Daily Archives: October 23, 2008

Pemilihan kekal Disember ini?? – malaysiakini

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Oktober ini akan memutuskan sama ada mengekalkan tarikh asal peralihan kuasa pada Disember ini.

Ketika mengumumkan, Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh peralihan kuasa akan tetap dilaksanakan pada Mac depan.

Bulan lepas MT memutuskan untuk menunda pemilihan yang sepatutnya diadakan Disember ini ke bulan Mac selaras dengan keputusan mengawal pelan peralihan kuasa.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.

Jelas beliau, calon-calon yang bertanding tidak boleh terus menghabiskan masa yang banyak dengan berkempen kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persidangan perwakilan bahagian kini sedang berlangsung dan mengikut jadual asal, pemilihan pusat sepatutnya diadakan Disember ini.

Bagaimanapun ia ditunda ke Mac depan, sekali gus membolehkan calon-calon bertanding jawatan pusat mempunyai masa selama lima bulan untuk berkempen.

Menurutnya, ini kali pertama terjadi tempoh berkempen untuk pemilihan parti yang paling lama iaitu selama lima bulan.

MT Umno belum memutuskan tarikh sebenar pemilihan Umno Mac depan. Persidangan perwakilan akan berakhir pada 9 November ini.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ambil alih kerajaan, bukan lagi keutamaan – Anwar – ref malaysiakini

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lapan ahli UMNO didapati bersalah – malaysiakini

Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. – Utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis Media Akan Ditubuhkan – malaysiakini

Sebuah majlis media kebangsaan akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam media, selain mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Beliau berkata idea penubuhan majlis itu telahpun dibawa ke kabinet dan disambut baik.

“Pelbagai aspek perlu dikaji dan satu siri perbincangan sedang berjalan sebelum kita dapat menggubal dasar berkenaan.

“Saya percaya ini adalah platform yang tepat, pada masa yang tepat untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan organisasi media,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium mengenai Dasar Media di Malaysia di sini, Isnin.

Kolokium dua hari itu, anjuran Institut bagi Pembangunan Komunikasi (Aidcom) dan Suruhanjaya Tinggi Kanada bagi membincangkan isu-isu mengenai dasar dan kebebasan media, diikuti oleh 50 peserta.

Syed Hamid berkata penubuhan majlis itu tidak harus dilihat sebagai langkah untuk mempertingkat sekatan ke atas media, oleh kerana masa depan di negara ini ditentukan menerusi usaha kolektif.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk menggubal satu dasar media kebangsaan yang mencerminkan identiti, nilai dan kepercayaan kita sebagai warga Malaysia.

“Satu dasar media baru perlu dikemaskini sejajar dengan trend global semasa yang memberi nilai tinggi terhadap liberalisasi dan kemajuan teknologi.

“Kita boleh bincangkan dan kenalpasti reform yang sesuai di samping mustahaknya memperkenalkan majlis media kebangsaan dengan minda terbuka,” kata Syed Hamid.

Menyentuh berita ruang siber, Syed Hamid berkata: “Kita tidak boleh lagi mengenalpasti kumpulan ini sebagai media alternatif, memandangkan permintaan bagi berita-berita mereka lebih luas dari media arus perdana.

“Ruang siber adalah platform bebas dan generasi muda lebih menyukai berita online. Malahan, media arus perdana kini turut memfokus kepada memuatkan berita mereka secara online,” ujar beliau.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar balas balik – malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas kenyataan beberapa ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mendakwa beliau mengabaikan kepentingan rakyat negeri itu sewaktu berkhidmat dalam kerajaan terutamanya ketika memegang jawatan Menteri Kewangan.

Anwar yang merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sepanjang beliau memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan, banyak peruntukan telah diluluskan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.

“Tapi oleh kerana prasangka buruk begitu, ini semua (peruntukan) dinafikan.

“Dibangkitkan juga kononnya saya abaikan rakyat di sana…mungkin waktu itu beliau masih di bangku sekolah,” katanya.

Semalam, Salleh Kalbi (BN-Silam) mendakwa Anwar bersikap bermuka-muka dalam membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan berkata sikap prihatin yang ditunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekarang adalah semata-mata ingin meraih simpati dan sokongan daripada rakyat negeri itu.

Anwar membuat penjelasan tersebut ketika sesi perbahasan Bajet 2009 oleh Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Jelasnya, sepanjang menjadi menteri dalam kerajaan dan sejak Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia sehingga beliau disingkirkan dari kerajaan pada tahun 1998, beliau telah meluluskan peruntukan paling besar kepada rakyat negeri itu.

“Malah dalam tempoh satu tahun, ada tambahan RM800 juta kepada Sabah dan RM200 juta kepada Sarawak,” katanya.

Anwar juga menyelar tindakan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersuara secara sembunyi mempertikaikan kredibilitinya sewaktu menjadi menteri dahulu.

“Mereka jerit macam pelesit, menyorok di sebalik pembesar suara…memang itu bukan pahlawan.

“Kalau benar dia itu pendekar dan pahlawan, bangun berucap dan jawab, bukan berselindung di balik meja,” katanya.

Anwar sempat berseloroh sambil berkata: “Perangai macam tu hodoh, kalau benar-benar pendekar yang mulia lagi amin, bangunlah jawab.”

Kata-kata Anwar itu menyebabkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mencelah: “Yang itu sudah Yang Dipertua…dan cuma satu-satunya.”

Celahan Pandikar Amin itu mengundang tawa ahli-ahli Dewan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Teresa tuntut Dr Khir minta maaf ref malaysiakini

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana merosakkan nama baik beliau melalui dakwaan bahawa beliau menyokong petisyen yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan.

Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini, Kok berkata, beliau telah menghantar surat yang disediakan peguamnya itu bertarikh hari ini, kepada Dr Khir melalui faksimili.

Salinan surat tuntutan itu, yang diedarkan kepada pemberita, mendakwa dalam jawapan kepada satu soalan yang disiarkan dalam laman blog Dr Mohamad Khir, bekas menteri besar Selangor itu menyatakan terdapat satu petisyen daripada masyarakat Cina di Kinrara, Puchong yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan bunyinya dan petisyen itu disokong oleh Kok.

Perkataan yang digunakan Dr Mohamad Khir menggambarkan Kok bersikap anti Islam, anti Melayu dan telah melakukan kesalahan jenayah yang serius mengikut Kanun Keseksaan dan undang-undang lain di Malaysia, menurut surat itu.

Selain menuntut Dr Mohamad Khir menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi, Kok juga mahu Dr Khir menanggung semua kos perundangan yang timbul daripada perkara berkenaan.

nota: dah jadi satu sindrom pulak sekarang ni…asal kan saman je…mesti cecah jutaan ringgit…nak jadi jutawan segera semua …

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Zahidi tarik diri — ref malaysiakini

Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini mengesahkan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno.

Zahidi berkata, beliau telah bermesyuarat dengan Badan Perhubungan Umno Perlis semalam dan mereka telah bersetuju dengan hasratnya untuk menarik diri.

“Selain itu, Perhubungan Negeri juga turut mencadangkan nama saya selain Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Mac depan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Zahidi berkata, setakat ini, beliau telah menerima tiga pencalonan untuk merebut jawatan dalam MT namun enggan mendedahkan Bahagian-bahagian yang mencalonkannya.

Ketika ditanya sama ada penarikan dirinya berikutan persetujuan Badan Perhubungan Umno negeri untuk mencadangkan namanya bertanding jawatan ahli MT, Zahidi berkata, ia tiada kaitan.

“Kita di Perlis ni kecil sahaja. Hanya ada tiga bahagian jadi tak bolehlah nak (bertanding) jawatan-jawatan tinggi.

“Saya perlu tumpukan kepada Bahagian saya juga jadi jika mahu bertanding (di peringkat pusat) buat masa ini, jawatan yang paling baik adalah MT,” katanya.

Zahidi telah membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan dirinya itu dalam wawancara khas bersama Astro Awani pada pukul 9 malam tadi.

Zahidi sebelum ini hanya memperolehi satu pencalonan iaitu daripada bahagiannya untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.

Dengan penarikan diri Zahidi, saingan merebut kerusi Ketua Pemuda kini tertumpu kepada tiga calon iaitu Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan satu-satunya calon yang telah melepasi kuota dengan 63 pencalonan; Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan 36 pencalonan dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo dengan 27 pencalonan. – mstar

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda