Ambil alih kerajaan, bukan lagi keutamaan – Anwar – ref malaysiakini

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.

“Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Ambil alih kerajaan, bukan lagi keutamaan – Anwar – ref malaysiakini

  1. Apai Ngelai

    Salam,

    Hahh, AnWar sudah mengalah……. ?? Kerajaan impiannya bukan impian rakyat majoriti. Punyala jauh tempoh dia buat dateline untuk dia sendiri nak ambil alih kerajaan. Kesudahannya kelak, serupa juge dan ia tetap tinggal sirupaa… Tak kesian kat diri sendiri ke……?

    Kawan nak begitau satu mende.. Kalau AnWar tak bercita-cita nak rampas takhta kerajaan dengan niat untuk berkongsi dengan kroni-kroni dia, tiada sebab untuk rakyat menolak dia. Cuma yang perlu ‘diRepair’ adalah kegemarannya yang suka menabur janji banyak-banyak lepas tu ‘lupa’.

    Eloklah tu, Sekurang-kurangnya dia ni ‘boleh pakai’ dek rakyat jelata macam kita nih dalam memfokuskan kepada pembangunan ekonomi dan menegur kerajaan jika ada kekurangan/ kelemahan daripada bertegang urat memfokuskan kepada pembangunan struktur ‘kerajaan baru PR’. Barulah nampak hasil dan tujuan kewujudan pembangkang nih. Itulah yang kita nak. Bukannya gah dengan kehebatan pidato untuk rampas kuasa.

    Ubah sikap, tukar konsep pembangkangan kepada sesuatu yang lebih bersifat positif, membina dan menguntungkan dua-dua pihak. Kita nampak PAS macam dah lembut sikit, mungkin tak macam dulu dah. Kurang sikit tempikan memburukkan parti lawan dalam speech politik. Tinggalkanlah terus kaedah kuno itu kalau boleh… kalau PR tak usik UMNO, UMNO pun takkan usik PR. Jangan lupa, rakyat sentiasa memerhati tu..

  2. Putera81

    Salam..

    Agaknya ilham xmuncul2 lagi kot..”tunggu punya tunggu punya tunggu..bulan tak timbul2..

  3. Salam,

    Perubahan cara politik Dsai sedang berubah.Kenapa?.Apakah UMNO akan diperkasakan selepas Pak Lah berundur?.Bagaimana dengan Najib?.Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Datuk Najib boleh selamatkan UMNO dan BN di pilihanraya 13 nanti?.Apakah Dsai sedang menunggu Datuk Najib ambil alih kerajaan dan akan mulakan misi menjatuhkan Najib dan merampas kuasa?

    Apakah Dsai sengaja tak mahu menggulingkan kerajaan Pak Lah kerana beliau termakan budi dan jasa Pak Lah?.Yang kita risaukan amat adalah bolehkah Najib pertahankan kerajaan BN & UMNO dari Dsai?.Teralu banyak persolan yang harus dijawab.Adakah sekarang ini sedang berlaku sebuah konspirasi?????????????????/.

  4. Horn

    Ahli politik memang mudah berubah,Hari ni TPM sendiri kata akan hapus DEB berperingkat dan ikut keperluan kaum…apa cerita ni dulu tentang sekarang cari jalan…

  5. AbangTuah

    Salam,

    Kawan dari dulu lagi tak percaya Mat Musang tuh.

    DEB pula di ujudkan bukan untuk selamanya, sampai masanyanya maka MELAYU terpaksa juga bersaing secara MERITOKRASI.

    Ape fasal takut ke, then kalau takut kenapa MELAYU tak bersatu untuk mempertahankannya, kenapa Melayu bersikap suka berpuak-puak.

  6. Kuntakinte

    Salam, sudah lah AN War, bangun le dari ngigau, cukup lah nak guna tipu muslihat tujuan untuk pecah belahkan rakyat, jatuh !!! ekonomi, rakyat susah, negara miskin, akur je pada keputusan rakyat, itu pun dah menang di Permatang Pauh, disitupun kerajaan bayar gaji RM6 ke 7 ribu sebulan dah pun dapat sebagai Ahli Parlimen tambah lagi gaji sebagai Ketua Pembangkang RM3 ke 4 ribu, bini pun berpencen sekurangnya RM3 ribu, anak pun bergaji RM 6 ke 7 ribu, itu tak masuk dulu2 yang dah di sontoloyo(menyamun) semuanya rakyat bagi tak payah kerja susah payah tolong rakyat dan orang kampung, tak payah susah payah bangunkan kampung, hanya modal air liur goreng sana goreng sini, menang pilihanraya dapat semua tu, lepas tu boleh bangga sana sini.

    Kalau nak sangat perintah dan nak sangat jadi PM ikut peraturan negara tunggu PRU13, sekarang ni buat kerja, jalan kan tanggungjawab jangan nak berpolitiking je sepanjang masa, muhasabah diri banyak2, kalau dah hati tak tenteram ambil cuti dan cari ustaz2 yang bersepah dalam PAS pergi bertapa berguru dengan dia kat mana2 belajar balik ilmu Agama kut2 mahu hati tenteram.

    Negara yang dipimpin dik Pak Lah dan lepas ni Najib biar diorang laksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin negara, kalau diorang tak buat kerja, jangan risau Allah S.W.T. ada, mereka2 ini akan disoalkan dalam kubur silap jawab pi….ap…… kena belantan lepas tu di campak dalam neraka, kita jangan nak pening2 kepala, sebagai manusia kita buat yang termampu, teman percaya Pak Lah dan najib dan semua orang pun sama belaka akan membuat kebaikan selagi mereka termampu, masing2 ada bahagian masing2 yang di tetapkan oleh Allah S.W.T. Allahuallam.

  7. Bakal PM

    abg nuar ni makin cerdik skarang… Dah kurang minum air kot pasal tu dah x boleh nak KENCING sangat…. Anyway syabas kerana akhirnya anda tahu kemampuan anda setakat mana jer….

  8. hang pa tertipu, komer tertipu, mu doh kena tipo, yau get corn, adik sudak kina tipu, chit tambi suda kina buhong, podah tipu jugak, haiya lu sulah kina tipu woo, huuu hhh dah kena kencing… sapa yang kencing, ha ha ha he he he bang nuar miker ler yang kencing … udah ler tu nadrah pi mandi bunga na

  9. AbangTuah

    Salam,

    NADRAH…..dimana NADRAH….apa sudah jadi dengan Bang Nuar kesayangan awak tu, mana nya Kerajaan baru yg dikatakan amat hebat tu. Bagi le sedikit ulasan awak yg meluap-luap dan meletup-letup tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s