Daily Archives: October 15, 2008

Hindraf Pertubuhan Haram – ref Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai  kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

“Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

“Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara,” katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

nota: Alhamdulillah…bagus lah..tapi kenapa lembab sangat nak declare sebagai pertubuhan haram. kenapa selepas beberapa insiden baru nk ambil tindakan?? pelik pelik…

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mana pergi sifat perikemanusiaan manusia hari ini…. ref Malaysiakini

tolak tepi soal politik buat seketika. apabila penulis membaca kisah pembunuhan di kuala krai di akhbar utusan Malaysia  hari ini, menyebabkan penulis terfikir…mana perginya sifat belas kasihan manusia dan sifat perikemanusian makhluk bergelar manusia hari ini. Mayat disembelih dan dihumban dalam tong….adakah nyawa manusia ini terlalu murah nilainya??

sedih sekali mengenangkan perasaan ahli keluarga mangsa, apatah lagi jika kita fikirkan ia berlaku pada keluarga kita sendiri.

baca cerita.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rais: Jangan gertak mana-mana calon —- ref Malaysiakini

Selepas 29 bahagian mengadakan persidangan sehingga semalam, bahagian-bahagian belum bermesyuarat diminta mencalonkan pemimpin-pemimpin yang belum lagi cukup kuota untuk bertanding Timbalan Presiden Umno tanpa melambakkan pencalonan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saranan ini dibuat oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang turut meminta agar jangan ada pihak-pihak yang cuba mendesak mana-mana pemimpin yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan berkenaan agar mengundur diri sekadar disebabkan tahap pencalonan yang mereka terima setakat ini masih rendah.

“Siapa tahu, bahagian yang belum bermesyuarat lagi nanti akan mencalonkan mereka?

“Peluang mereka mungkin tipis, tetapi jangan ada sesiapa menggertak atau mendesak mana-mana calon agar menarik diri. Ini amalan yang tidak sihat.

“Demi kepentingan Umno, kita mesti benarkan sesiapa sahaja yang ingin berkhidmat kepada parti untuk bertanding.

“Sebab itulah saya teguh dengan pendirian menentang sistam kuota kerana sistem ini menyisihkan orang yang hendak beri khidmat melalui situ sistem pemilihan yang adil,” kata beliau kepada pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar tiga lagi pemimpin yang telah menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden selain Muhyiddin iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Umno Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed agar menarik diri kerana pencalonan yang mereka terima setakat ini terlalu kecil.

Setakat ini 28 bahagian Umno telah bermesyuarat dan daripada jumlah itu, 23 telah mencalonkan Muhyiddin, tiga lagi mencalonkan Muhammad, dua mencalonkan Mohd Ali sementara Nur Jazlan belum menerima sebarang pencalonan.

Rais berkata semua pemimpin yang telah menawarkan diri untuk mana-mana jawatan mestilah diberi peluang untuk dinilai oleh perwakilan pada hari pemilihan dan mereka tidak harus disekat dengan menghadkan kuota yang mereka terima untuk layak bertanding.

Katanya, sebagai parti yang mengaku mengamalkan sistem demokrasi Umno mesti menghormati nilai demokrasi dengan tidak menyekat sesiapa daripada menawarkan diri untuk menjadi pemimpin di mana peringkat sekali pun.

Beliau juga meminta perwakilan agar memikirkan semasak-masaknya sebab-sebab mereka mahu memilih seseorang calon dan tidak hanya membuat pemilihan berdasarkan mentaliti berkumpulan serta emosi semata-mata.

“Trend memuji seseorang pemimpin mesti dihentikan kerana ia adalah amalan tidak sihat, lebih-lebih lagi jika pujian-pujian yang diberikan itu tidak ikhlas,” tambahnya. – mstar

nota: Standard la Datuk Seri, sekrg ni politik dah start ganas, kan dulu ada yang kena simbah asid….padahal utk cawangan je….berbaloi ker?? yang bagusnya lagi…dok gertak/gaduh ni sesama melayu…bila bangsa asing pekik kat melayu…..tak nak pulak balas balik.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Forum Penduduk Ampang – Ref Malaysiakini

Diharap semua penduduk ampang dapat memanfaatkan online-forum yang dibangunkan. Segala perbincangan di bawah pentadbiran kawasan Parlimen Ampang boleh dibincangkan bersama.

Sila klik dan mulakan perbincangan anda.

atau sila layari melalui http://z10.invisionfree.com/ampang/

Sila kongsi dengan rakan-rakan anda yang tinggal di kawasan Ampang.

Terima Kasih.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenyataan Media PM Mengenai Penurunan Harga Minyak – Ref Malaysiakini

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI
Date : 14/10/2008
Title : KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENURUNAN HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL

Pejabat Perdana Menteri

Kerajaan hari ini telah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel, berkuatkuasa 15 Oktober 2008.

Sebelum ini, Kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September 2008. Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan penurunan harga runcit seperti berikut:

– Petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter;

– Petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter; dan

– Diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

DATO` SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Putra
PUTRAJAYA

14 Oktober 2008

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Seniman persoal kriteria Shah Rukh Khan dikurnia Datuk – REF malaysiakini

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

“Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

“Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

“Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

“Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

“Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu,” ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

“Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

“Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema ‘Filem Kita Wajah Kita’. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

“Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama,” tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A’ Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

“Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

“Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?,” luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang. – mstar

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda