Daily Archives: October 20, 2008

Nurul Izzah: Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat, penyokong pula mahu cepat – ref malaysiakini

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali dengan gelaran “Puteri Reformasi” sejak satu dekad lalu, masih optimis sasaran ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pusat baru di bawah Pakatan Rakyat.

Malah, beliau yakin ia akan menjadi realiti, kemungkinan besar sebelum pilihan raya umum ke-13.

Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan “terlalu gopoh” dalam mencapai sasaran berkenaan.

“Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat… memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.

“Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang,” kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.

“… tidak kira masa. Pada saya mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk menahan, melengah-lengahkan lagi tetapi bagi saya perubahan akan tetap berlaku.

“Saya rasa kemungkinan besar (sebelum pilihan raya akan datang). Apa pun kita akan terus dengan agenda kita, teruskan usaha,” kata beliau dalam pertemuan di kediaman Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Segambut.

Ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan anggota Dewan Rakyat sehingga Ogos lalu.

Kerusi itu dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Pada April lalu Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September tetapi ia menjadi pada tanggal tersebut.

Anak sulung Anwar ini menjelaskan, usaha membentuk kerajaan baru perlu dipercepatkan bagi membolehkan perubahan-perubahan politik dan ekonomi yang diinginkan rakyat boleh dilaksanakan segera.

“Kalau hendak tunggu lama, banyak benda yang tidak boleh dibaiki lagi…. kerana itu lebih cepat peralihan kuasa (dilaksanakan), kama lebih mudahlah untuk melakukan perubahan,” katanya lagi.

Dalam temu bual ini Nurul Izzah menyentuh pelbagai aspek termasuk perjalanan kerjaya politik beliau sejak sedekad lalu.

Beliau yang turut optimis dengan arah aliran politik negara ini menekankan, rakyat Malaysia sudah mula bersedia untuk bergerakn melangkaui politik perkauman.

“Pada saya kejayaan PKR, kejayaan PKR itu, penting bukan kerana saya ini adalah pihak yang berkepentingan, tapi kerana ia menandakan bahawa Malaysia, rakyat Malaysia bersedia melangkaui politik perkauman kepada masa depan yang dapat menjanjikan… bila kita fikir politik itu, kita fikir pada isu, tak lihat ini politik untuk orang Melayu, ini politik untuk orang Cina, ini politik orang India.

“Melihat politik di luar kaca maca ras… inilah kekuatan Keadilan dan elemen itu yang perlu ada, perlu diambil oleh semua pihak,” ujar beliau. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Jawatankuasa Tertinggi MCA – ref Malaysiakini

Presiden: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Presiden: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Naib Presiden(4 orang):
1. Datuk Kong Cho Ha
2. Datuk Liow Tiong Lai
3. Datuk Dr Ng Yen Yen
4. Tan Kok Hong

Jawatankuasa Kerja Pusat MCA(25 orang):
1. Lee Wei Kiat
2. Wong Foon Heng
3. Tan Chai Ho
4. Tan Cheng Liang
5. Dr Hou Kok Chung
6. Lee Chee Leong
7. Gan Ping Shou
8. Yu Chok Tow
9. Wong Nai Chee
10. Lee Sing Chooi
11. Wee Jeck Seng
12. Gan Tian Loo
13. Dr Yeow Chai Thiam
14. Chong Itt Chew
15. Hoh Khai Mun
16. Ti Lian Ker
17. Liew Yuen Keong
18. Wong Mook Leong
19. Paul Kong Sing Chu
20. Edward Khoo Keok Hai
21. Tee Siew Kiong
22. Loh Seng Kok
23. Wong Siong Hwee
24. Dr Por Choo Chor
25. Loke Yuen Yow

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda