Anwar setuju Abdullah mahu lakukan perubahan – ref Malaysiakini

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin melakukan perubahan sehingga Mac depan.

“Saya setuju sangat dengan hasrat beliau dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Abdullah yang tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac depan, menggariskan beberapa perubahan akan dilakukan, antaranya menjadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah badan bebas, selain sistem kehakiman dan polis.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) berkata badan kehakiman merupakan satu isu besar dan perlu dipertahankan, maka perubahan yang ingin dibuat Abdullah merupakan satu langkah yang baik.

Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Anwar setuju Abdullah mahu lakukan perubahan – ref Malaysiakini

  1. zackdanial

    wow bila anwar setuju terus dapat perhatian . kalau anwar xsetuju terus dikecam . UM-no kena tukar nama jadi UM-yes

  2. Kuntakinte

    Salam, minta ampun minta maaf banyak2, sapa si AN WAar tu nak setuju ke tidak Pak Lah bawa perubahan, tak masuk dalam dairi teman pun hal si AN War tu. lagi baik bagi banyak2 tarikh dan nombor ekor untuk DAP dan PKR tikam di kedai lagi baik bergerak gak ekonomi.

  3. waris79

    saudara zackdanial nie masih tak nampak atau buat2 tak nampak bahawa kepentingan orang melayu ketika sedang dicabar..
    bukan setuju atau tidak setuju yang menjadi persoalan, tapi kepentingan hak orang melayu ini harus dipelihara..
    lihat sekarang ini, gerakan telah meminta minta bermacam perkara untuk kepentingan majoriti ahlinya..dan cuba mengugut untuk keluar dari barisan nasional jika tak dipenuhi permintaan mereka..sampai satu tahap buta sejarah dengan mengatakan bahawa orang melayu ini juga seperti mereka..
    hindraf dengan gaya samsengnya secara bidap menganggu majlis hari raya perdana menteri supaya pemimpin mereka dilepaskan semuanya itu adalah permulaan bagi mereka untuk mencapai kehendak mereka supaya hak-hak negara disamaratakan..
    negeri selangor misalnya banyak yang diberi keutamaan untuk kaum lain selain orang melayu sendiri..perhatikan baik-baik….
    bukan bersifat perkauman tapi ini adalah hakikat bahawa mereka sentiasa menunggu masa bahawa bila orang melayu itu lemah mereka akan membuat permintaan supaya hak mereka disamaratakan..cuba fikir fikirkn

  4. Kuntakinte

    Salam, waris79, tak pa, kuil kena roboh pegawai melayu jugak yang kena tindakan..ish..ish… kesian melayu asyik kena jadi lantai tempat bangsa lain PKR melompat je…

    Kuil dulu roboh Kerajaan BN kalah di selangor, Pegawai Kerajaan tak kena tindakan, sekarang kuil roboh UMNO jugak kena, Pegawai kerajaan kena tindakan…fikir lah sendiri kata si Nabil.

  5. waris79

    yang peliknya adun lembah jaya berdiam diri padahal kawasan die, die la yang patut bersuara dan ambil tindakan,ini mp dan adun lain pulak yang melenting sampai nak keluar pkr pulak..
    sebenarnya mp kapar tuh ada kes mahkamah itu sebab die cuba menonjolkan diri dan mencari publisiti murahan..
    tengok nanti mungkin akan diadakan pilihanraya kecil kat kapar nanti, dengar2 pasal maika holding dan kes bankrap..

  6. Kuntakinte

    Salam, nak keluar PKR tu wayang je…. nak ugut MB si melayu Khalid tu dan exco ugama tu supaya jangan banyak cakap, jadi ada lah kambing hitam yang jadi mangsa si pegawai kerajaan tu… ha…. baik sangat nak undi PKR terima lah……. yang aku hairan mana pejuang Islam PAS ngape bior pegawai kerajaan si melayu Islam tu kena duku… mana fatwa mengkomer…. takut ke dengan terasa fork, takut ke dengan xavier wiski tu….

    Kakitangan kerajaan mana….. kenapa diam macam tikus, mana pejuang MTUC kenapa diam macam sawa kenyang…. mana2 orang2 kuat PKR dan PAS yang kerja makan gaji dengan Kerajaan…ngape membisu seribu bahasa…
    lu pikir le sendiri kata Nabil….

  7. Apai Ngelai

    Salam,

    Brokuntakinte.. takkan dah lupa kot… Itu AndWar kan ada power juge. Dia adalah PM kerajaan langit Malaysia nih. Paklah cuma PM kerajaan yang dok kat tanah Malaysia je. Bahagian langit tu, AndWar yang incharge. Tu sebab kenapa dia tak boleh didakwa sembarangan sebab orang langit nih ‘maksum’. Parti dia maksum, mungkin penyokong dia juga sama. Tak caya, cuba tanya juruterbang roket yang dua orang tuh…

  8. Apai Ngelai

    Lagi satu…. perhatian juge harus diberikan menurut pandangan dia. Kalau kita bantah, takut nanti dia tak bagi lak kapaiterobang kita lintas kat kerajaan dia… Kalut woooo, takkan kita nak pi haji atau umrah naik karpal lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s