Pemuda MCA Minta Tambahan Kerusi Timb Pengerusi BN — ref Malaysiakini

Pergerakan Pemuda MCA memberi sokongan kepada Umno sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN), tetapi mengesyorkan supaya jawatan Timbalan Pengerusi diisi pemimpin parti komponen kedua terbesar itu.

Datuk Liow Tiong Lai yang mengakiri mandat sebagai Ketua Pemuda MCA mencadangkan agar jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah menjadi dua supaya salah satunya diisi MCA.

“MCA harus mengamalkan sikap proaktif untuk memainkan peranan mamantau proses penentuan polisi.

“Dalam konteks ini saya berpendapat struktur BN harus dikaji semula,” kata beliau ketika berucap pada perhimpunan tahunan sayap MCA itu di Wisma MCA di sini hari ini. – mstar

nota: Syor penulis penulis..jangan ditambah kerusi timbalan pengerusi BN…tapi diwujudkan kerusi Naib Pengerusi BN…..mungkin boleh diwujudkan 4 kerusi Naib Pengerusi BN…1 utk MCA, MIC dan setiap satu bagi parti komponen terbesar sabah dan sarawak.

sama juga dengan struktur kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia…..wujudkan jawatan Timbalan ketua pemuda….kekalkan naib ketua pemuda…..ramai anak muda boleh memimpin….tapi ruang tidak ada…rugi!!

Advertisements

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Pemuda MCA Minta Tambahan Kerusi Timb Pengerusi BN — ref Malaysiakini

  1. Room916

    MCA JANAGAN JADI YESMAN ! BERTINDAK SEGERA ! KORANG PUNYAI SUARA! UMNO BUKAN SEGALA-GALANYA ! UMNO GILA KUASA ! UMNO RACIST ! UMNO TINDAS RAKYAT KAHS NYA MELAYU !!!

  2. malayamuda

    biadap punye MCA……….JANGAN CABAR HAK ORG MELAYU

  3. Extra1

    Tak kan Pengerusi BN dan Timbalan pengerusi BN pun hak org melayu…kalu UMNO tu memang lah..
    takkan pasal pengerusi dan timbalan pengerusi ada dalam perlembagaan kot atau dalam kontrak sosial….he..he..he jawab le…

  4. Smekum
    Maka dengan tajuk diatas hamba percaya.
    Umno,PAS dll parti sedar.
    Kita melayu bertikam lidah ini hanya untuk latihan asah kepandaian minda dan bersedia bila bila masa.
    Tapi bila dah nak tambah kerusi ni …kita kena tolong belikan kerusi untuk mereka….
    Ingat! wahai kawan kawan….
    Biar melayu berdiri dibumi sendiri..
    Asalkan mereka duduk di negara kita.
    TQ
    Datuk Ala Pak Ai.

  5. Salam,
    Pertama kita perlu memahami bahawa BN bukanlah UMNO dan UMNO bukanlah BN!.UMNO mempunyai perlembagaan parti sendiri dan Barisan nasional Mempunyai perlembagaan sendiri.Barisan nasional adalah atau pun orang lama panggil Parti Kapal Layar adalah sebuah parti multi racial tetapi UMNO adalah parti Racial,MCA adalah parti Racial dan MIC adalah parti racial dan parti-parti komponan yang lain adalah mewakili racial(perkauman) masing-masing.Kita saling tidak memahami apa tujuan Parti Gerakan(yang majoritinya diwakili kaum Cina) atau parti PPP (yang majoritinya diwakili kaum India) diserapkan dalam BN.Mungkin ini adalah modes operandi pemimpin UMNO yang ingin memecah belahkan wakil tunggal parti yang mewakili kaum yang lain di BN untuk monopoli penguatkuasan UMNO dalam BN yang dibuat dalam Era TDM ataupun bertujuan untuk mengukuhkan Parti Bukan Melayu dalam BN.BN tidak mempunyai Parti yang lain mewakili Kaum Melayu selain UMNO.Cuma pada suatu masa dulu parti PAS diberi ruang dalam BN.

    Landasan Parti BN adalah sesuatu yang unik dalam negara ini yang dipandang tinggi oleh negara-negara yang lain didunia pada suatu masa dulu.Disamping menjadi parti yang memerintah negara, BN juga menjadi sebuah parti politik yang sentiasa memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.Dengan ini BN bukanlah sebuah parti perkauman dengan secara langgsung Negara ini memerintah oleh sebuah parti Multi Racial yang kukuh.BN adalah sebuah parti multi racial yang lebih baik dari sistem liberasasi multi racial parti yang sedang dianjurkan oleh parti PKR yang diketuai oleh DSAI.Adalah salah tanggapan bahawa BN adalah kepunyaan UMNO.Hendak atau pun tak nak UMNO amat memerlukan Parti-parti yang lain untuk memerintah.Kekuatan UMNO untuk memerintah negara ini terletak pada keunggulan BN!.Ini tidak boleh dinafikan.Tetapi Pemimpin UMNO yang muda dan baru tidak memahami dasar yang telah diaturkan dan ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin lama ini dan mula mendabik dada menafikan hak parti kaum yang lain dalam BN.Malapetakanya adalah PR2008!.Kelemahan dan ego pemimpin muda UMNO ini telah memberi laluan kepada DSAI untuk memperkasakan diri dan sedang menanti peluang yang kini terbuka luas dengan sikap segelintir pemimpin muda parti komponan bukan Melayu yang mula membuat kesilapan yang sama yang telah dilakukan oleh pemimpin muda UMNO sedikit masa dulu.

    Sekiranya parti bukan Melayu mengorak langkah untuk menggunakan kesempatan dari keadaan kelam kabut dalam UMNO dan BN sekarang niscaya mereka ini ialah penggali kubur untuk BN.Daripada tuntutan -tuntutan yang bukan-bukan seperti ini ;tumpukanlah seluruh tenaga kamu semua untuk perkasa parti BN dulu dan tanya diri kamu masih mampukah parti BN bertahan untuk sepenggal lagi?.

    “A politician thinks of the next election but a statesman think of the next generation”.

    wassalam.

    Apa juga

  6. tubir

    Lepasini MCA akan minta kerusi timbalan perdana menteri .Tak caya kita tunggu dan lihat apa permainan MCA dan parti komponen lain .Seperti yang pernah saya katakan dulu perkara itu tepat berlaku seperti yang dijangka .
    Cuba baca kenyataan perwakilan pemuda dari perak ,Kenapa beliau memberi kenyataan sebegitu rupa didalam perhimpunan ,dan siapa dibelakang kenyataan ini …………..Masa ini dia hanya perwakilan pemuda …….Hemmmmmmmmmmmmmmmm
    apa pula kenyataan ketua pemuda umno tentang ini ………….mungkin senyap aja kot………..kalau takut dilambong ombak jangan berumah ditepi pantai .Dan kepada MCA jangan seperti jari lurus kelingking berkait…….

  7. Bakal PM

    MCA sepatutnya sedar bahawa mereka telah menerima kekalahan dan kehilangan banyak kerusi pada PRU 12 yg lepas…. Jd mereka kena terima yg MCA adalah sebuh parti yang lemah ketika ini… Namun walaupun MCA adalah parti yg lemah ketika ini atas semangat setiakawan UMNO atas dasar sepakatan dalam parti UMNO tetap memberi kouta yang sama kepada MCA untuk berada dalam kerajaan… maknanya walau pun wakil2 rakyat MCA kebanyakannya kalah kuota untuk mereka sikit pun tak dikurangkan… Jd x nampak lg ke betapa mulianya UMNO yg menjadi teras kepada Barisan Nasional… Kalau nak diikutkan MCA, MIC, Gerakan dan mana2 parti komponen yg kalah pd PRU12 yg lepas mereka dah x layak nak bersuara tp mereka ni seolah2 cuba nak tunjuk hero pulak walhal mereka x sedar yg mereka ditolak oleh bangsa mereka…. Yg pungut mereka ni adalah UMNO yg tetap sanggup berkongsi kuasa dgn mereka walaupun hakikatnya sumbangan mereka dalam kerajaan terlalu kecil… MCA sepatutnya menghargai jasa dan kebaikan UMNO bukannya menekan UMNO dgn tuntutan2 yg x berasas yg boleh menambah kebencian rakyat dan mengheret rakyat untuk turut membenci UMNO sekiranya melaksanakan tuntutan bodoh MCA itu… Jgn jd ibarat melepaskan anjing tersepit… Org berbudi kita berbahasa…. Jgn nak menuntut yg bukan2 yer… Terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s