Bukan Manifesto Saya-Najib ref Malaysiakini

Pejabat Timbalan Perdana Menteri semalam menegaskan, laporan portal berita Malaysiakini pada Ahad lalu berhubung manifesto yang kononnya dikeluarkan Datuk Seri Najib Razak adalah usaha terancang pihak tertentu untuk mencemarkan imej beliau.

Kenyataan media Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyatakan, sejak pelan peralihan kuasa Umno dipercepatkan kepada Mac tahun depan, beberapa laman berita berusaha secara konsisten dan berterusan untuk mengada-ada dan menyiarkan berita bagi menjejaskan kredibiliti Najib.

“Kami harap rakyat Malaysia, terutama pembaca laman web berkenaan dapat membezakan antara yang benar dan palsu apabila membaca bahan yang diterbitkan,” kata kenyataan itu.

Laporan Malaysiakini bertajuk ‘Najib unveils manifesto for top Umno job’ (Najib mengeluarkan manifesto untuk menerajui Umno) Ahad lalu itu, mendakwa Timbalan Perdana Menteri antara lain mengutuk beberapa tuduhan terbaru terhadapnya dan berikrar akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titisan darah terakhir.

Ia juga mendakwa Najib berjanji akan menubuhkan Majlis Penasihat Presiden yang dianggotai pemimpin lama Umno dan bekas Perdana Menteri, sekali gus menjadi asas kepada spekulasi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali berkuasa.

Laporan itu juga mendakwa Timbalan Perdana Menteri memberi amaran akan menggunakan apa juga cara yang ada bagi menghancurkan anasir yang mengancam kestabilan dan keamanan negara.

Bagaimanapun Malaysiakini semalam menyiarkan laporan yang memetik seorang pegawai Najib sebagai berkata, manifesto itu bukan dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya, Malaysiakini mendakwa manifesto itu dihantar oleh ‘kumpulan penyokong’ Najib dan di akhir laporan itu diletak nota pengarang yang menyatakan ‘Malaysiakini memohon maaf atas kesilapan itu’.

Kenyataan Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang manifesto bagi menyokong usahanya memenangi jawatan Presiden Umno dan laporan Malaysiakini pada Ahad lalu itu jelas bohong serta mengelirukan.

“Keputusan Malaysiakini menyiarkan laporan itu amat tidak beretika kerana gagal mengesahkan perkara itu dengan Pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum penyiarannya. Perlakuan Malaysiakini itu amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Kenyataan itu turut menyelar Malaysiakini kerana cuai dan tidak profesional dalam membuat laporan berita serta tidak menyiasat punca emel berniat jahat itu.

“Malaysiakini sudah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri berhubung perkara ini. Namun, adalah menjadi harapan kami bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar mereka, akan sentiasa beretika dan profesional,” katanya.-  bharian

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Bukan Manifesto Saya-Najib ref Malaysiakini

  1. suara de kota

    Salam terima kasih,
    Kepada semua pelayar dan pengulas PEMUDAENGGANG sekelian… Sesuatu wajar saya perkatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, insyaallah bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam – pemurah dan tahu erti membantu pada yang perlu.

    Saya amat berterima kasih kepada Datuk Seri kerana sudi dan telah menyumbang RM1,000.00 kepada Pertubuhan Teater Hidayah dalam urusan menampung bayaran sewaan bas daripada Kuala Lumpur ke Kuantan, membawa seramai 32 orang rombongan produksi teater “Warung” untuk dipentaskan di Auditorium Taman Budaya, Kuantan, Pahang.

    Tidak ramai tokoh politik dan Negarawan yang jiwanya seperti Datuk Seri … cuma Datuk Seri tidak sempat balik ke Kuantan ketika itu untuk dapat sama-sama menyaksikan ‘Warung’ bersama-sama dengan Datuk Maznah Mazlan dan dua orang lagi Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika itu.

    Mungkin kesempatan saya dapat mementaskan semula ” Warung’ untuk tontonan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Manalah tahu… suara de kota ; email: teater_selangor@yahoo.com

  2. Salam,

    Tak tahulah nak kata apa lagi?.Macam-macam fitnah ditaburkan oleh parti pembangkang terhadap datuk Najib.Baru-baru ini sekeping gambar yang telah diedit dan ubah suai memperlihatkan seolah-olah TPM memakai pakaian sami hindu dan jalankan upacara Hindu.Sedih dengan sikap orang yang buat gambar edit ini…mana perginya rasional kemanusiaan.Sudah tentu sebagai seorang Islam tak dapat terima mengkafirkan seorang Islam.Keduanya ia tak secara langsung menghina ugama Hindu!.Upacara keagamaan pun menjadi permainan bagi setengah pihak.Perkara mengaibkan peribadi orang secara keterlaluan adalah sikap kurang ajar!.Bagaimana kalau ada yang membuat gambar edit Samy sedang lakukan upacara berkhatan!.Sudah mestinya umat Islam akan marah….Sama juga Kaum India Malaysia akan akan marah pada yang sengaja mempermainkan upacar keagamaan.

    Mamak pun tak tahu semakin lama semakin fitnah bertaburan dinegara kita ini.Janganlah cari kemurkaan Allah baik bagi pihak kerajaan atau pun pembangkang politik.Ramai yang kejar pangkat,harta atau kedudukan tanpa mengikut seruan Illahi telah di sungkur dan disingkirkan di muka bumi ini.Ambilah ikhtibar dari sejarah!!!.wahai ahli politik Malaysia!.

    p/s:Yang herankan dalam pemilihan UMNO kali ini wakil rakyat pun belem lagi tapi bertanding timbalan presiden itu apa hal?.Bukan seorang tapi dua calon pulak itu.Politik-politik…UMNO semakin lama semakin berserabut dengan masalah dalaman.Sekiranya masalah dalam tidak boleh diuruskan bagaimana dengan masalah negara atau dunia…Mamak sebelum makan…tepuk dada tanya selera!.Wassalam.

  3. kacang

    sama2 kita doakan semoga isteri bakal pm kita terbuka hati untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam iaitu memakai tudung dan berpakaian yang sempurna sebagai muslimah.

  4. daud

    sama2 kita doakan semoga isteri bakal pm kita terbuka hati untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam iaitu memakai tudung dan berpakaian yang sempurna sebagai muslimah.

  5. tubir

    Yang penting bagi najib ialah satukan melayu dari segenap pelusuk negara dengan wawasan melayu jati.Semua melayu mesti bersatu untuk maruah bangsa ……ingat jika melayu bersatu kita akan menjadi intiti yang besar dan kuat…masa itu terpulang lah kepada kawan kawan didalam BN ,,,,,nak buat apa …….Kita tengok cara dan ugutan apa pula nak diajukan ………….Buat baik berpada pada ………..jangan buat janji sampai orang melayu tak boleh pakai seluar lagi sudahlah ….Ingat najib

  6. Kuntakinte

    Salam, teman sama2 srota dengan ikhlas mendoa apa yang si kacang dan daud doa kan.kita harap terbuka hati si rosmah untuk memakai tudung, memang dosa pahala bukan kerja kita, hanya apa salahnya kita memaparkan isteri seorang pemimpin menunjukkan fesyen pemakaian Islam, tonjolkan fesyen tudung yang terbaru dan terkini, perluaskan kempen memakai tudung ini akan memajukan lagi industri tusung dalam negara kita, seperti apa yang dilakukan oleh Allahyarhamah Hendon terhadap songket.

    Apa nak heran, pemimpin UMNO adalah orang yang popular dan menjadi tumpuan semua manusia di mukabumi Malaya ni, pemimpin UMNO bukan sembarangan pemimpin macam puak2 haluan kiri, dalam keadaan itu banyak la dugaan dan cabaran yang akan ditempuh, seperti kata pepatah kalau takut dipukul ombak jangan berani2 nak berumah di tepi pantai Cinta berahi, apa nak heran mencetak manifesto apa susahnya, buat gambar Dato Najib dengan Altantunya pun diorang sanggup dan boleh buat, ini kan pulak hal kecik macam tu. species macam ni kalau dah jahat memang jalan jahat lah yang dicari.

    Kita tak sedar bahawa orang melayu bagaimana keadaan kita sekarang ni, terutama parti UMNO, bangsa lain dah mula melihat kekuatan UMNO dah mula surut, pokok UMNO dah mula condong, kalau pokok dah condong bukan kura2 je yeop yang panjat, si labi2, si tuntong, malah si penyu pun dah mula memanjat dan bertelor atas pokok yeop!!!, banyak sangat peribahasa yang mengajar kita dulu2 mengenai perpaduan dan bersatu tapi semuanya tak masuk lagi dalam kepala hotak anak2 melayu sekarang ini, “sebatang lidi boleh dipatah tapi kalau di satukan tak mampu kita nak patahkan”, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” peribahasa2 ini yang perlu kita ingat semula dan perlu kita insafi bahawa untuk meruntuhkan sesebuah rumah makan masa sejam dua saja tapi nak bina sebua rumah makan berbulan2 masa nya, orang melayu perlu sedar bangsa lain seperti Cina dan India mempunyai kekuatan dan bertaburan dimerata dunia dan negara mereka ada di US dan disetiap bandar di US sekurangnya 200,000 setiap bangsa Cina dan India terdapat disana, mereka ada di London, mereka ada di Denmark, mereka ada di England dan Australia, mereka ada di Indonesia, mereka ada di Thailand, malah mereka mempunyai negara sendiri seperti China, Taiwan, India, Pakistan, Bangladesh yang boleh dibangga kan oleh mereka berbanding dengan kita yang hanya di sekitar Malaysia, kesedaran ini perlu kita ada dan mahu tak mahu kita perlu bersatu dan kukuhkan institusi Melayu tak kira ideologi mana parti pun, kekuatan melayu perlu di pertahankan dan semua Parti yang berteraskan orang Melayu perlu senada dan tidak bersikap baling batu sembunyi tangan, menaguk di air keruh seperti yang berlaku sekarang ini. kerana kita kena ingat dan insaf “sekali merdeka bukan selama2 nya kita akan merdeka”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s