Majlis Media Akan Ditubuhkan – malaysiakini

Sebuah majlis media kebangsaan akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam media, selain mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Beliau berkata idea penubuhan majlis itu telahpun dibawa ke kabinet dan disambut baik.

“Pelbagai aspek perlu dikaji dan satu siri perbincangan sedang berjalan sebelum kita dapat menggubal dasar berkenaan.

“Saya percaya ini adalah platform yang tepat, pada masa yang tepat untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan organisasi media,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium mengenai Dasar Media di Malaysia di sini, Isnin.

Kolokium dua hari itu, anjuran Institut bagi Pembangunan Komunikasi (Aidcom) dan Suruhanjaya Tinggi Kanada bagi membincangkan isu-isu mengenai dasar dan kebebasan media, diikuti oleh 50 peserta.

Syed Hamid berkata penubuhan majlis itu tidak harus dilihat sebagai langkah untuk mempertingkat sekatan ke atas media, oleh kerana masa depan di negara ini ditentukan menerusi usaha kolektif.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk menggubal satu dasar media kebangsaan yang mencerminkan identiti, nilai dan kepercayaan kita sebagai warga Malaysia.

“Satu dasar media baru perlu dikemaskini sejajar dengan trend global semasa yang memberi nilai tinggi terhadap liberalisasi dan kemajuan teknologi.

“Kita boleh bincangkan dan kenalpasti reform yang sesuai di samping mustahaknya memperkenalkan majlis media kebangsaan dengan minda terbuka,” kata Syed Hamid.

Menyentuh berita ruang siber, Syed Hamid berkata: “Kita tidak boleh lagi mengenalpasti kumpulan ini sebagai media alternatif, memandangkan permintaan bagi berita-berita mereka lebih luas dari media arus perdana.

“Ruang siber adalah platform bebas dan generasi muda lebih menyukai berita online. Malahan, media arus perdana kini turut memfokus kepada memuatkan berita mereka secara online,” ujar beliau.

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Majlis Media Akan Ditubuhkan – malaysiakini

  1. Putera81

    Salam

    Baguslah kalau begitu..setiap benda mesti ada sempadan dan batasan..barulah hidup sentiasa aman..wasatiah itu penting dalam kehidupan..wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s