Nurul Izzah: Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat, penyokong pula mahu cepat – ref malaysiakini

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali dengan gelaran “Puteri Reformasi” sejak satu dekad lalu, masih optimis sasaran ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pusat baru di bawah Pakatan Rakyat.

Malah, beliau yakin ia akan menjadi realiti, kemungkinan besar sebelum pilihan raya umum ke-13.

Nurul Izzah yang menyertai politik selepas Anwar dipecat dan dihadapkan ke mahkamah juga menolak andaian bahawa pihak pembangkang bertindak dengan “terlalu gopoh” dalam mencapai sasaran berkenaan.

“Kami sering dikritik kerana bergerak terlalu lambat… memang ramai yang mahu tarikh 16 September dilaksanakan dengan cepat.

“Kami mahu mengikut cara berhemah dan menghormati Perdana Menteri, dan mahu beliau mengadakan perbincangan dengan pembangkang,” kata beliau kepada mStar Online dalam pertemuan baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bertanding kali pertama dalam pilihan raya Mac lalu dan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara peribadi beliau yakin peralihan kuasa akan tetap berlaku.

“… tidak kira masa. Pada saya mereka boleh melakukan pelbagai cara untuk menahan, melengah-lengahkan lagi tetapi bagi saya perubahan akan tetap berlaku.

“Saya rasa kemungkinan besar (sebelum pilihan raya akan datang). Apa pun kita akan terus dengan agenda kita, teruskan usaha,” kata beliau dalam pertemuan di kediaman Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bukit Segambut.

Ibu Nurul Izzah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan anggota Dewan Rakyat sehingga Ogos lalu.

Kerusi itu dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu.

Pada April lalu Anwar mengumumkan sasaran membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September tetapi ia menjadi pada tanggal tersebut.

Anak sulung Anwar ini menjelaskan, usaha membentuk kerajaan baru perlu dipercepatkan bagi membolehkan perubahan-perubahan politik dan ekonomi yang diinginkan rakyat boleh dilaksanakan segera.

“Kalau hendak tunggu lama, banyak benda yang tidak boleh dibaiki lagi…. kerana itu lebih cepat peralihan kuasa (dilaksanakan), kama lebih mudahlah untuk melakukan perubahan,” katanya lagi.

Dalam temu bual ini Nurul Izzah menyentuh pelbagai aspek termasuk perjalanan kerjaya politik beliau sejak sedekad lalu.

Beliau yang turut optimis dengan arah aliran politik negara ini menekankan, rakyat Malaysia sudah mula bersedia untuk bergerakn melangkaui politik perkauman.

“Pada saya kejayaan PKR, kejayaan PKR itu, penting bukan kerana saya ini adalah pihak yang berkepentingan, tapi kerana ia menandakan bahawa Malaysia, rakyat Malaysia bersedia melangkaui politik perkauman kepada masa depan yang dapat menjanjikan… bila kita fikir politik itu, kita fikir pada isu, tak lihat ini politik untuk orang Melayu, ini politik untuk orang Cina, ini politik orang India.

“Melihat politik di luar kaca maca ras… inilah kekuatan Keadilan dan elemen itu yang perlu ada, perlu diambil oleh semua pihak,” ujar beliau. – mstar

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Nurul Izzah: Optimis Pakatan bentuk kerajaan pusat, penyokong pula mahu cepat – ref malaysiakini

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Si Bapa sekarang ni nampaknya dah hilang punca macammana nak yakinkan rakyat 100% pasal peralihan kuasa kepada PR. Bagi bermacam-macam tarikh hatta pelbagai keputusan muktamad pun, semuanya tetap tak menjadi.

    PR tetap tinggal kat bawah guni, tunggu nak selak je baru nampak kelibat. Yang jadi sebenarnya, kedai nombor ekor kat sana sini sibuk dengan pertaruhan kaki-kaki nombor dan judi sempena tarikh yang diberi. Kalut, ketua dia dah jadi peramal nombor ekor pulak. Ni lah yang dikatakan azab fitnah.

    Nampaknya giliran si anak pula kena guna pendekatan tersendiri untuk mengembalikan KEYAKINAN rakyat pembangkang lain dan Karpal dan Lim Kit Siang dan Penangkia dan Hampeh dan Nadrah dan lain-lain lagi. Sebabnya sekarang ini KEYAKINAN mereka semuanya dah berkurangan sangat-sangat dan memerlukan hasutan-hasutan lain untuk dijadikan pemangkin kepada komen-komen mereka.

    ************Kepada PKR serta PEMIMPIN-PEMIMPIN mereka sekalian*********************

    HENTIKANLAH MENGAPI-NGAPIKAN RAKYAT DENGAN ISU PERKAUMAN. JANGANLAH LAGI MENGHANCURKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT PELBAGAI BANGSA DAN KAUM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK SEMATA-MATA. TOLONGLAH HENTIKAN……..

    Pada hemat saya PR tiada kemampuan langsung dan tidak mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki sesuatu yang tidak perlu diubah. Ia sesungguhnya seumpama tikus membaiki labu.
    PERBAIKILAH PERSEFAHAMAN DI ANTARA PARTI-PARTI PAKATAN RAKYAT TERLEBIH DAHULU. Cuba satukan agenda perjuangan berdasarkan pendirian Pakatan parti, bukannya pendirian Parti masing-masing.

    Jadikanlah DAP + PAS + Keadilan = Negara Islam + PM Melayu/Islam. Mari kita lihat, mampukah PKR?

  2. Salam,
    Anak Bapak…kalau tak sokong bapak nak sokong sapa lagi cek oiii……..!!!.

  3. tubir

    ni sorang lagi meroyan sakit keturunan.kesian bila tengok dan dengar orang orang PKR ni.Kesana kemari cerita nak jadi PM tapi Habuk pun tak ada .Penyokong dah malu dibuatnya …..kalau dulu bukan main ramai berkumpul kat pondok keadilan seronok kerana menang , Sampaikan kontena BN pun dirobohkan ,Tapi sekarang gantinya pun tak nampak lagi ………hemmm sudahlah dato seri Anuar ,orang sebenarnya dah bosan ………pegi mancing lagi bagus ada hasilnya ……

  4. AbangTuah

    Salam semua.

    NURUL IZZAH, JANGAN MIMPI LE!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s