Siapa Lee Chan Siow??
beliau adalah pemenang pingat Gangsa bagi Malaysia pada Temasya Sukan Paralimpik Beijing 2008 bagi acara Power Lifting – 56KG….rakyat Malaysia yang mengharumkan nama negara dan menamatkan kemarau pingat selamat 16tahun di sukan Paralimpik.
Siapa Shah Rukh Khan (SRK)
beliau bintang bollywood –
bezanya ialah Shah Rukh Khan akan dapat gelaran Datuk….
Artis Bollywood Shah Rukh Khan, akan dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70 hari ini.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun berkata Shah Rukh Khan akan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Istiadat penganugerahan berkenaan yang turut melibatkan 758 penerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini dan Ahad.
“Penganugerahan darjah kepada Shah Rukh Khan akan diadakan pada majlis lain yang tarikhnya akan ditetapkan kemudian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Shah Rukh Khan adalah antara 77 penerima yang dianugerahkan DMSM.
Saadon berkata anugerah darjah berkenaan kepada Shah Rukh Khan adalah bagi menghargai sumbangan artis itu terhadap industri hiburan peringkat antarabangsa.
“Shah Rukh Khan juga memberi sumbangan terhadap industri pelancongan negara ini apabila beliau datang ke Malaysia bagi menghasilkan filem lakonannya,” katanya. – mstar
Kenapa SRK dipilih…???
bukankah lebih patut diberikan pingat dan gelaran tersebut kepada Lee Chan Siow yang sememangnya mengharumkan nama Malaysia pada Temasya Sukan yang lepas. Sekiranya Lee Chong Wei diberikan Datuk…Lee Chan Siow juga layak atas sumbangan beliau…