Daily Archives: October 22, 2008

Anwar Bermuka-muka – ref malaysiakini

Seorang penyokong kerajaan semalam membidas sikap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan bermuka-muka dalam membela nasib penduduk di Sabah dan Sarawak.

Salleh Kalbi (BN-Silam) berkata ketika berada dalam Kabinet, anggota Parlimen Permatang Pauh itu tidak pernah memberi perhatian serius terhadap negeri berkenaan tetapi kini mengambil sikap yang berbeza.

Beliau berkata sikap prihatin terhadap Sabah yang kini ditunjukkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah semata-mata mahu mendapatkan sokongan daripada rakyat negeri itu.

“Ketika saya menjadi pelajar, kami pernah bertanyakan tentang biasiswa untuk pelajar Sabah, tetapi Anwar ketika itu berkata tiada peruntukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar Sabah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Salleh turut mempersoal tindakan Anwar yang kini kononnnya mahu memperjuangkan kebajikan pelajar dari Sabah. “Kenapa sekarang baru beliau mahu menjadi hero kampung di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata jelas tindakan Anwar itu mempunyai agenda tertentu apabila menunjukkan simpatinya terhadap kedua-dua negeri berkenaan – mstar

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda