Islam tinggal dikawasan perumahan itu kerana yang lain semua bukan org islam(kafir).

  6. Salam anti-kafir,

    Mamak faham dengan perasaan dendam yang menyelubungi hati kamu.Kita yang beragama Islam tidak sama dengan yang lain.Cuba renungkan surah Kafiruun.Islam berdiri diatas keikhlasan(nawaithu)hati iaitu mengaku Allah itu adalah satu dan Muhammad itu pesuruhnya.Jika kita ikhlas menerima Allah itu satu dan tiada dua dan apa juga saranan Nabi sebagai rasul Allah perlu dipakai terima dengan seikhlas-ikhlas hati.Nak bentukan keikhlasan yang payah.Kadangkala Nabi kita sendiri ditegur Allah kerana keikhlasan ini.Renungkan qunut subuh itu!bagaimana Allah menegur Nabi kerana perasaan dendam itu.

    Maksud surah Al-Israa’ayat 53&54.

    “Dan Katakanlah (wahai Muhammad)kepada hamba-hambaku(yang beriman),supaya mereka berkata-kata dengan kata-kata yang amat baik(kepada orang-orang yang menentang kebenaraan)SesungguhNya syaitan itu sentiasa nenghasut diantara mereka (Mukmin dan Kafir).SesungguhNya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia”.
    (orang-orang yang beriman sentiasa menggunakan kata-kata yang baik dan lemah lembut kepada orang lain,sama ada mereka orang kafir atau musuh atau sesiapa sahaja).

    Surah Al-An’aam 108:

    Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah,kereana mereka kelak,akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan,Demikianlah kami memperelokan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka;lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

    Surah An-nissa ayat 80:

    “Sesiapa yang taat kepada Rasullullah maka sesungguhNya ia telah taat kepada Allah;Dan sesiapa yang berpaling ingkar,maka kerana kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal”. (yang memelihara mereka dari lakukan kesalahan).

    Surah Al- An’aam. ayat:107:

    Dan Allah kehendaki,nescaya mereka tidak mempersekutukanNya;dan kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad)penjaga dan pengawal mereka,dan engkau bukan pula wakil yang mengeruskan hal-hal mereka kerana semuaNya terserah kepada Allah semata-mata.

  7. AbangTuah

    Salam,

    Betulah tu, sekiranya mereka menyakiti kita kita mempertahankan diri tapi tak pula eloklah kita membenci semua yang bukan beragama Islam. Janganlah kerana seorang dua yang membuat onar maka kita salahkan semua bukan Islam. Jadi aku sarankan seelok-eloknya kau tukar nick name tu ke INSAN PENYAYANG. Aku juga nak kau berfikir jika orang bukan Islam mengunakan nick name ANTI ISLAM pula, bagaimana pula kau akan rasa.

  8. Anti-Kafir

    Bagaimana pula dengan ayat Al-Quran yg membenarkan kita memerangi org kafir yang menentang Islam..kerana pada hari ini rata2 orang kafir sememangnya menentang Islam secara terang-terangan atau tersirat.
    Petikan ayat tersebut tidak sempat saya rujuki..

    Satu hal lagi…sebenarnya masyarakat bukan Islam tidak mengnggap penggunaan perkataan kafir itu sebagai ditujukan kepada mereka kerana Mereka lebih menggunaan perkataan Non-Muslim.Hanya masayarakat melayu yang begitu sensitif dalam penggunaan Istilah kafir itu. Begitu juga dengan perkataan murtad,bangsa lain tidak hirau perkataan murtad kerana mereka bebas dalam bertukar2 agama.Secara keseluruhan nya kafir hanya untuk orang bukan islam tidak kira bangsa.

    bagi sebahagian masyarakat berbangsa arab pula mereka tidak menjadi sesuatu yang besar jika dikatakan mereka kafir tetapi sanggup bergaduh dan berbunuhan jika mereka digelar penipu atau pembohong.

    masyarakat melayu jika digelar menipu atau berbohong kurang merasa marah walaupun marah tetapi apabila digelar kafir mereka sanggup bergaduh atau bertumbuk mungkin menimbulkan dendam yang berpanjangan.
    Ini menunjukkan setiap masyarakat mempunyai sensitiviti yang berbeza.

    Jadi istilah kafir atau anti kafir tidak menimbulkan sensiviti kepada masyarakat non-muslim hanya kepada masyarakat melayu sahaja.

    Ketika bersama kengkawan india aku pernah mengatakan dia murtad dulu hindu sekarang kristian dan mereka tidak marah, cuba katakan kepada orrang melayu pasti kena sebijik.

    Pengalaman mengajar segala2nya……….

  9. Anti-Kafir

    Kepada Abg Tuah…

    Islam adalah Agama

    Kafir adalah gelaran kepada orang tidak islam

    Ini adalah dua perkara yang berbeza

    mereka akan marah jika menggunakan perkataan

    Anti Kristian
    Anti Hindu
    Anti budha

    percayalah kafir hanya sensetif kepada masyarakat melayu bukan kepada bangsa lain.

  10. Salam Anti-kafir,

    Islam memang mengajar umatnya bersikap moderate tetapi jangan lupa Islam juga mewajibkan kita mempertahankan Agama sehingga ke tahap sanggup syahid!.

    Renungkan Surah Al-Mumtahanah:
    Ayat:8.

    Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama(kamu),dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu;SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”.

    Ayat:9.

    “Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu),dan mengusirkan kamu dari kampung halaman kamu,serta membantu (orang lain)untuk mengusir kamu.Dan (ingatlah),sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat,mereka itulah orang-orang yang zalim”.

    p/s: sepatutnya orang Islam yang terlalu rapat dengan Amerika perlu insaf kerana rakyat pelastine dihalau oleh yahudi itu berkongkong dengan Amerika.Amerika adalah musuh Islam yang nyata!.Anwar perlu insaf jangan lagi berkongkong dengan Amerika…maka janganlah jadi orang yang zalim!.

  11. Anti-Kafir

    salam Mamak penang..
    Ni apa kaitan ngan Anuar lak ni..aku memberi komen tidak mendokong mana2 parti.
    Apakah kerajaan sekarang yg ada tidak menjalinkan hubungan dengan Amerika ?Anda silap..jangan ingat tak de pengkalan tentera kat laut Malaysia, Malaysia tidak menjalinkan hubungan dengan Amerika.

    1)Apakah di Malaysia tiada kedutaan Amerika pada hari ini.

    2)Apakah di Amerika Tiada kedutaan Malaysia.

    3)Apakah pelajar Tajaan JPA tidak di hantar belajar ke Amerika?

    4) Apakah malaysia tidak menerima kemasukan pelancong dari Amerika?

    5) Apakah saudara pernah melihat kempen jangan melancong ke Amerika?

    6) Siapakah yang menaja rombongan Datuk Farid Riduan bersama pemenang anugerah skrin tv3 ke Hollywood?

    6) Apakah segala bentuk forum yang dianjur Amerika tidak dihadiri Malaysia?

    banyak lagi bentuk hubungan yang dijalinkan oleh Malaysia dengan Amerika..
    Jika malaysia tidak menjalinkan hubungan dgn Amerika semua yang dinyatakan di atas tidak wujud kerana amerika tidak akan mengeluarkan Visa ke atas negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka seperti yang berlaku ke atas korea utara.

  12. Apai Ngelai

    Salam Anti-Kafir,

    Ada betulnya kata awak tu, juga ada yang kurang tepat berkaitan panggilan kafir kat non-muslim nih. Kawan ada cukup ramai sedara dan kengkawang yang non-muslim kat Sarawak nih. Biar kawan perjelaskan…

    Orang non-muslim nih ada yang kuat pegangan agama dan ada yang tidak, macam kita juga. Ada yang kuat beriman dan ada yang kureng… ehemmm. Malah yang beragama pun hanya kat nama saja, tapi tak berapa pecaya wujudnya alam selepas mati (Serupalah dengan orang islam kita masa kini). Sepertimana yang digambarkan, orang non-muslim nih tiada perasaan takut kat tuhan kerana mereka tak dididik untuk mempunyai perasaan takut dan bimbang akan murkaNya sepertimana kita. Tu yang buat mereka rasa aman damai je sampai mati tuh. Sembahyang mereka pun tak diwajibkan berniat sebagai syarat sah sembahyang, cukup asal sembahyang. Pendek kata kalau dihukum kafir pun, mereka nih masih lagi rilek-rilek jer… Setonang air kat kolam. Tarak kesah! kan?

    Tapi itu bagi yang jenis tak kuat pegangan agama. Cuba awak kata pula kat pengikut-pengikut agama yang iman mereka keras setahap pastor terutamanya yang beragama kristian.. Tak ke kene maki dan kutuk campuq lempang, awak tu? Kat Sarawak nih ramai ooo.. jangan dibuat main-main. Ambik contoh, kristian tuh pun ada juga istilah kafir juge tau..

    ‘Kafir’ dalam istilah kepercayaan mereka adalah untuk orang yang tidak beragama langsung. Itulah ‘kafir’ bagi mereka. Berani ke awak nak sebut yang mereka tu kafir (tak dak agama) sampai awak nak kata mereka tu tak sensitif sangat? Dan mereka cukup tak suka apabila ada orang islam yang berkata sedemikian kat mereka. Tapi kalau orang non-muslim (tak kira apa agama) cakap macam tuh, diorang tak kesah sangat. Itu memang betul. Tapi bukan untuk orang islam macam kita. Jangan kita anggap mereka tu tak kisah dan juge jangan kita kata yang mereka tu tak sensitif pasal hal nih, awak mana tau?

  13. AbangTuah

    Salam Anti Kafir.

    Setelah membaca ulasan saudara, maka fahamlah kawan bahawa awak bukan bertujuan membenci bukan Islam yang tidak memerangi kita. Awak cuma ingin meluahkan kekesalan awak terhadap mereka yang pernah bersikap tidak adil kepada orang Islam.

    Jadi kawan harap kepada bukan Islam yang membaca weblog ni tidak akan merasa tersinggung,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s