Zul Nordin tidak sertai Umno – Ref Malaysiakini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak kemungkinan wakil rakyatnya, yang sedang menghadapi tindakan disiplin, akan meninggalkan parti itu untuk menyertai Umno.

Bercakap di sidang media di lobi Parlimen hari ini, ketua pembangkang berkata wakil Kulim Bandar-Baharu, Zulkifli Nordin, tidak akan berbuat demikian seperti didesas-desuskan.

Ura-ura tentang isu lompat parti itu semakin kencang semalam apabila calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir secara mengejut menarik balik petisyen pilihanraya kawasan itu walaupun keputusannya dijangka akan memihak kepadanya.

Zulkifli, yang hadir di Dewan Rakyat hari ini, turut menafikan akan meninggalkan PKR.

Bekas peguam kes Anwar sedekad lalu itu terlibat membantah penganjuran forum ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam awal Ogos lalu.

Penglibatannya itu menimbulkan pelbagai reaksi pro dan kontra sehingga dihadapkan ke jawatankuasa disiplin PKR pada 6 September.

Bagaimanapun, sebarang keputusan belum dibuat hingga kini.

Desas-desus itu menyebut beliau ingin menyertai Umno kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan parti itu.

nota: Ya mungkin YB Zul tidak sertai UMNO, tapi mungkin akan keluar dari PKR utk menjadi MP Bebas seperti YB Ibrahim Ali. Kalau YB Zul masuk UMNO pun apa salahnya, demi kepentingan ISLAM dan Melayu itu sendiri. Kini DSAI pula yang ‘goyang’. Kalau tag line selalu yang digunapakai oleh DSAI-‘we have the numbers’, tidak mustahil selepas ini Pak Lah pula cakap ‘we have the numbers’.

Penulis percaya bukan YB Zul sahaja yang kurang selesa dengan PKR yang kini seperti kaduk naik junjung terutama apabila menang besar pada PRU yang lepas. Ramai lagi MP/ADUN PKR juga akan melompat sekiranya YB Zul menjadi yang pertama sekali melompat ke UMNO.

Selamat Datang YB ZUL!!!

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Zul Nordin tidak sertai Umno – Ref Malaysiakini

  1. penegak bangsa

    mp pembangkang masuk BN?
    tidak mustahil dengan isu2 sekarang nie yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum lain lebih di utamakan..
    tengok la nanti..
    mp dan adun pas akan menyeberangi pr kerana kerakusan pemimpin pkr bersuara..
    dgr2 pun dari negeri selangor nie akan melompat..
    mungkin tak masuk bn tapi akan jadi bebas kerana melihat dap dan hindraf lebih menguasai pkr dan pakatan rakyat..
    dari perak jugak ade dgr ura2 tentang ini..
    kita saksikan sahaja.. ini semua untuk kesejahteraan orang melayu

  2. Kuntakinte

    Salam, tak payah nak lompat2 biar gentlemen, BN dan UMNO tak kesah pun….nanti lompat kata UMNO bagi rasuah pulak… UMNO/Bn cara gentle men habis pilihanraya sudah… selesai cerita pilihanraya, sekarang masa untuk bekerja untuk rakyat, bukan macam puak2 diorang ni, tak habis2 politik, dah habis pilihanraya pun nak cucuk2, adu domba lagi… he pelik teman… dah kemaruk… susah.

    Kau orang duduk le situ sampai kering… makan le ulam2 yang di saji dik AN War dan Lim Kit Siang tu last2 sekali korang makan la hati berulam jantung.

  3. Apai Ngelai

    Salam brokuntakinte,

    Kawan setuju 1000%, memang kawan nak cakap mende yang serupa tapi teman dah cakap dulu.

    Kita tak langsung mengharapkan MP melompat macam katak, cuma kalau dia dah terdesak sangat pegilah buat pilihanraya kicik atas nama parti lain supaya dapat membuktikan yang pilihan dia ni adalah pilihan rakyat…….. Bukan macam PKR tu….! mengharapkan pengkhianat-pengkhianat untuk membentuk satu pakatan kerajaan penipu.

    Kepada rakyat yang sudah teraniaya dengan janji PR nih, walaupun sudah ‘terUndi’ mereka diharapkan janganlah merasa putus asa. Masih ada banyak lagi ruang untuk memperbetulkan keadaan.

    PRU akan datang, buatlah pilihan yang tepat dan bijak. Jangan undi Mat Jenin, Samseng Taiwan dan Bahtera Karam dalam pakatan kerajaan langit yang semuanya hanya akan menyusahkan kita pada masa depan, tak kurang dari itu. Beringatlah sebelum kena. 25 minit tak akan membawa apa-apa makna jika ia berakhir dengan kekecewaan -Micheal Learns To Rock.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s