Daily Archives: October 16, 2008

Majlis Raja-Raja: Jangan pertikai kontrak sosial —-ref Malaysiakini

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenal pasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.

Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.

Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra-kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh.

Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan.

Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.

Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu. BERNAMA

nota: Meh kita tunggu apa geng2 DAP nak balas balik…

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hindraf Kata Tak Adil…. Ref Malaysiakini

Kumpulan Hindraf yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa semalam, menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak adil.

Tindakan itu tidak adil kerana Hindraf tidak terlibat dalam perbuatan jenayah ataupun melanggar apa-apa undang-undang, kata Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran.

Bagaimanapun pihak berkenaan tidak mahu mengulas lanjut, sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

“Kami hanya akan mengulas esok (hari ini). Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

“Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat,” kata beliau ketika dihubungi.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan polis kelmarin berhubung tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa semalam setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” kata Syed Hamid Albar. Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Rentetan daripada itu lima pemimpinnya kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam kenyataan hari ini, Syed Hamid menambah, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

“Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya.

Syed Hamid berkata, Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

“Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutantuntutan mereka.

“Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara,” kata beliau dipetik Bernama.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

nota: adilkah jika anda berkata Malaysia sedang melakukan ‘ethnic cleansing’? Adilkah jika anda kata hanya kaum Melayu diutamakan tatkala kaum lain dianaktirikan. Dan paling penting ialah ADILKAH JIKA ANDA PENYOKONG HINDRAF DOK DEMO SANA DEMO SINI TAPI KETUA ANDA SEDANG ‘HONEYMOON’ DI KOTA LONDON? Anda tentukan!

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cadang Debat Tun vs Anwar —-Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Bebas kawasan Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar Agendadaily.com menganjurkan perdebatan live di televisyen antara Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyuarakan hal itu dalam perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat petang Rabu.

Katanya hanya menerusi perdebatan terbuka itu saja rakyat akan dapat tahu secara jelas berbagai dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap Dr Mahathir dalam sidang Parlimen.

Masa beliau berucap dalam perbahasan itu Anwar tidak ada dalam Dewan Rakyat.

Ibrahim berpendapat tindak tanduk itu adalah tidak wajar kerana bekas Perdana Menteri itu tidak dapat mempertahankan dirinya.Menurut beliau cara terbaik ialah untuk selesaikan terus isu ini ialah menerusi debat terbuka itu seperti yang pernah dianjurkan oleh Agendadaily.

Sementara itu Anwar ketika ditemui selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di bangunan Parlimen Rabu malam hanya tersenyum sambil mengeleng kepalanya yang tidak dapat dipastikan maksudnya bila ditanya samaada beliau bersedia berdepan dengan Dr Mahathir dalam satu perdebatan.-agendadaily.

nota sudah pasti ramai rakyat menanti debat ini direalisasikan selepas beberapa siri debat yang telah berjaya menarik perhatian jutaan rakyat. Datuk Shahbery….apa lagi…kasik on laa …

18 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda