Daily Archives: October 17, 2008

Menarik Mengenai Pencalonan UMNO —- ref Malaysiakini

Calon-calon yang mendahului pencalonan setakat hari ini merupakan anak bekas PM Malaysia…

Didahului dengan Datuk Seri Najib yang mendahului pencalonan calon Presiden merupakan anak bekas PM yang ke2 iaitu Tun Razak…

Manakala bagi kerusi Naib Presiden pula, Datuk Hishamuddin mendahului calon2 lain. Beliau merupakan anak kepada bekas PM ke 3 iaitu Tun Hussein Onn.

Bagi jawatan Ketua Pemuda pula, anak kepada bekas PM ke4 iaitu Tun Mahathir mendahului senarai calon2 lain dan telah melepasi kuota pencalonan.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda MCA Minta Tambahan Kerusi Timb Pengerusi BN — ref Malaysiakini

Pergerakan Pemuda MCA memberi sokongan kepada Umno sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), tetapi mengesyorkan supaya jawatan Timbalan Pengerusi diisi pemimpin parti komponen kedua terbesar itu.

Datuk Liow Tiong Lai yang mengakiri mandat sebagai Ketua Pemuda MCA mencadangkan agar jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah menjadi dua supaya salah satunya diisi MCA.

“MCA harus mengamalkan sikap proaktif untuk memainkan peranan mamantau proses penentuan polisi.

“Dalam konteks ini saya berpendapat struktur BN harus dikaji semula,” kata beliau ketika berucap pada perhimpunan tahunan sayap MCA itu di Wisma MCA di sini hari ini. – mstar

nota: Syor penulis penulis..jangan ditambah kerusi timbalan pengerusi BN…tapi diwujudkan kerusi Naib Pengerusi BN…..mungkin boleh diwujudkan 4 kerusi Naib Pengerusi BN…1 utk MCA, MIC dan setiap satu bagi parti komponen terbesar sabah dan sarawak.

sama juga dengan struktur kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia…..wujudkan jawatan Timbalan ketua pemuda….kekalkan naib ketua pemuda…..ramai anak muda boleh memimpin….tapi ruang tidak ada…rugi!!

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda