Hindraf Kata Tak Adil…. Ref Malaysiakini

Kumpulan Hindraf yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram berkuat kuasa semalam, menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri sebagai tidak adil.

Tindakan itu tidak adil kerana Hindraf tidak terlibat dalam perbuatan jenayah ataupun melanggar apa-apa undang-undang, kata Penyelaras pusatnya R. Thanenthiran.

Bagaimanapun pihak berkenaan tidak mahu mengulas lanjut, sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan hari ini.

“Kami hanya akan mengulas esok (hari ini). Biar kami melihat kenyataan keputusan (diharamkan) terlebih dahulu.

“Kami tidak mahu mengatakan sesuatu terlebih dahulu tetapi diubah kemudian oleh pihak yang sudah kehilangan kepercayaan rakyat,” kata beliau ketika dihubungi.

Kerajaan mengumumkan keputusan itu sehari selepas tiga pemimpin kumpulan tersebut diambil keterangan polis kelmarin berhubung tindakan kira-kira 300 penyokongnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di PWTC 1 Oktober lalu dan didakwa menimbulkan kekecohan.

Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa semalam setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan.

“Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966, diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” kata Syed Hamid Albar. Hindraf dibentuk dengan keanggotaan kira-kira 30 pertubuhan bukan kerajaan agama Hindu dan telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 25 November lalu untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.

Bagaimanapun perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Rentetan daripada itu lima pemimpinnya kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam kenyataan hari ini, Syed Hamid menambah, perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.

Syed Hamid berkata, sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.

“Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan,” katanya.

Syed Hamid berkata, Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana telah mengemukakan permohonan pendaftaran pada 16 Oktober tahun lalu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Permohonan itu, katanya, belum diluluskan tetapi pertubuhan tersebut telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demontrasi tanpa permit dan mengeksplotasi isu-isu perkauman sehingga mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian keturunan India terhadap kerajaan dan menimbulkan kebencian di antara orang-orang Melayu dan India di negara ini.

“Hindraf juga telah berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutantuntutan mereka.

“Kegiatan dan aktiviti ini telah memberi kesan buruk pada imej negara,” kata beliau dipetik Bernama.

Syed Hamid menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan Hindraf yang diharamkan itu.

nota: adilkah jika anda berkata Malaysia sedang melakukan ‘ethnic cleansing’? Adilkah jika anda kata hanya kaum Melayu diutamakan tatkala kaum lain dianaktirikan. Dan paling penting ialah ADILKAH JIKA ANDA PENYOKONG HINDRAF DOK DEMO SANA DEMO SINI TAPI KETUA ANDA SEDANG ‘HONEYMOON’ DI KOTA LONDON? Anda tentukan!

Advertisements

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

8 responses to “Hindraf Kata Tak Adil…. Ref Malaysiakini

  1. zahar

    Mana ada orang bersalah kata dia bersalah?

  2. Apai Ngelai

    Salam,

    Satu pertubuhan ada ketua dia. Mana-mana kumpulan pun kalau berkumpul dalam satu jemaah, dia mesti ada ketua ataupun pemimpin. Dalam kebanyakan hal kalau satu kumpulan atau pertubuhan pemimpin dia tak betul, pengikutnya mesti turut sama. Ini adalah lumrah dalam sesuatu pertubuhan – pemimpin yang menentukan hitam putihnya sesuatu perkara. Lihatlah pertubuhan-pertubuhan haram yang telah dimansuhkan kerajaan sebelum ni.. masih tak betul?

    Apa yang diputuskan Hindraf sebagai tidak adil, tidak dapat dipakai langsung. Inilah cakap lidah berbelit yang berkocak-kocak dalam mulut. Hambur semua apa yang dirasakan patut tanpa ditapis lagi tentang apa yang telah berlaku.

    Jika benar Hindraf tu tidak pernah langsung melanggar apa-apa undang-undang dan menggugat kestabilan kat Malaysia ini, bagaimana pemimpin-pemimpin dia boleh tersadung kat ISA (hukuman yang paling berat bagi penggugat keamanan)?

    Apakah pemimpin mereka itu tidak melakukan apa-apa kesalahan setelah menghasut dan mengeksplotasi isu-isu perkauman dalam negara sehingga mendesak campurtangan kuasa asing dalam pemerintahan negara? Apakah mereka merasakan ianya cukup adil dan tidak langsung bersalah kepada rakyat Malaysia amnya? Mana perginya logik yang mereka perkatakan itu?

    Jangan dek kerana isu ini, negara satu hari nanti akan menghadapi masalah perkauman. Dan akibatnya amatlah hodoh jika semakin parah, selain mengheret diri sendiri serta keluarga kita hidup dalam keadaan tidak selamat dalam rutin seharian kita. Kita tak sampai ke tahap itu, tetapi ia tidak mustahil boleh berlaku.

    Tindakan Syed Hamid sungguh tepat, sepatutnya dari dulu lagi telah dibuat setelah mengambil kira pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh mereka. Tiada perkataan yang sesuai untuk mereka supaya mereka menyelesaikan masalah ini secara profesional dan rasional. Ada baiknya pihak kerajaan bertindak tegas dan tidak lagi melayan kerenah kumpulan ini.

  3. Bakal PM

    Aik itu Hindraff pun boleh kata x adil ker???? Nanti Taiko Parti Adil marah lo… Kena cakap yes adil… Bukan x adil…. Kata penyokong keadilan… x boleh kata x…. ayo yo kadawarlik…

  4. Orang lain pun ada persatuan.
    setiap persatuan ada pemimpin atau ketua…

    Ketua lah berunding…..
    ini semua mau jadi ketua ka?

    Nasib baik serbu rumah terbuka PM.
    Kalau tak kawal tengah PM buka puasa pun diorang sebu…

    Tarak sekolah punya worang….

  5. Kuntakinte

    Salam, teman yang pening, Setiausaha Agung PAS pula pertahan tak adil haramkan HINDRAF, dikapit dik Gopal yang terhangguk2 kepala bila Kamaruddin Jaafar baca teks….. mana tak Pak Hitam naik toncang, masing2 nak dapat cari pengaruh cheap sale. ada ke HINDRAF yang ada 338 kes perkauman nak sama kan dengan Persatuan dan Pertubuhan yang berdaftar yang tak buat kerja buruk.

    Tak adil pada Pak Hitam, apa yang tak adil!!!, macam mana dengan Al Arqam, Macam mana dengan Al maunah, macam mana dengan Ayah Pin bukan kah itu semua Melayu Islam, kenapa itu dianggap adil… jangan Autar kerling.

    P/s. Sedar lah hai Pak Hitam semua di Malaysia Pak Hitam jauh lebih baik kehidupannya dengan Pak Hitam di tempat asal usul sendiri…

  6. brother love

    MIC le ni pun dah naik tocang…Samy suruh lepas kan 5 ekor kat ISA tu demi nak semula sokong buah manggis yang lain.
    Arah kan peksa akhir tahun kat sekolah lepas dipavali..terkecut aku, anak aku balik sekolah cerita, patut peksa sebelum depavali.Kementerian Pelajaran pun ikut sebab MIC, kalau hindraf dah lama kena kritik.

  7. Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

    As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

    No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

    The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

    For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

    (AUg/Sept/Oct Archive)

  8. Goodday Mr.Balan,

    Mamak personaly very impresed with your comment on Hindraf and your visit to this blog.I much appreciate a non- malay comments and this comment specially from an Indian blogger.I visited your blog and found to be you are a liberal Malaysians.That much intrested me to write this comment.I’m not intrested in comment on the Hindraf issue rather than we should understand the basic fundamental of politics.

    Political liberalism is the belief that induviduals are the basis of law and society.Political liberalism stresses the social contract,under which citizens make the laws.It is based on the belief that in induviduals know best what is best for them.Elected representatives are subjeted to the Rule of the Law,and their power is moderated by a Consititution,which emphasizes the protection of rights and freedoms of Individuals and limits the WILL OF THE MAJORITY.

    The goverment have dual responsibility of Economics freedom may lead to gross inequality and the free sppech may lead to speech that is obscence , blasphemous,or treasonous.The goverment as promoter of freedom but they also has responsibility to protect all the citizens safety from the results from freedom of speech.

    Multi-racial country is a that recognized the existence of foreign races by giving them privileged and rights as described in that Malaysia Consititution.We must proud this country context of nation and country is the richness and mixed culture,arts,customs and the way of thinking to name few.The strong foundation of multi-racial society is the elements of TOLERANCE,EMPATHY and UNDERSTANDING BETWEEN EACH RACE that lives in one place as a nation called Malaysia.More in this assimilation must be conducted and administered by countries political influence and sharing of wealth in the economic activity that would subsequently create harmony and prevent the income disparity among races.

    The use receptive association or elite politicians for racist messeges and policies that serve their own and their political ambitions.Only through persistent relentless monitoring and enforcement of severe law only can stop them.These race base activities only require the backing of the involved race through education and campaigns that publicize both the racism inherent in political elites discourse them and what the specific benefits that the particular groups derive from.

    Mark Twain Said:”Whenever you find that you are on the trade of majority,it is time to pause and reflect”.Please remember “Democracy is three wolves and a sheep voting on what’s for dinner”.

    p/s: For Hindraf leader’s please don’t make the Indian community is the sheep!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s