UMNO perlu bentuk Majlis Ulama sendiri — REF Malaysiakini

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Umno mengambil langkah berani dengan menubuhkan Majlis Ulama parti berkenaan.

Beliau membuat cadangan tersebut kerana ingin melihat parti tersebut kembali kepada landasan yang betul.

“Saya akui hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu.

“Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati.

“Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat,” jelas mufti yang mengesahkan persaraan beliau baru-baru ini.

Menurut beliau, parti tersebut perlu kembali kepada landasan yang betul bagi menyelamatkan umat Islam yang berada dalamnya.

“Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujudkan sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek,” katanya.

Tokoh agama yang seringkali lantang menyuarakan pendapatnya yang berani itu percaya tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu perlu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO.

“Sekali gus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh Islami.

“Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta,” katanya lagi.

Tambah Asri, dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur.

“Hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya,” kata Asri.

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “UMNO perlu bentuk Majlis Ulama sendiri — REF Malaysiakini

  1. Satu cadangan yang praktikal. Cuma, majlis ulamak kena nasihatkan MT, bukan MT yang nasihatkan majlis ulamak. Worth to pursue.

  2. AbangTuah

    Salam,

    Kena teruskan usaha yang baik. UMNO perlu reform luar dan dalam. Rumah yang cantik dan elok sekiranya isi rumah porak-peranda tak ada gunanya juga. Hidup UMNO!!!!

  3. Tamalika

    Elok jugok UMNO tubuh Majlis Ulama’ tapi kenalah jadikan tulang belakang bukan tulang telinga, tapi kome rase ramai yang tak selesa dengan cadangan tu dan kawe pun raso………….. lain lah…. entahlah… ada je yang tak kena….. andai ditubuhkan Majlis Ulama’ Hadhari mungkin kena lagu kalu…. Mmmm… yes!

  4. Apai Ngelai

    Salam,

    Saranan Datuk Mufti agar UMNO membentuk Majlis Ulama sendiri sememangnya sangat molek. Waima sekarang ini pun, UMNO tetap teguh dan tetap dengan kepimpinan melalui cara Islam, menjadikan Islam sebagai model kepada pembangunan negara dan ummah. Kerana inilah UMNO menubuhkan satu landasan untuk pemerintah menguruskan urusan-urusan kerajaan berteraskan pendekatan Islam sebagai sandaran. Lalu Islam Hadhari diperkenalkan.

    Walaubagaimanapun, ia telah disalah ertikan oleh segolongan pemimpin pembangkang dan individu yang jahil akan maksud sebenar Hadhari ini diperkenalkan. Hadhari hanyalah satu konsep, bukannya satu ajaran mahupun bida’ah dalam amalan agama kita.

    Hakikatnya apa saja yang dicadangkan untuk UMNO, sekiranya dilaksanakan ia tetap tidak akan diiktiraf puak pembangkang yang sememangnya sudah jumud dengan idealogi politik mereka. Cubalah kita merealisasikan Majlis Ulama UMNO ini atau khabarkan niat murni kita kepada PAS, apa kata mereka?

  5. Dalam hal Majlis ulamak UMNO ini mamak tak setuju sangat…kerana UMNO ini dianggotai boleh dikatakan 100% orang-orang Islam.Bagaimana kalau UMNO mulakan misi ke arah negara Islam dengan ciri-ciri pemerintahan Islam dipraktikan dengan mengadakan ‘sura seperti zaman kegemilangan Islam..kan lebih baik.Tentang Majlis Ulamak ini yang ada pun jarang didengar untuk berani memberi pendapat dan fatwa yang tepat!.Inikan dalam parti nanti sibuk pulak nak berkempen untuk menjawat jawatan tinggi.Takut digunakan untuk berdebat dengan Ulamak-ulamak Pas pulak nanti!.

    p/s: Satu masa dulu ustaz-ustaz dalam ATM amat dihormati dan disanjungi oleh semua lapisan warga tentera apabila mereka ditukarkan kedalam KAGAT masing-masing sibuk nak kejar pangkat..yang koperal nak ke sarjan yang leftenan nak jadi kapten….last-last kena bodek orang ataslah untuk jawatan dan gaji!.Yang perlu dihormati pula kena hormat pegawai berpangkat atasan!!!.Kononnya ikut cara british!!!!!.

  6. Kuntakinte

    Salam, teman tak nak ulas, teman sokong sepenuh2nya komen sdr apai ngelai. teman sambung sikit aje yang TER……penting kepala hotak, hati perut orang Islam kena bersih dan betul. apa macam boleh……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s