Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kemungkinan wakil rakyatnya, yang sedang menghadapi tindakan disiplin, akan meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno.
Bercakap di sidang media di lobi Parlimen hari ini, ketua pembangkang berkata wakil Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Nordin, tidak akan berbuat demikian seperti didesas-desuskan.
Ura-ura tentang isu lompat parti itu semakin kencang semalam apabila calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.
Zulkifli, yang hadir di Dewan Rakyat hari ini, turut menafikan akan meninggalkan PKR.
Bekas peguam kes Anwar sedekad lalu itu terlibat membantah penganjuran forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.
Penglibatannya itu menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.
Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.
Desas-desus itu menyebut beliau ingin menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu.
nota: Ya mungkin YB Zul tidak sertai UMNO, tapi mungkin akan keluar dari PKR utk menjadi MP Bebas seperti YB Ibrahim Ali. Kalau YB Zul masuk UMNO pun apa salahnya, demi kepentingan ISLAM dan Melayu itu sendiri. Kini DSAI pula yang ‘goyang’. Kalau tag line selalu yang digunapakai oleh DSAI-‘we have the numbers’, tidak mustahil selepas ini Pak Lah pula cakap ‘we have the numbers’.
Penulis percaya bukan YB Zul sahaja yang kurang selesa dengan PKR yang kini seperti kaduk naik junjung terutama apabila menang besar pada PRU yang lepas. Ramai lagi MP/ADUN PKR juga akan melompat sekiranya YB Zul menjadi yang pertama sekali melompat ke UMNO.
Selamat Datang YB ZUL!!!