Muhyiddin Sah Ke No 2 – Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini mengumumkan secara rasmi pendiriannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac depan.

“Saya yakin akan dapat jumlah pencalonan yang cukup untuk layak bertanding jawatan ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Selain Muhyiddin, antara yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed. – mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Muhyiddin Sah Ke No 2 – Malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam.

    Wajar memang wajar Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang johor ni bertanding ‘post’ nombor dua dalam UMNO.

    Berbanding dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Seri Ali Rustam apatah lagi Datuk Nur Jazlan Mohamed sememangnya Tan Sri Muhyuddin Yassin sudah lama menabur bakti dalam UMNO. Maka layak dan wajarlah Tan Sri Muhyuddin Yassin dimenangkan sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

    Ayoh! UMNO Johor harap-harap bulatlah muafakat untuk padu menyokong Tan Sri Muhyuddin Yassin.

    Selangor, khabarnya akan padu mengenengahkan Tan Sri Muhammad Muhd Taib dari level MCE ke level HSC (Tak jelas apa yang dimaksudkannya) bertanding Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

  2. Putera81

    Salam

    Suara de kota..kalau tak silap pengamatan Putera, MCE itu merujuk kepada jawatan Naib Presiden yang sudah pernah disandang TSMMT sebelum ini..dan HSC merujuk kepada jawatan Timbalan Presiden yang belum pernah diujinya..maksudnya market dirinya sebagai lulusan Naib Presiden telah terbukti tapi belum tentu dapat melepasi ujian sebagai Timbalan Presiden..mungkin Putera jugak tersalah telahan..Wallahualam..

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  3. suara de kota

    Salam.
    Terima kasih Putera81,

    Pada 12 Oktober, 2008 di Kelab Golf Rahman Putra saya seharian mengikuti Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Subang. Seramai 485 orang berhak dan disenaraikan boleh mengundi.

    Politik Oh! Politik… kedua-dua calon Ketua Bahagian mencadang dan menyokong Tan Sri Muhammad Muhd Taib (TSMMT) dicalonkan sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

    Menanglah Muhammad mengalahkan Muhyuddin Yassin walaupun undinya amat tipis, sedihnya Tengku Razaleigh dapat 5 undi sahaja.

    Menurut pengamatan saya, TSMMT mungkin tidak akan lepas quata pencalonan sebanyak 39 pencalonan bahagian.

    Dan kalau lepas pun, tentunya TSMMT akan kecundang… Kalau kalah apa akan jadi sesudah itu?… faham-fahamlah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s