Kenyataan Media PM Mengenai Penurunan Harga Minyak – Ref Malaysiakini

DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI
Date : 14/10/2008
Title : KENYATAAN MEDIA MENGENAI PENURUNAN HARGA RUNCIT PETROL DAN DIESEL

Pejabat Perdana Menteri

Kerajaan hari ini telah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit petrol dan diesel, berkuatkuasa 15 Oktober 2008.

Sebelum ini, Kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September 2008. Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan penurunan harga runcit seperti berikut:

– Petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter;

– Petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter; dan

– Diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

DATO` SERI ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

Perdana Putra
PUTRAJAYA

14 Oktober 2008

Advertisements

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Kenyataan Media PM Mengenai Penurunan Harga Minyak – Ref Malaysiakini

  1. Putera81

    Salam

    Terima kasih Putera ucapkan kepada YAB PM dan barisan kepimpinannya kerana masih lagi menumpukan soal pengawalan dan penurunan harga minyak di samping mengekalkan subsidi kepada barang komoditi terpenting itu..

    Pendirian Putera hanya wahid..kerajaan UMNO/BN sekarang benar2 ikhlas membela nasib rakyat dan bukan menyandarkan kepada agenda2 tersembunyi..untuk rekod, berulang2 kali kerajaan pimpinan UMNO/BN ini berjanji kepada rakyat akan menurunkan harga minyak seiring dengan harga minyak sedunia dan berulang kali juga kerajaan UMNO/BN ini MENUNAIKANNYA.. kerana apa? apa yang menjadi faktor kejayaan kerajaan UMNO/BN menunaikan janjinya? Kerana janji ini bukan bersifat populis tapi bersandarkan kepada fakta..

    Kerajaan UMNO/BN tidak perlu menggula2kan rakyat dengan isu harga minyak sepertimana permainan AI & the gang..kita tidak bercakap bersandarkan impian dan angan2 supaya apa yang dihajati menjadi kenyataan..kita bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian & pengetahuan..kita tidak memperbodohkan rakyat dengan hujah2 songsang yang mengelirukan..memanglah kalau boleh kita mahu harga minyak semurah sekupang atau mungkin diberikan percuma..kerana nafsu dan kehendak manusia tidak ada batasan & sempadan..malangnya tidak semua rakyat Malaysia faham akan turun naik harga minyak dan faktor2 pemangkin..tapi golongan ini yang disasarkan & ditanamkan kefahaman yang salah akan tindak tanduk kerajaan..

    Perlu diingat setiap janji yang dibuat tidak boleh direka dan dicipta untuk memuaskan nafsu rakyat2 jelata..untuk menjadi negara maju kita tidak boleh menjadi negara berkebajikan yang memberi segala2 milik negara semata2 kegembiraan sementara..Malaysia dengan izin Allah akan kekal untuk satu jangka masa yang lama..dan jika kerajaan UMNO/BN sekarang terlalu “berkebajikan” sepertimana yang diminta oleh pihak pembangkang, maka apalah nasib anak cucu cicit kita nanti sedangkan tabungan & simpanan negara dihabiskan untuk memenuhi tembolok rakyat zaman sekarang..kerajaan UMNO/BN sentiasa memandang jauh demi kesinambungan kesejahteraan generasi mendatang..

    Lagipun, apalah salahnya rakyat berkongsi kesusahan dengan kerajaan dalam membangunkan dan memajukan negara..kita sering ditanya “kita mahukan kerajaan memberikan yang terbaik untuk kita tapi apakah sumbangan terbaik kita untuk negara?”..harus diingat setiap ringgit yang kita keluarkan itu akan “dibayar” balik dalam bentuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan, bonus2, skim latihan untuk siswazah menganggur, penambahbaikan kualiti pendidikan, dan perlbagai lagi faedah yang selama ini dipandang sepi oleh pembangkang..sedangkan rekod pembangkang tidak menunjukkan yang mereka mampu melakukan apa yang kerajaan UMNO/BN lakukan kepada rakyat..

    Berjanji memanglah senang tapi mengotakan belum tentu boleh..dan malangnya “kelurusan” majoriti rakyat negara ini terutama golongan muda mudi telah dipergunakan dengan baik oleh pembangkang untuk menanam rasa benci dan salah faham terhadap kerajaan UMNO/BN..maka lahirlah masyarakat yang tidak tahu bersyukur dan sentiasa meminta2 sedangkan mereka sendiri jarang benar memberi kepada kerajaan & negara..

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  2. AnakMelayu

    Naik macam ribut turun macam semut. Kerajaan menurunkan lagi harga minyak apakah rakyat keseluruhannya gembira..? Sila buat tinjauan.. !Dengan penurunan itu maka bolehlah kita katakan bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap rakyat..? Bagaimana dengan barang keperluan hidup yang lain..?

    Orang yang makan rasuah dan rakyat yang bangang saja akan berkata kerajaan ikhlas membantu rakyat.

  3. Putera81

    Salam

    Wahai AnakMelayu..hanya orang yang kurang didikan agama sahaja amat mudah melenting, tidak tahu bersabar dan tidak pernah bersyukur..kenaikan harga minyak bukan dalam kawalan PM atau mana2 menteri dalam negara..sekadar mengimbangi keperluan minyak secara global..

    Sekurang2nya beban rakyat dapat dikurangkan sebanyak 3kali dengan penurunan harga minyak sebagai elemen terpenting memastikan kenderaan2 anda terus bergerak..kalau nak ikutkan AI tu, sibuk dok canang sana sini tapi kelentong saja lebih..mcm jugak masa diberi peluang menerajui Kementerian Kewangan..dulu sibuk cakap nak hapuskan judi..alih2 dalam 4,5 tahun dia pegang kementerian lagi banyak lesen judi diluluskan..apa cerita? Nak panggil apa tu? Rasuah? Kroni? Politik Wang?

    Memang sedap membangangkan orang..tapi cerminlah diri dahulu..nama AnakMelayu tapi salam tak diberi..oh terlupa pulak aku, Melayu sekarang pun ramai yang bukan Islam..atau pun ada jugak Melayu yang mengaku Islam tapi terdiam bila betina MangKok pertikaikan isu azan dan tulisan jawi..melayu mcm hang la kot..

    Kita hidup di dunia nie tidak dapat tidak, tak mampu nak puaskan hati semua orang..kalau tidak, mana mungkin ada pembangkang yang terkangkang mcm hang nie..aku rasa golongan cerdik pandai dan ada asas agama yang baik sudah tahu menilai kegigihan kerajaan dalam menurunkan harga minyak..tapi bagi budak2 pembangkang mcm hang nie biasalah..dah nama pun terkangkang, asyik membangkang je la..dulu hentam kerajaan pasal harga minyak, dah turunkan harga minyak sibuk hentam pasal harga barang pulak..satu2 la..sabar la sikit..orang lain pun susah jugak..takkan susah sikit dah nak bising..sekurang2nya Malaysia masih lagi tenang dan kompeni hang pun tak sibuk nak gulung tikar..kalau ikutkan plan boss hang (AI) tu rasanya hang la nie dah merempat jadi kulikang mangKok tu dah..apa yang ada pada orang melayu semua nak kongsi..apa punya lahabau!!!

    Pendek kata hidup nie kena tahu sempadan dan batasan, selalu berwasatiah dalam kehidupan..jangan takbur..jangan sombong dan jangan lupa untuk bersyukur..minyak dan segala yang ada dalam dunia nie milik Allah..dia yang berhak nak bagi minyak banyak atau kurang dalam perut bumi..bila kerajaan buat sesuatu yang lebih baik, bagi lah sokongan..jangan meminta2..sumbang sesuatu dulu sebelum minta itu dan ini..atau agaknya AnakMelayu nie tak pernah hidup susah kot..semua nak senang..semua nak selesa..sebab tu bila kerajaan turunkan harga minyak pun masih mcm orang kena sawan gila b***..

    p/s: Manusia yang berjaya adalah manusia yang hari ini lebih elok dari semalam dan esok adalah lebih elok dari hari ini..(tambah sikit) begitu jugak dengan kerajaan..Wassalam..

  4. Sekolah Atap

    AnakMelayu….. memang minyak turun macam semut… yang hang duk bebaris kat Pejabat Pos amik rebet RM620 tu apa benda??? jangan jadi pengikut Ayah Pin

  5. Apai Ngelai

    Salam,

    Ha….betul cakap Sekolah Atap tu.. Patutnya kalau ada orang cakap macam AnakMelayu nih, ia disebabkan kekecewaan tak dapat claim rebet tu. Ini tak, dia sendiri dah seredak makan duit yang dia kata serupa rasuah pastu ngomong-ngomong macam momok lak…

    Orang yang makan rasuah dan rakyat yang bangang saja akan berkata kerajaan TAK ikhlas membantu rakyat.

  6. Kuntakinte

    Salam, sdr Putera81, gua belakang lu, kalau orang tumbuk lu, wa bagi lesen sama lu, lu boleh elak biar gua kena penumbuk tu.

    Sdr anak melayu, tongang tonggik sembahyang tak berdoa ke bersyukur kepada Allah S.W.T. kau lupa ke ayat tu.

  7. penyapoo

    Salam,

    Biase laa tu kalau PM umumkan minyak turun 5posen pon dorang tetap tak bersyukur punyer.

  8. noni cantekk

    korang ni kan cakap-cakap banyak tu dah banyak sangat ke ilmu dan kajian yang korang buat, dah buat pertimbangan atas semua maklumat yang korang dengar dan baca..itu pun kalau korang memang dengar dan baca la..dey, ..kalau setakat macm budak sekolah surat khabar tak sampai macam korang boleh,adik aku kat tadika pun boleh cakap….

  9. Putera81

    Salam

    Bro Kuntakinte..terima kasih atas semangat setiakawan..tapi selagi terdaya dan termampu, biarlah Putera “beli” sendiri penumbuk budak2 yang tak tahu bersyukur tu..sekurang2nya Putera tau yang masih ada kawan2 di belakang yang bersedia membantu di kala rebah, yang boleh menolong di kala susah..

    Manusia yang sentiasa merungut-rungut walaupun dilimpahi kesenangan adalah manusia yang kufur nikmat Allah SWT..Allah menetapkan bahagian masing2 dari segi kurniaan rezekiNya dan bagi Putera, cakap2 dan protes budak2 mcm AnakMelayu yang dah layu nie tak lebih dari seorang yang terlupa hukum Allah..rasanya lebih ramai manusia di muka bumi Malaysia ini gembira dan lega setelah kerajaan menurunkan harga minyak daripada manusia yang tak pernah tau erti bersyukur dan berterima kasih..yang masih hidup dalam dunia fantasi..yang masih hanyut dalam Angan2 Mat Jenin..

    Pada zaman Rasullullah, Baginda SAW selalu membawa dan menyuapkan makan kepada seorang pengemis buta..malangnya pengemis buta itu selalu mencaci, menfitnah dan mengeji Nabi SAW dan menuduh Baginda seorang ahli sihir yang jahat..tanpa mengetahui yang orang yang menyuapnya setiap hari itu adalah orang yang dikeji dan dihinanya..sehinggalah Baginda wafat dan tugasnya digantikan oleh Saidina Abu Bakar RA..hari pertama pengemis itu disuapkan makanan oleh Saidina Abu Bakar, pengemis itu amat marah dan menengking Saidina Abu Bakar kerana sedar bahawa bukan Saidina RA yang menyuapkan makanan ke mulutnya setiap hari..makanan yang Rasullullah suapkan terlebih dahulu dihancurkan agar lembut dan mudah ditelan..maka terpaksalah Saidina Abu Bakar membuka cerita yang sebenar bahawa orang yang berhati mulia itu adalah Rasullullah yang telah wafat – orang sama yang telah dikeji & difitnah oleh pengemis buta itu..walaupun akhirnya dia memeluk Islam, namun dari sudut yang lain,dia tidak akan dapat bersama dengan Nabi SAW selama hidupnya dalam dunia ini lagi..

    Sama lah jugak dengan orang2 seperti AnakMelayu yang tidak pernah berterima kasih malah menfitnah & mencerca “orang” yang memberi bantuan kepadanya..dan jika ditakdirkan “orang” yang dibencinya itu “tiada” lagi..maka menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna lagi

    p/s: Sedarlah sebelum terlambat..kerana “kadangkala kita terpaksa membayar harga yang lebih kerana kesilapan yang begitu sedikit”..Wallahualam

  10. Salam
    Jangan gaduh…..jangan dok bising….
    Minyak naik buat cara naik.
    Dah turun kita buat cara turun…

    Naik dan turun minyak kita kena bersyukur…
    Kita peraghati tengok kut jauh…kut tepi….
    kut celahh…..
    Bukan minyak buat depa naik…. tapi depa yang dok buat minyak naik…

    Cuba hang kira tengok……..?

  11. kacang

    minyak naik takpe syukur…minyak turun takpe syukur…naik ke turun ke kena syukur. kalau tak syukur tak beriman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s