Harga minyak turun lagi – Ref Malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini. BERNAMA

nota: bagus lah…tapi rasa harga pasaran lebih rendah lagi….apa2pun permulaan yang baik utk rakyat terutama bagi menghadapi cuti panjang minggu depan.

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

19 responses to “Harga minyak turun lagi – Ref Malaysiakini

  1. Mohd Redzuan a.k.a TOM's

    alhamdulillah..
    Tahniah untuk Kak Haslinda diatas Pecalonanan
    Naib Ketua Puteri UMNO..

  2. Apai Ngelai

    Salam,

    Turun, turun dan turun lagi….. Benarlah apa yang dijanjikan kerajaan. Harga minyak akan turun ke paras melegakan dan janji itu telahpun dikotakan. Campur subsidi yang kita claim kat post-office, bermakna kita dapat juga merasa nikmat hasil minyak kita. Ini lebih baik daripada minyak subsidi kita yang diperah hasilnya secara haram oleh orang-orang yang tidak layak. Betui kan?

  3. Anak demokrasi

    alhamdulillah,tak payahlah nak buat protes2 dijalanan..teori murahan anuar ni.kerajaan tahu apa yang baik untuk rakyat.

  4. zackdanial

    hahaha . masa naik terus rm0.78 , turun baru rm0.40 . Mmg bodoh betul menaikkan harga minyak RM0.78 . No forward thingking betul . Masa zaman Tun M , beliau bijak menjaga kebajikan rakyat . diganti pulak siLah , hancur dibuatnya . Selamat bersara , kalau boleh esok hari jgn tunggu2 march’09

  5. Sekolah Atap

    Alhamdulillah…….

  6. Putera81

    Salam

    Alhamdulillah..jimat lagi beberapa ringgit lepas harga baru nie..lepasla buat bayar bil elektrik (eh..kalau bil letrik bawah RM20 dah consider free kan..)jimat lagi duit aku..

    kalau seminggu minyak aku pakai 30liter dengan harga baru dah aku jimat RM4.50..darab pulak dengan 4 minggu dah jimat RM18.00..pastu bil letrik percuma dah jimat lagi RM20.00..2 benda tu dah jadi RM38.00..dah boleh beli kamus English-BM Oxford untuk mantapkan lagi penguasaan bahasa aku..

    pastu resit tu boleh simpan untuk tax deduction hujung tahun..baguih betul kerajaan sekarang nie..memang la tak bagi seketul dalam jumlah yang besar..tapi bila semua benda ada subsidi, ada diskaun, ada kelonggaran, ada kuota rasanya terbela jugak nasib rakyat..bersyukurlah..

  7. penyapoo

    Salam

    En. Zackdanial, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima, apatah lagi jika yang menerima tu manusia yang tak tahu bersyukur macam awak ni, dok jelaa dalam gua,

    P/s: syukur Alhamdulillah

  8. zackdanial

    salam ,

    Penyapoo awak mesti org yang bodoh . mesti ibubapa awak menyesal lahirkan awak . Sbb ada org2 mcm awak dlm UMNO , dah 51 tahun merdeka M’sia masih ketinggalan berbanding S’pore . Knp ? Sbb S’pore xada bodoh2 mcm awak . Kalau tak tahu soal kiraan , masuk tadika .

  9. penyapoo

    Salam

    En.Z mak n arwah bapak saya sangat gembira dan bersyukur dapat anak macam saya.

    Kenapa awak tak duduk kat spore tu, baru awak tahu untong rugi nasib awak di sana

    saya banyak kawan di sana tak perlulaaa awak nak bercerita tentang kebaikkan spore, event jiran saya juga rakyat spore yg bertungkus lumus menukar kerakyatannya sebagai rakyat malaysia

  10. Kuntakinte

    Salam, sedara zackdanial, aku teringgin sangat nak tengok kau dan puak2 kau lafaz syukur alhamdulillah.

    Pak Lah umum kenaikan 0.78 sen berdasarkan harga semasa ketika tu di pasaran dunia, pakai otak beb… kau kata orang bodoh, kau tu species tengging.

  11. Kuntakinte

    Salam, apa!!! harga minyak turun lagi, apa Pak Lah ni… asyik2 turun minyak……, asyik2 turun minyak…. nyusah kan aku je nak adjust balik perbelanjaan teman…

    Kang teman buat demostrasi kat perhimpunan agong UMNO nanti ha… baru tau malu, dulu janji BN menang naik minyak kenapa sekarang turun pulak, betul2!!! le tak berotak Pak Lah MUNGKIR JANJI pada rakyat.

    Udah le Pak Lah!!!! jangan turun lagi minyak, tak sanggup teman nak adjust belanja teman ni.

    Ehh… lupa teman duit rebat teman lupa nak claim… dapat lagi ke tidak rebat ni. bukan apa lepas juga duit beli baju raya haji anak2. he..he.. apa macam boleh… zack.

  12. zackdanial

    sudahlah kalau dah bernama org UMNO mmg dah xboleh diselamatkan , sbb dah terlalu banyak makan duit haram . kalau banyak makan duit haram , lembu jadi PM pun org UMNO akan kata “inilah pemimpin terbaik ” . Jangan makan duit haram terutamanya time2 sekarang “pemilihan” duit masuk gila punya dan mulalah kehidupan yang sihat tanpa makan duit haram . Jangan jadi lembu . Ingat Allah sentiasa dan jangan maka duit haram .

  13. Kuntakinte

    Salam, sdr zack,makan rasuah je aku ingat kalau makan boleh tahan, orang puji ngak wah!!!! kaya si mamat tu, kereta besor, rumah besor……

    Hak teman tak tahan dan teman rasa teramat malunya bila udah le rasuah pun sapu……. China Doll pun sapu dan jilat abih, di sedekah dik orang pulak tu…ish…ish…ish… ada pulak, bini luar negara pun nikah sijil palsu, cerai pulak tu..ish..ish…, apa macam boleh….. zack

  14. Putera81

    Salam

    Nie la masalahnya dengan budak2 PKR nie..hati bebal sangat..dah terang lagikan bersuluh..sebenaqnya depa tak boleh terima hakikat parti yang depa cemuh dan hina nie dah berjaya mengotakan janji pada rakyat..menafikan yang hak..membenarkan yang batil..itu ajaran AI pada depa..dah tertanam dan terpateri dalam kepala otak jumud depa tu..depa tak boleh nak terima hakikat bahawa orang yang depa dok sanjung kelentong depa hidup2..janji itu ini satu hapa pun tak boleh pakai..sebenarnya orang mcm si Zackdanial nie kecewa sebab dia dah lama teringin nak kutuk orang2 UMNO kononnya kena kencing mcm depa..rupanya depa pun semacam kepala depa jugak..angan2 mat jenin..sebab tu bila minyak turun pun tetap tak tau bersyukur..dan kepada zackdanial aku rasa ada eloknya jangan libatkan mak bapak dalam hal mcm nie..sebab takut kalau otai2 UMNO hunuskan keris dan peluru2 takut tak tertepis nanti..kalau nak maki pun, suam2 kuku sudahlah..

    Lawak betul bila budak nie cakap soal duit haram sedangkan terang2 pemimpin depa tengah disabitkan kesalahan rasuah & “sedekah”..apparaaa…

  15. Kuntakinte

    Salam, sdr zack kau jangan ngata2 lembu, nanti puak lembu buat demostrasi kang depan pejabat MB Selangor tuntut naik harga lembu dan susu lembu, tak beraya haji kita, bukan ke susah….. tapi nyarih kau gelar orang UMNO Lembu, kalau Babi kang marah pulak Kerajaan Selangor sebab Babi Maskot dia.

    Kalau orang UMNO makan duit haram, kau selidik dan tanya waris terdahulu kau tok nenek, moyang, mak, ayah ke diorang semua pejuang UMNO dulu, kang kau nak di gelar anak, cucu cicit apa!!!

  16. brother love

    Harga minyak tak turun tetapi dikurangkan dari kenaikan 0.78 sen kepada 0.40 sekarang dan kerajaan masih tidak menyatakan harga sebenar iaitu USD 78 dolar setong sebenarnya. Tapi Ok lah kerana kalau nak bergantung rebet hanya boleh isi minyak 1.78 sen sehari, air mineral lagi mahal.
    Minyak turun barang ape cerita…tu lesebabnya ari tu jgn naik mendadak kerna minyak boleh kurang cam na ngan harga barang..tak turun punya…

  17. penyapoo

    Salam

    Mudah-mudahan kite tergolong didalam orang2 yang bersyukur,

    biar sedikit tapi barokah

    jangan tamak, biar hidup bersederhana

    kenape nak samakan manusia dengan lembu, sesungguhnya manusia, adalah sebaik2 kejadian

    tapi untuk en.zd ni mungkin lembu lebih kebaikannya dari dia, sekurang2nya lembu boley dibuat korban dihari raya haji nanti

  18. Kuntakinte

    Salam, brother love, apa2 aje lah yeop oi….., dah basi cerita kau. malas teman nak komen…. apa pun zaman dulu2 tok aku cakap minyak 10 sen je ssebelum naik 0.78 harga RM1.92, habis tu nak kata apa pulak dari 10 sen naik ke 1.92. lu pikir lah masak2 biar kepala hotak lu hangit. harga dunia semua orang tahu yeop… tak payah gambar kan macam orang tak tahu dan kerajaan bodoh nak sorok harga minyak dunia…. apa pun cuba belajar bersyukur, setidak2 dapat juga pahala.

  19. minyak naik cara naik
    bila turun dengan cara turun

    yang penting harga barang keperluan makin naik tak turun

    Kalau beruk pun dia tahu bila nak naik dan nak turun pun dia tahu macamana nak turun.

    tapi ntah le… cakap kang ISA plak.

    orang berjuang ko nak berjuang.
    aku ucapkan semak beruang le pada ko.

    Dulu yang afdal pun serupa…
    sekarang sheriff lobo pun sama.
    pistol simpan rumah///
    mamak kasi pisau
    mari sama sama potong…
    lu pun ada gaji.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s