Seniman persoal kriteria Shah Rukh Khan dikurnia Datuk – REF malaysiakini

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.

“Ini hak mereka, kami tak larang mereka untuk beri anugerah itu, tapi kami harap ia diberi penilaian sebaik mungkin agar anugerah itu dihormati.

“Sabtu lalu, dia juga tidak menghadiri upacara tersebut dan kami rasa seperti satu penghinaan kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika sidang media bantahan Seniman di pejabat Finas, Hulu Kelang,kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut Mustapha, mereka patut bertanya kepada pihak yang bersesuaian seperti Finas mengenai kelayakan untuk memberikan anugerah kepada seseorang selebriti.

“Kami bukanlah terdesak dengan kementerian dan kerajaan negeri, tapi kami harapkan keadilan,” katanya.

Beliau turut menyuarakan nama artis lain yang lebih layak menerima anugerah seperti Azean Irdawaty, M. Nasir, Kuswadinata dan Ruminah Sidek atas sumbangan mereka kepada industri filem dan seni tanahair.

“Ikutkan, anak seni dan karyawan belakang kamera juga mempromosi bukan sahaja Melaka malah negara kita tetapi kenapa mereka tidak diberi perhatian.

“Kita harap mereka yang berjaya juga mendapat anugerah itu,” ulasnya dalam sidang media yang turut dihadiri oleh kira-kira 20 orang artis itu.

Antaranya adalah Harun Salim Bachik, Ahmad Idham, Datuk Aziz Sattar, Jalil Hamid, Arash Mohamad, Rahim Jailani, Mas Omar, Zulkifli Zain, Normala Omar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Rusdi Ramli.

Menurutnya, Seniman akan menyerahkan surat bantahan kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW) pada pukul 4 petang esok.

Dalam pada itu, pengarah filem pecah panggung Jangan Pandang Belakang Ahmad Idham Ahmad Nadzri menambah, berita tersebut memberikan tamparan hebat kepadanya.

“Apabila saya melihat akhbar pagi Sabtu yang lalu, saya rasa macam kena tampar, apa ini?

“Saya macam badut atau kita macam main-main dalam industri hiburan ini? Kita selalu meuar-uarkan tema ‘Filem Kita Wajah Kita’. Kalau nak kata bawa filem ke luar negara, filem saya pun bersepah dibawa ke luar negara.

“Apa yang saya tahu, belum pernah lagi artis yang berhak menentukan lokasi pengambaran filem atau drama,” tegasnya.

Sementara itu, pelakon Arash Mohamad pula berpendapat alasan kerajaan negeri Melaka mengurniakan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana mempromosikan A’ Famosa Resort, Alor Gajah melalui filem One Two Ka Four adalah tidak munasabah.

“Memanglah orang yang menonton filem tersebut mengenali Melaka, tetapi persoalannya adakah mereka datang ke negeri tersebut?

“Alasan itu membuatkan kami kecil hati. Kami bukan cemburu sebab tak dapat anugerah itu tetapi apa revelannya memberi kepada dia?,” luah Arash yang dikenali menerusi drama tempatan seperti siri Masih Ada Cinta dan Badai Metropolis.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang. – mstar

Advertisements

23 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

23 responses to “Seniman persoal kriteria Shah Rukh Khan dikurnia Datuk – REF malaysiakini

  1. Putera81

    Salam

    Putera mempunyai 2 pendapat tentang isu “Datukship” kepada SRK ini yang mana ada pro & kontranya:

    Kebaikan:
    1. Diharap cerita SRK mendapat Datuk dari kerajaan Melaka (Malaysia?) ini akan tersebar & dihebohkan oleh media di India sehingga semua peminat2 SRK yang bukan sedikit bilangannya akan mula menyelidiki & mengambil tahu tentang Melaka & Malaysia..dan daripada jutaan peminat SRK di seluruh dunia yang membuat research di internet berkaitan Malaysia, rasanya mungkin ribuan orang yang berkemampuan akan memilih Malaysia & Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka seterusnya (inilah yang dikatakan promosi percuma untuk negara & negeri Melaka)..

    2. Diharap apabila peminat2 SRK mula membanjiri Melaka dan negeri2 lain di Malaysia untuk melancong & membeli belah (setelah melihat tempat2 menarik dalam Internet) maka secara tidak langsung ramai mendapat faedah secara langsung akan kebanjiran tersebut..aliran wang asing masuk, ekonomi berkembang, barang2 cenderamata laris terjual, income pengayuh2 beca melaka (mungkin juga beca penang) akan bertambah & pelbagai lagi faedah jika difikirkan dari sudut positif..

    3. Diharap penganugerahan itu juga akan “menjenamakan” semula bandaraya Melaka dan meletakkan negeri itu dalam rating teratas senarai keutamaan tempat melancong bagi rakyat tempatan & antarabangsa..mungkin selama ini ramai yang memilih untuk ke Lost World of Tambun atau Sunway Lagoon berbanding dengan A Farmosa Resort..jadi mungkin juga ini strategi kerajaan negeri membantu pengusaha & pelabur dalam negeri..

    Kekurangan:

    1. Mungkin selepas ini standard Datuk dari kerajaan Melaka akan sedikit menurun atau berada di kelas kedua pada pandangan rakyat marhaen dek kerana tampak begitu mudah memberi anugerah bertaraf Datuk kepada orang luar yang tidak menyumbangkan faedah secara langsung kepada orang ramai malah membazirkan lagi airmata isteri2 peminat mohabbattein (macam bini Mamak Haji..hehe) sampai berliter2..ish2..

    2. Mungkin dengan penganugerahan darjah kebesaran ini akan melukakan hati2 anak melaka yang lebih dahulu berjasa mengharumkan nama negara..dan “demotivated” untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada negeri kelahiran mereka..

    Putera berpendapat harus ada (atau mungkin sudah ada) garis panduan syarat & kriteria sebelum seseorang itu layak dianugerahkan dengan darjah kebesaran..tidak terlalu ramai & tidak terlalu sedikit..mcm production jugak, bila barang dikeluarkan terlalu banyak, kualiti berkurang & QC kelam kelibut sampai terlepas pandang..kalau sikit sangat pulak kompeni tak balik untung & QC takdak kerja..

    Apa pun, kita harus sedar bahawa setiap benda yang diterima haruslah disyukuri..setiap orang rezekinya lain2..mungkin hari ini mereka tidak dapat Datuk seperti SRK tapi tak mustahil esok lusa akan dapat Tan Sri dari kerajaan negeri lain..Allah melarang kita mengira2 rezeki keesokan hari kerana Allah menurunkan rezeki setiap hari & berbeza2 mengikut kemahuanNya..bersyukurlah

    p/s: bagi Putera, anugerah terbaik adalah keamanan, ketenangan & kegembiraan bersama ayah bonda, isteri & anak2 serta saudara mara sahabat taulan yang ikhlas berjuang bersama2 dalam kehidupan sementara ini..

  2. suara de kota

    Salam Seniman & Budaya

    Kekadang suara de kota terfikir, apakah tiada lagi insan-insan seni yang layak dipertimbangkan untuk diberikan anugerah yang membawa gelaran Datuk.

    Kerabat dunia seni, sama ada bidang nyanyian dan lakonan yang boleh diperhalusi lagi sama ada dari kerabat dunia hiburan mahupun lakonan filem dan TV para aktivis teater juga boleh diberikan tempat untuk disandarkan penilaian untuk diberikan anugerah.

    Melanjutkan sudut hal-hal teater ini, saya amat sedih kerana ramai di antara aktivis-aktivis teater yang dikatakan bergerak dalam dunia teater yang miskin ketika itu – sudah mula dilupakan.

    Siapa dia yang menggerakkan teater di sekitar Kuala Lumpur semasa dan sebelum teater dikenali melalui pementasan Kompleks Budaya Negara mahupun Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Siapa dia insan-insan seni yang ‘bersinggit’ melakukan pementasan-pementasan teater di sekitar Kuala Lumpur sebelum wujud Panggung Tuanku Abdul Rahman di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Malangnya juga, Kementerian yang berkenaan serta kelompok Kakiseni.com lupa kepada mereka ini?… Memang mereka miskin, tetapi mereka tidak miskin semangat untuk membina khalayak penonton teater yang dimegahkan sekarang.

    Selalunya, yang sering banyak menyumbang derma akan mudah diingati untuk diberikan gelaran…

    Pemberian gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan atas dasar telah membawa kebaikan pada Negeri Melaka kurang bermakna, sedangkan pada hemat saya aktor hindi ini akan tidak menghargai status Datuk yang diberikan???.

  3. zackdanial

    Lepas SRK dapat datuk siapa lagi akan dapat – Pua Chu Kang ke ?

    Gua hanya respect datukship dari Sultan Selangor .

  4. Apai Ngelai

    Zackdanial,

    PCK lagi layak dapat gelaran datuk daripada LimKitSiang. Sekurang-kurangnya dia tak pernah kutuk orang melayu dan dasar perlembagaan negara. Dia pun banyak contributions serta commitment kat industri hiburan tanahair.

    Baguslah! Bagilah gelaran kat sesapa yang berkelayakan, kita pun tahu apa sumbangan orang kat kita, banyak mana. Tak salah kita bagi gelaran datuk sebagai tanda penghargaan.

  5. penyapoo

    Salam,

    Phua Chu Kang tu nama dalam cerita saja (alam maya) rambut n tahi lalat pun palsu, name betulnye gurmit singh.

  6. Putera81

    Salam

    Bro Penyapoo..agak2 Gurmit Singh tu ada kena mengena dengan Karpal Singh??? hehehe..

  7. Apai Ngelai

    Putera81,

    Eh, tak sama nyee….. Satu tu putih, yang satu lagi itam. Gurmit Singh tu bawang putih. Karpal Singh tu bawang busuk.

  8. Putera81

    Salam

    Hahaha..kira Bawang Busuk nie bapak tiri Bawang Putih Bawang Merah la nie..haha..

  9. penyapoo

    Salam putera

    jawapan da diberikan dek apai ngelai hehehe,

  10. kacang

    apa2pun bersyukurlah….kan kerajaan kita selalu suruh kita bersyukur. nak bagi anugerah apa pun n kat sape pun bagi je lah…kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersyukur

  11. brother love

    Lim Kit siang ,SRK , Karpal singh ke semua tu orang kafir sebab SRK tu bukan pembangkang semua sokong …..hampeh

  12. Putera81

    Salam

    Dear brother love..sebelum bercakap sila selidik dahulu..SRK adalah seorang beragama Islam..begitu juga dengan Salman Khan, Amir Khan..jadi untuk mengatakan SRK itu kafir adalah tidak tepat salah sekali..

    p/s: “sometime we have to pay extra for such a little mistake”

  13. Jack

    Saya rasa jika nak bagi kepada artis yang banyak mempromosikan MELAKA, saya rasa Pengarah Rashid Sibir adalah tepat.

    Pilihan lokasi beliau di sekitar Kuala Linggi dan Alor Gajah memukau pandangan mata kita. Beliau bijak menonjolkan keindahan Kampung Tradisional Melaka.

    Mengapa tidak ‘Datuk’ untuk beliau …

  14. Bakal PM

    apa la sgt nak direbutkan anugerah kat dunia ni… Anugerah Allah kepada hambaNya adalah anugerah yg tak ada tandingannya… Bersyukur la kita sebab menerima anugerah olehNya walaupun kadangkala kita lupa nak bersyukur… Jd x payah la nak pertikaikan siapa pun nak dapat anugerah kerana kita lupa yg kita pun menerima anugerah Oleh Allah S.W.T.

  15. Putera81

    Salam

    Bakal PM..Putera setuju..buat letih ja berebut nak dapat Datuk nie..lagipun masa talkin tak pulak disebut Datuk ka, Tan Sri ka..kain kapan pun sama jugak kaler putih..tak pernah pulak aku tengok Datuk2, Tun, Tan Sri dikapan pakai kain kaler hijau ka, merah ka..pasal benda nie tak payah nak tension2 sangat..orang bagi kita ambik, orang tak bagi kita redha..

  16. Putera81

    Salam

    Lagipun kalau itu strategi kerajaan Melaka nak makmurkan ekonomi dan negeri dia, biarlah..ada baiknya jugak..think positive..be positive..

  17. Big8

    tan sri, datuk, dato’…dah bersepah dah kt Malaysia..pergi lah pasaraya ke, pasar tani ke, pasar malam ke..mesti jumpa punya lah org2 yg ada gelaran dunia ni..nk buat apa dik oi..buat payah diri je..bila beli barang susah nk tawar-menawar. hehe..sebenarnya x ada yg istimewa dah gelaran2 tu semua. Sekali ‘kurnia’ beratus-ratus, kalau dah umur panjang boleh cecah 2 3 puluh kali kurnia. Kalau sekali kurnia dah 700 org, dah berapa dah 2…xlama lagi ada la datuk dtg daftar masuk darjah 1. Adoi…apa nk jadi dgn pemimpin2 yg ada kt malaysia ni…politik dgn politik…yg x politik pon dah lain macam je…loqlaq sungguh..

    p/s: Melaka negeri bersejarah, dah tambah lg satu sejarah nampaknya…

  18. Tahniah sama lu…
    itu Malaysia kasi latuk
    sikalang lu nama latuk sharukkhan la..
    ooo..gooooood

    From
    Datuk Stephen Chow.

  19. orang dok susah susah fikir soal perkauman, ekonomi global,penyusunan semula umno,soal pkr,DAP,PAS….ini dok tak dudok
    sharukhan dapat datuk….

    alapak ai ngentikanla…..Param miss sivam betul la.

    Nak kata apa lagi dah………….HANCUS!

  20. Kuntakinte

    Salam, ada rugi nya gelaran Dato, bila meminang anak orang harga tinggi, kenduri tak boleh kecik2 jatuh standard …he..he..

  21. bgees

    I sokong penuh, SRK musti kena beri,,,,lain kali kita beri pada Sean,Jet Li,Jacky Chan…..ops Koliwood actor pun kena beri jugak. fuh….banyak jugak “Datuk” kena reserve ye….? Cam ni….kita tak perlu promosi M’sia kat dunia luar, ngan bangunan tertinggi,F1,Jambatan terpanjang dan lain2. Rugi RM kita je, duit tu boleh le kita share ngan rakyat……, Cam mana kita beri Tan Sri kat Bush….lagi power.

  22. Apai Ngelai

    Bgees,

    Awak buat saya nak gelak… bukan apa, janggal bunyi dia Tan Sri George Bush. Iras-iras Tan Sri George Chan lak…..

  23. Salam
    Ish silap…
    Tahun depan ini senarai nama nama penerima pingat…

    Acara khas
    1.Datuk Sri Jacky Chan
    2.Datuk Sri Jet Lee
    3.Datuk Sivaji Ghanesan
    4. Datuk MGR
    5. Datuk RajniKhan
    Maaf raayat malaysia tak payah tambah tambah.. Datuk ke Tan ke Tun ke. Pakai nama yang ada.
    sebab kerajaan perihatin akan banyak berlaku jenayah tak pernah dibuat orang jika penggunaan datuk dan datuk sri atau tan tin tun dll berleluasa..

    Perdana Menteri Malaysia
    Najib Razak. peeh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s