Bila tiba waktu yang sesuai..saya akan sertai UMNO semual —ref malaysiakini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau hanya akan kembali menyertai Umno pada suatu masa yang tepat.

Bercakap kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam, Mahathir yang juga bekas presiden parti itu berkata pelbagai pihak telah berusaha meyakinkan dan memujuknya agar kembali kepada Umno.

“Saya sedang memikirkan untuk menyertai semula Umno, tetapi saya akan menentukan sendiri masa yang sesuai.

“Permohonan (untuk menyertai semula Umno) adalah satu perkara, penerimaan mereka juga harus difikirkan. Jadi saya mahu waktu yang tepat (untuk menyertai semula),” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau didatangi oleh banyak pihak yang meyakinkan beliau bahawa beliau boleh membawa kebaikan kepada Umno, parti yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional, jika menyertainya semula.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berpendapat penulis blog Raja Petra Kamarudin dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok tidak harus ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mereka tidak melakukan ketegangan.

Beliau berkata adalah tidak benar sekiranya kedua-dua individu terbabit didakwa menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara hanya kerana meluahkan pandangan masing-masing.

Beliau mendakwa keadaan sekarang tidak begitu tegang jika dibandingkan pada 1987 yang menyaksikan 106 ahli politik ditahan dalam Operasi Lalang. BERNAMA

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Bila tiba waktu yang sesuai..saya akan sertai UMNO semual —ref malaysiakini

  1. Eagle

    mamak nyanyuk ni banyak cakap. tak abis perasan ingat dia sorang aje yang pandai. apa dia buat jadi PM, kalau buat bangunan tu semua orang bolih asalkan ada duit. Apa punya ngok….

  2. Tun Dr M .
    Please be penasihat negara pada Datuk Najib.
    Harapan kami supaya Tun dapat lupakan sengketa lama.(ekonomi/percaturan ekonomi)
    dan Datuk Najib…. Ingat dimana pun kita pergi..
    yang lama/tua lebih merasa garam dari yang terkemudian…
    pulanglah kestabilan negara.
    yakini mereka yang sebelum ini termasuk saya yang dah muak dengan Umno… tambahan pulak dengan pegawai tinggi kerajaan yang rasuah… malu
    amat memalukan… contohnya imegresen.. dan polis..
    buat la sesuatu….
    tamanlah sifat takutkan allah mudah mudahan pegawai pegawai ini tidak makan rasuah lagi…

  3. ikankecil

    salam eagle……

    terlebih dahulu saya ingin mencadangkan saudara bertanding jawatan perdana menteri malaysia….lepas saudara menang saya nk tgk saudara boleh x bina reban ayam pown…..

    dimana tahap saudara,dan dimana tahap TUN????beliau amat dihormati bkn didlm malaysia tp diseluruh dunia…semasa pemerintahan beliau kaum2 saudara yang biaDAP pernah bersuara????bahkan amerika sendiri menghormati beliau…..jika saudara pergi ke negara asia tengah dan india orang2 disana mengenali malaysia kerana TUN..jasa beliau begitu banyak buat rakyat malaysia yg tau bersyukur seperti ikankecil…..saudara????????ape sumbangan saudara jgn ikankecil tye negara…pada kawasan kejiranan saudara dulu ape sumbangan saudara?????apa pengorbanan saudara?????besar sgtkah pengalaman saudara….pimpinlah dulu keluarga saudara dgn betul kalau berhasrat nk kalahkan tun….kalau saudara dah kawin dan mempunyai anak adakah anak saudara berjaya????maaf kalau sy menyinggung prasaan saudara….saya pown tidaklah pandai…buat pengetahuan saudara saya baru berumur 19 tahun dan masih menuntut di institut pengajian tinggi….niat saya hanyalah ingin menegur saudara…tuhan kurniakan kita akal untuk berfikir…kalau ada otak tp tidak berakal xguna….renung2kan lah….kita manusia biasa….nothing perfect….

    wasalam…
    ikankecil berenang bebas…

  4. anakdemokrasi

    Eagle,
    melayu haprak macam kau mana tau menilai kaca dan permata?
    tapi generasi 22 tahun yang membesar di era TUN kenal sangat2 jasa beliau pada agama bangsa dan negara.

  5. Putera81

    Salam

    Eagle..inilah spesis yang diberitahu oleh Tun sejak berpuluh tahun lagi..spesis Melayu Mudah Lupa..bukan kebolehan membina bangunan yang patut menjadi ukuran..memang benar kalau ada duit sesiapa pun boleh membina bangunan tertinggi, istana terbesar dll..tapi kita bercakap dari konteks kebijaksanaan Tun dalam memandang jauh ke hadapan, visi yang kadangkala orang lain tidak mampu fahami (seperti hang)..

    Visi ini yang memajukan Malaysia..boleh hang pertikaikan bagaimana kemampuan Tun dalam memandang akan keperluan membina Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan? Bagaimana pula dengan KLIA walaupun kita sudah mempunyai Subang Airport? Bagaimana pula dengan konsep & rekacipta bangunan di Putrajaya yang moden tapi bercirikan ketimuran? Bagaimana kawasan paya di Sepang itu dibangunkan sehingga maju sebegitu rupa sehingga terpacak KLIA, Litar F1???

    Bercerita pulak tentang kebijaksanaan Tun menangani krisis kewangan dunia 1997 dan isu tambatan nilai ringgit yang pada mulanya dikutuk Bank Dunia & IMF sehingga akhirnya terbukti mereka terpaksa menjilat ludah sendiri apabila Malaysia muncul negara pertama yang keluar dari kepompong krisis ekonomi serantau..jika turutkan nasihat AI, maka jadilah Malaysia senasib dengan Thailand, Filipina & Indonesia yang terkapai2 dibelenggu hutang..terbukti pengalaman sahaja akan mampu mematangkan seseorang..juga membinatangkan seseorang..Hanya manusia berotak dangkal sahaja mengatakan Tun seorang yang nyanyuk dan ngok sedangkan hang yang terbukti mangkuk dan bongok!!!

  6. tubir

    Nak masuk balik pun bagus, tak masuk balik pun bagus sebab umur pun dah semakin tipis nampaknya .banyakan beramal ibadat dan bertaubat .beri nasihat bukan hasat dengki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s