Hindraf Pertubuhan Haram – ref Malaysiakini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mengisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari ini setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam laporan Bernama.

Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai  kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

“Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya.

Syed Hamid berkata Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

“Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka. Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara,” katanya.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

nota: Alhamdulillah…bagus lah..tapi kenapa lembab sangat nak declare sebagai pertubuhan haram. kenapa selepas beberapa insiden baru nk ambil tindakan?? pelik pelik…

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Hindraf Pertubuhan Haram – ref Malaysiakini

  1. malayamuda

    macam maner pertubuhan yang todak berdaftar boleh di haram kan

    memang bodoh kepala botak/ umno / barisan nasional

  2. Apai Ngelai

    Salam,

    Pada firasat kawan, orang Hindraf ini tak bodoh. Sememangnya mereka ni melampau dan bertindak ala-ala samseng gitu supaya orang gerun dan kecut perut. Kalau Hindraf ini obsoleted, mereka akan buat satu lagi pertubuhan dengan nama baru, konsep iras-iras yang lama cuma cara pendekatan yang berbeza. Tapi matlamat dia tetap sama. Tengoklah…..

    Selagi tuntutan mereka tak kesampaian, selagi itulah mereka akan guna apa saja cara untuk mendapatnya. Buktinya, kita lihat kesungguhan mereka kat Istana tempoh hari dan kat rumah pemimpin-pemimpin kita tanpa menghiraukan kehadiran anggota keselamatan. Kumpulan mana lagi yang lebih berani dari itu?

    Yang pasti Pakatan Rakyat pembangkang akan menggunakan isu ini, menangguk di air keruh mempersoalkan tindakan kerajaan dengan membandingkannya dengan pertubuhan-pertubuhan yang lain yang tiada kene mengena, kerana itu adalah cara mereka.

    Kepada kaum India yang lain, janganlah terpengaruh dengan hasutan mereka yang tidak lebih dari hanya untuk menjatuhkan kerajaan sahaja. Orang India majoritinya adalah satu bangsa fasih yang paling bijak dan antara yang paling rasional setakat yang kawan tahu. Itulah sebabnya golongan ini sangat mudah menguasai pelbagai Ilmu dan bahasa serta dialek jika dibandingkan dengan kaum-kaum yang lain.

    Kerajaan harus mengawal keadaan sebelum ia menjadi barah masyarakat dan bahan eksploitasi politik. Declaration ini sekurang-kurangnya akan mencacatkan perancangan mereka untuk menyusulkan tindakan lain agar kerajaan tunduk kepada segala tuntutan mereka termasuklah tema ‘1juta ringgit seorang’ mereka. (Lembu punya akai Sapi juga yang punya claim….. mana sekolah mereka pegi, kata kerajaan hutang sampai macam tu sekali)

    Ingatlah, jangan bertindak melampaui batas sehinggakan kerajaan terpaksa menambahkan lagi bilangan individu yang sedia ada ke dalam ISA. Jika ini berlaku, jangan salahkan pihak kerajaan tetapi salahkan diri sendiri yang berani buat hal.

  3. Apai Ngelai

    Malayamuda…sapa yang lagi bodoh dari awak?

    Saja jer ke nak bagi orang gelak kat awak?

    Pertubuhan yang TIDAK BERDAFTAR itulah PENYEBAB kepada pengharaman ini. Kalau dia berdaftar, pemimpin dia akan dipanggil wakil parti pembangkang. Hindraf bukan satu parti, dia satu pertubuhan yang tidak berdaftar sepertimana Al Mau’nah dan Al Arqam. Cuma bentuk agresif melampau mereka dalam bentuk yang sangat berbeza.

    Kalau awak rasa pandai sangat, awak tak perlulah bercakap berdasarkan akal awak yang da’if tu. Fikir balik seratus kali sebelum nak tunjuk kebijaksanaan awak, kalau betul orang puji awak, kalau salah orang keji awak. Awak ni tidak ada kemampuan untuk membezakan mana baik mana buruk sesuatu tindakan. Kita tumpang kesian campur nak gelak kat awaklah….Sungguh, kita tak tipu tu…. sungguh!

  4. suara de kota

    Salam.
    Bagus juga malayamuda mulakan tuduhan bodoh kepada pemimpin-pemimpin tak kiralah yang botak ke (Menteri Dalam Negeri) atau sesiapapun, lebih-lebih lagi mengatakan UMNO bodoh.

    Kalau Melayu UMNO bodoh, tak merasa kita nikmat dan kemerdekaan ataupun bebas daripada gagasan yang dicadangkan oleh Inggeris. Merana kita… Ribuan anak-anak Melayu termasuk malayamuda yang ‘berpelajaran’ dan sekarang bodoh nak menujukan bodoh kepada bangsa sendiri.

    Cuba malayamuda renung, siapa yang bodoh, ada parti Melayu hang tok ‘julang’ parti yang sekarang nampak ditunjangi dik geng-geng Pak Hitam dan golongan peneraju ekonomi Negara?.

    Sebenarnya saya pun terkilan juga dengan Melayu kerana sejak azali lagi terlalu berlembut dengan Pak Hitam dan golongan peneraju ekonomi Negara?. Kerana terlalu berlembutlah, kita akur dengan permintaan… segala apa yang benar terhadap Malayu, diperjuangkan, digarap dan dijulang, tidak disukai oleh bukan Melayu.

    Lepas tu, kita Melayu dipaksa minta maaf, maka Melayu-Melayu yang sifatnya bertolak-ansur ni pun memohon maaflah…

    Itulah yang terjadi antaranya pada Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Calon popular Naib Presiden, Datuk Sri Hishamuddin digesa minta maaf. Hishamuddin tunduk, tetapi Bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera bertahan hingga beliau digantung dalam UMNO.

    Bagaimana pula dan apa tindakan kita terhadap kenyataan Ketua baru Wanita MCA… Patutnya dia juga perlu ditentukan nasib kedudukannya. Bukanlah dia layak ‘turun’ sebagai Ketua Wanita MCA.

    Terlalu banyak perkara-perkara yang tidak diingini timbul dan berlaku kerana kebodohan Melayu yang tidak sedar diuntung kerana semata-mata kononnya membela rasuah, membina Malaysia Baru dan entah apa-apa lagi.

    Kita tunggu cadangan Debat Perdana antara Anwar Ibrahim dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

  5. Apai Ngelai

    Lagi satu….kalau Hindraf tu nak berlagak sebagai pembangkang, dia kene mendaftar sebagai satu parti politik. Kalau dia cuma nak jadi satu pertubuhan biasa, jangan berlagak macam satu pakatan politik. Kalau dah mendaftar pun, bukan bermakna ia satu lesen untuk buat sesuka hati..

  6. zackdanial

    salam malayamuda ,
    Mmg botak ni bodoh . mungkin kekurangan rambut adalah sombolik kekurang isi otak kot .

  7. Battleship

    Ha..Ha…nak kata orang bodoh pun at least dia jadi menteri yang bijak sana haramkan benda yang patut haram…Khalid Flinstone lagi nak halalkan benda kandang haram tu…

    Mana la datang pelatah nie…

  8. Kuntakinte

    Salam, pasal tu Pak Hitam naik tocang sebab ada species melayu allien macam 2 ekor ni lah yang duk support belakang termasuk le sifu diorang yang muka dah kecut si AN War tu yang jadi tiang seri nya.

    Melayu runtuh sebab melayu jugak, sejarah melaka dah jadi dulu lagi dah, melayu tetap tak sedar kan diri. esok Pak Hitam ludah muka melayu kerana terlaggar bahu Pak Hitam kat pasar sudah jangan heran.

  9. ikankecil

    salam……..

    mr jackdanial……anda siapa sehingga sesuka hati memberikan pangkat bodoh pada orang???anda pandai2 sgtkah????graduan ne???jgn sesuka hati ckp orang bodoh…sedar skit tahap awk dan die dimana….kalau stakat minum kt kedai kopi pown msk buku 5 jgn la mimpi nk ckp org bodoh….baik anda g sedekah bon+++ kt si sodom 2….da lame x dpt 2……so rude…..dasar bangsa biaDAP……

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam.

  10. Big8

    Salam semua,

    Saudara ikankecil,Kuntakinte,Apai Ngelai,suara de kota…

    xperlu lah saudara2 berasa marah atau terkejut dgn penulisan dr puak2 tut 2…dah memang diajar begitu mungkin. jadi jgn dihiraukan “pejuang2” itu. Biar “pejuang2” itu dgn kerjuangannya. Makin dilarang makin menjadi. Macam budak2 jahat..xkemana…anak2 derhaka…

  11. REFIVEMASEE

    malayamuda..zackdanial lah yang bodoh.. sebab masa Al-Maunnah, Al-Arkam dan KMM kena haram dia tak bising pun.. kalau HINDRAF diharamkan dia bising.. bukannya MALAYAMUDA .. segelintir orang MELAYUBODOH namanya.. ZACKDANIAL sedap tapi lagi sedap kalau BLACKDANGKAL….

  12. Not sure if this Ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

    As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few in Malaysia)

    While they maybe seen fighting for Tamil people (FYI, not all Malaysian Indians are Tamils) their approach is ridiculous, can be seen as inciting hatred towards others, use of ‘Muslim Terrorist’ etc in their propaganda and memorandum. Surprisingly they are supported by Saudara Anwar and gang in Pakatan Rakyat.

    For my analysis on HINDRAF, please visit (AUg/Sept/Oct Archive)

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

  13. Putera81

    Salam

    To dear Mr Balan..welcome to this blogspot..and nice to hear some comments from you..

    I had viewing your link and learn so many things particularly on Hinduism & temples..Sincerely, I feel it is fair judgement and I am appreciate your genuine concern for the state of affairs of the many things related to Hinduism in Malaysia and the temples in particular..

    Keep on writing and sharing your view with us..have a nice day..

Leave a reply to ikankecil Cancel reply