Lapan ahli UMNO didapati bersalah – malaysiakini

Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. – Utusan

6 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

6 responses to “Lapan ahli UMNO didapati bersalah – malaysiakini

  1. Apai Ngelai

    Salam dan sejahtera,

    Tahniah kepada kepimpinan UMNO yang tidak pernah berhenti membersihkan Parti daripada amalan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa.

    Sebetulnya, biarlah pendedahan mereka yang terlibat tidak terlalu disensasikan kepada media bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat dan eksploitasi politik pihak pembangkang.

    Bagaimanapun inilah perkara yang jelas serta tidak disembunyikan daripada pengetahuan rakyat bagi membuktikan ketelusan serta kejujuran UMNO. Kita merasa bangga sekali kerana pilihan kita tidak salah. Inilah Parti yang tidak pernah berselindung dari kebenaran terhadap aib yang berlaku biarpun dicemuh dan difitnah Parti pembangkang. Ibarat kata ‘berani kerana benar’.

    Pernahkah kita melihat pendedahan kesalahan dan salah laku pemimpin-pemimpin pembangkang? Renungkanlah sejenak, bukankah setiap pendedahan yang melibatkan mereka selama ini seringkali dikaitkan dengan konspirasi kerajaan atau UMNO bagi memburuk-burukkan mereka? Pemimpin Pembangkang yang manakah sanggup menerima pendedahan aib yang mencemari imej mereka pada ketika mereka bertungkus-lumus menagih undian rakyat, bukan?

    Kita mampu menilai ketelusan sesuatu Parti.
    Janganlah kita ter’pilih’ wakil rakyat yang takut pada pendedahan-pendedahan berkait kelemahan mereka tetapi sering muncul hanya dengan perkhabaran-perkhabaran baik yang dusta.

  2. AbangTuah

    Salam,

    Apai, kawan amat lega melihat UMNO telah bergerak membuktikan ketelusan pentabirannya. Ya UMNO seharusnya jangan berhenti menebas, meracun bagi membersihkan kebunnya dari tumbuhan2 parasit yang menganggu-gugat kesuburan tanaman lain di kebunnya.

    SHABAS UMNO.

  3. Horn

    KAlu pemimpin yang rasuah siapa pula yang nak bersihkan?

  4. Kuntakinte

    Salam, sdr Horn, dua perbezaan perilaku pemimpin yang perlu kita tahu dan sedar;

    1. Jenis seperti dakwaan saudara yang perasuah, walau pun anggapan saudara pemimpin UMNO dan negara sekarang rasuah, TETAPI mereka2 ini banyak melakukan jasa kepada Agama, bangsa dan Negara.

    contoh pemimpin2 UMNO dan negara telah membangunkan setiap aspek pembangunan negara, pembangunan agama, pembangunan Pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, pembangunan insan, semuanya untuk negara. Rasuah kalau berlakupun dosa nya akan dibawa ke alam barzah dan dosa nya akan dihitung di akhirat oleh Allah S.W.T.

    2. Jenis pemimpin juga, melakukan rasuah tetapi tidak pernah membuat jasa kepada Agama, bangsa dan negara, seperti contoh baru pegang pemerintahan dan baru nak tunjuk jasa tetapi telah pun mula mengambil rasuah seperti bagi meluluskan projek perumahan yang berlaku di Perak malah disedekah dengan China Doll dan itu dianggap rezeki orang yang bagi, bagaimana kelulusan Balak kepada setiap pemimpin PAS, PKR dan terutama DAP yang berlaku sekarang ini di Perak tidak kah itu juga rasuah dan penyalahgunaan kuasa, bagaimana dengan tender RM500ribu untuk bahan makanan sumbangan Kerajaan Perak di beri kepada Ngeh & Son Sdn. Bhd. terpampang nama syarikat di dinding lori yang menghantar bekalan kepada orang susah tidak kah itu rasuah dan menyalahguna kuasa dan bagaimana dengan di Selangor menyalahkan kuasa bagi kontrak pada suku sakat, bagaimana dengan penasihat PKR yang meletak kroni, adik beradik, anak saudara sebagai director dan Chairman dalam Agensi2 Kerajaan negeri yang mereka perintah dan bagaimana dengan rasuah yg cuba diberi kepada Ahli Parlimen BN untuk lompat parti, bagaimana dengan track rekodnya terdahulu saudara cari dan selidik lah sendiri, bagaimana dengan Kedah, tidak kah memecat CEO agensi kerajaan dan digantikan dengan suku sakat sendiri, itu pun bentuk rasuah kepada ahli keluarga sendiri agar sayang pada dia dan tidak kah itu menyalahgunaan kuasa, bagaimana kelulusan balak di Kedah tidak kah berlaku penyelewengan kuasa memberi kawasan balak kepada kroni. Di kelantan tidakkah kawasan pembalakan di beri kepada pemimpin2 PAS hingga botak bukit tanpa kawalan, malah teman sendiri pernah berurusan dengan broker pembalak dari kelantan yang cuba menjual kawasan balak dipunyai oleh seorang pemimpin tertinggi PAS Kelantan.

    Apa pun teman bangkitkan contoh2 diatas sebab saudara mulakan dan teman ceritakan apa yang teman tahu untuk memberi gambaran kepada saudara dalam isu rasuah jangan di tunding kepada satu pihak saja, hanya pemimpin UMNO dan kerajaan Persekutuan saja yang rasuah, pemimpin2 haluan kiri umpama semua baik dan bersih dan mahsum belaka.

    Saudara apa pun bentuk rasuah semua berlaku di semua peringkat bawah hingga keatas atas antara kecil dan besar, itu tidak dinafikan sebab itu dalam Islam ada Pahala dan Dosa bergantung kepada kita untuk memilihnya, cuma jangan kita menuduh orang dan memanjangkan tuduhan kita kepada orang lain tanpa kita usul periksa mengakibatkan kita juga tergolong dalam golongan orang yang berdosa tambahan pula tuduhan kita berat sebelah. walau apa pun UMNO wujudkan satu badan yang bertanggungjawab dan melakukan tindakan yang berani dalam membenteras rasuah jika dibandingkan dengan Parti2 lain terutama pembangkang lansung tutup cerita rasuah, langsung tak berani membetulkan kesalahan ahli sendiri takut hilang sokongan, yang nyata tak betul pun di pertahankan mati- matian. dalam usaha ini sepatutnya kita rasional terhadap usaha UMNO dan kita patut beri pujian, buka hati, buka minda baru kita dapat membezakan buruk dan baik, antara berjasa dengan tidak.

    p/s teman pergi sekolah dulu jalan kaki, budak sekarang termasuk mike pergi sekolah naik bas, naik kereta, naik motor, handphone sebijik seorang ish…ish… jauh beza dulu dan sekarang.

  5. Bakal PM

    kalau terima rasuah memang salah tapi kalau terima sedekah seks maybe bg PKR itu dikira cenderahati…. senang jer PKR tukar istilah rasuah jd istilah sedekah….

  6. Apai Ngelai

    Salam,

    Kepada ‘peminat-peminat’ pemimpin pembangkang, janganlah hati awak semua buta kepada kebaikan pihak lawan disebabkan oleh kebencian dan tanggapan buruk yang lahir dari prasangka semata-mata.

    Nilailah kebaikan dan kejujuran sesuatu jemaah yang ingin memperbetulkan kesilapan mereka hingga ke akar umbi, walaupun terpaksa menelan segala cemuhan orang lain daripada menyembunyikan kesalahan. Tiada manusia yang sempurna dari kesalahan di dunia ini.

    Kerajaan terima teguran, biarpun di pihak pembangkang. Dan kerajaan tidak pula tergopoh-gapah terus menuduh/mengaitkan pembangkang dengan andaian konspirasi politik terhadap pendedahan yang dilakukan, kerana kerajaan tiada masalah dalam mengendalikan semua hal dengan rasional dan secara profesional.

    Bagaimana pula dengan pihak pembangkang? Tidakkah selama ini kita dapat melihat tindakan mereka satu-persatu? Apa perlunya mereka terus menuduh pihak lain di atas kelemahan mereka sendiri tanpa membuat siasatan terlebih dahulu? Fikir-fikirlah….. kita mampu menilai mana yang baik dan mana yang tidak.. Bukan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s