Majlis Raja-Raja: Jangan pertikai kontrak sosial —-ref Malaysiakini

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-Raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenal pasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.

Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.

Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.

Untuk itu Raja-Raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra-kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh.

Raja-Raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan.

Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.

Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

“Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu. BERNAMA

nota: Meh kita tunggu apa geng2 DAP nak balas balik…

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Majlis Raja-Raja: Jangan pertikai kontrak sosial —-ref Malaysiakini

  1. AbangTuah

    Salam,

    Kenapalah masih ada pihak yang kita panggil rakan, sengaja mengambil peluang diatas kecelaruan politik sekarang.

    Mungkinkah mereka berfikir inilah masa mereka untuk bermain tarik-tali.

    Dalam kesibukan UMNO menangkis segala serangan pihak pembangkang dan segala tomahan, mereka tambahkan pula dengan segala kerenah dan kenyataan.

  2. Kuntakinte

    Salam, teman nak tengok perangai dan tingkah laku si Lim Guan Eng selepas ni, perangai tak hormati majoriti dengan tak pakai songkok masa hadir ke Mesyuarat Raja2 pun dah dapat tahu perangai dan hati budi puak2 haluan kiri ni.

    mereka2 yang main wayang kulit dibelakang tabir seperti BAR Councill, HINDRAF, BERSIH dan apa macam nama2 karut marut ni sepatutnya berhati2 dalam menjaga tingkah laku, jangan diengkar kata2 Raja, buruk padahnya.

    Keharmonian dan keamanan yang dikecapi bukan percuma, berbayar dan bermodalkan darah dan titik peluh pejuang terdahulu, jangan kita yang sedap & kenyang menikmati kehidupan zaman ini senang2 nak pegi pajak gadai untuk gadaikannya.

  3. donna

    Lim Guan Eng memang Kurang Ajar.. Raja2. Tolong ajar die mcm Sultan Johor Skit.. Jgn Jadi Jaguh..

  4. Salam,

    Kadangkala kita lupa atau sengaja lupa tentang struktur pemerintahan Negara!.Raja-raja Melayu selama ini tak mahu masuk campur hal ehwal politik Tanah Air perlu dihormati dan bersyukur!.Keadaan ini akan berubah selepas ini kerana ramai digelar “Raja Lingam”,”Raja Kapoor” dan “Raja Ah Chong” ingin jadi Sultan!.Mereka ini adalah kurang Ajaaarrrr!.Selepas ini tak perlu lagi kenyataan akhbar tapi keluarkan arahan”Waran Tangkap”untuk lawyer-lawyer buruk yang kurang Ajar pada Raja-Raja Melayu!!!!.

  5. salam

    Kebawah duli yang maha mulia..
    atas batu gemala patik junjung.
    mereka ni semua batu besar kepala atas ada duduk..
    Tuanku tunjuk sikit power ….
    Patik dari kecil sampai sekarang belum pernah tengok power raja raja…. tunjuk sikit tuanku..

    Ampuan Tuanku
    sembah harap di ampuan.
    Bukan apa… patik panas sikit .

  6. Putera81

    Salam

    Patutnya depa2 yang kurang ajaq nie hukumnya buang negeri ke Pulau Sechelley ja..biar kawan dengan ungka, dengan beruk..kalau simpan pun buat menyemak ja..nak menyumbang tu sikit sangat..nak melungkup tu serah kat depa..

  7. Bakal PM

    Nak buat mcm mana Tuanku…
    Ramai sgt rakyat Malaysia ni skarang yang terikut2 RajaBerangan yg mereka sanjung2… Raja berangan @ mat jenin tu patut ambil iktibar diatas titah Raja2 Melayu yer….

  8. ikankecil

    salam…..

    jika hang tuah 5 bersaudara masih hidup pasti lg dan bangsat2 yg menderhaka sultan dan raja2 melayu habis di*******ya……biaDAP s***…

    ampun tuanku…

    ikankecil berenang bebas….

    wasalam…

  9. Apai Ngelai

    Ciplak dari filem arahan PRamlee,

    **************************************************

    Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun….

    Datangnya patik mengadap adalah untuk menjunjung titah perintah tuanku menghapuskan lanun-lanun Karpal dan LKS yang bermaharajalela lebih dari ketua-ketua mereka.

    Maka perkenankanlah permintaan patik meminta AbangTuah dan Kuntakinte sebagai pengiring dan pelengkap kepada tugas patik ini. Kerana mereka berdua sekarang ini senyap sepi tanpa sebarang berita tuanku. Ampun tuanku….

Leave a reply to Mamak Penang Cancel reply