Tahniah Datuk Mukhriz!

Tahniah kerana menjadi calon Ketua Pemuda yg pertama melepasi kuota pencalonan. Berani berubah!

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Tahniah Datuk Mukhriz!

  1. AbangTuah

    Salam,

    Tahniah Dato Mukhriz, semuga terus berani membawa perubahan dan terus berjaya.

  2. Kuntakinte

    Salam, teman sokong Dato Mukriz pegang jawatan Ketua Pemuda, dan teman harap perwakilan Pemuda undi Dato Mukriz. Lihat pada pencalunan jelas akar umbi pemuda mahukan pemimpin yang berani oleh itu Perwakilan perlu berani mengundi Dato Mukriz, bukan bermakna Calon lain tidak baik tetapi kita pilih yang terbaik dari yang baik.

    Ketua Pemuda kena orang yang berani untuk menyuarakan padangan walau pun tak sedap telinga mendengar. Ketua Pemuda kena dikalangan mereka yang tidak duduk didalam kerajaan dan tidak memegang jawatan menteri atau Timbalan menteri agar tidak tersepit dan serba salah. Ketua Pemuda kena mereka yang lebih lagi rajin bertemu dgn golongan muda dan tahu erti kesusahan orang di bawah dan angkat keatas, ketua Pemuda kena menjadi kumpulan pendesak kepada Kerajaan mahu pun pembangkang tanpa takut tekanan dari mana2 pihak. teman pernah hadir ke Forum anjuran Mukriz dan teman lihat kepimpinan beliau. Teruskan perjuangan!!!! ini jelas pemimin turun ke bawah selepas dilantik Exco Pemuda Malaysia dulu dibandingkan dengan kebanyakkan exco yang lain.

    p/s. doa teman bersama mereka2 yang ikhlas berjuang.

  3. Tamalika

    Kalu boleh, ikutlah perangai mok masa pegang jawatan nanti… Ambo yakin hang boleh….

  4. Anti-Kafir

    Bawa lah perubahan terutama janji ingin membawa golongan profesional ke dalam umno tanpa sekatan atau memerlukan letak jawatan dalam kerajaan utk libat politik secara aktif.
    Kreadibiliti mu semakin terserlah.

  5. Putera81

    Salam

    Putera yakin dengan kemampuan Datuk Mukhriz mengemudi barisan muda dalam UMNO..benar..slogan berani berubah itu membawa maksud yang sedalam kerak bumi dan selebar alam semesta..banyak yang boleh ditafsirkan dengan slogan Berani Berubah..

    Berani berubah dari seorang yang jumut kepada yang lebih berfikiran terbuka..
    Berani berubah dari seorang yang kebinatangan kepada lebih berkemanusiaan..
    Berani berubah dari seorang yang jahil kepada yang lebih berilmu..
    Berani berubah dari seorang yang ingkar kepada seorang yang takwa..
    Berani berubah dari seorang yang pemimpin sombong kepada lebih merendah diri..

    Dan Putera percaya masih banyak lagi benda yang kita boleh dan mampu ubah dalam kehidupan kita..baik dari segi agama, sosio budaya juga ekonomi..mungkin dengan slogan itu juga rakyat akan mulai sedar dan berani berubah dan bersatu menjadi satu isipadu yang cukup jitu..InsyaAllah..

  6. Big8

    Salam,

    Ucapan Tahniah kepada datuk dan ahli pasukan yg telah bekerja keras. Berani mengambil risiko demi Bangsa Melayu. Saya hanya seorg drpd rakyat Malaysia yg menyokong Datuk.

    Semoga berjaya memperkasakan lagi pemikiran Melayu.

  7. tubir

    Jangan menang sorrak kampung tergadai udah lah ya ……..Konon nak buat perubahan tapi semakin punah ranah……tak ada gunanya .

  8. Apai Ngelai

    Salam,

    Tahniah Datuk. Mudah-mudahan Datuk dapat membawa perubahan kepada era kegemilangan UMNO suatu ketika dulu. Rakyat majoriti sekarang bukan semua membenci UMNO kerana UMNO hanyalah satu Parti yang dinaungi oleh orang-orang tempatan kita umumnya. Pemimpinlah yang menjadi ikon kepada kecemerlangan atau kerapuhan sesuatu Parti. Baik buruknya semuanya berputik dan berasal dari pemimpin yang paling atas. Atas dasar ini, kita menaruh kepercayaan yang tinggi kepada kebolehan Datuk. UMNO boleh!

  9. Salam,

    Mukhriz hang telah lakukan apa yang selama ini bangka tua-tua nyanyok macam mamak ini dalam UMNO yang tak dapat lakukan dulu.Kalau lah kita punyai pemuda yang berani macam hang ini taklah UMNO ini jadi setruk begini.Ramai diluar sana tua-tua bangka macam mamak ini sokong penuh perjuangan mu!.Insyallah kami dah nampak se percik cahaya sedang menembusi kegelapan.Tahniah dan jangan lagi pandang belakang teruskan perjuangan mu!!!.

    “Too many people are only willing to defend rights that are personally important to them.It’s selfish,ignorance,and it’s exactly why totalitarian goverments are able to get away with trampling on people”.Freedom does not mean freedom just for the things I think I able to do.Freedom is for all of us.If people will not speak up for other peoples rights ,there will come a day when they will lose their own.
    Wassalam.

  10. ala pak ai..

    salam.

    Diolang tatak nampak ini botak dulu..
    sikalang balu nampak….
    ini macam kalu gua pun mau Umno la.

    Tapi botak….. Lu sikit boleh tolang ka….?
    Itu Latuk SharuKhan amacam…?
    Lu tolong kasi selesai la..Ciseng …
    Tatak mau ini macam lo.. nanti Stephen Chow pun Latuk …. Wa susah la..

    Go for real perubahan.. HIDUP MUKHRIZ
    I suka Lu papa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s