Pemilihan kekal Disember ini?? – malaysiakini

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Oktober ini akan memutuskan sama ada mengekalkan tarikh asal peralihan kuasa pada Disember ini.

Ketika mengumumkan, Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tarikh peralihan kuasa akan tetap dilaksanakan pada Mac depan.

Bulan lepas MT memutuskan untuk menunda pemilihan yang sepatutnya diadakan Disember ini ke bulan Mac selaras dengan keputusan mengawal pelan peralihan kuasa.

Minggu lalu, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesyorkan supaya tempoh kempen pemilihan parti dipendekkan.

Jelas beliau, calon-calon yang bertanding tidak boleh terus menghabiskan masa yang banyak dengan berkempen kerana masing-masing mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Persidangan perwakilan bahagian kini sedang berlangsung dan mengikut jadual asal, pemilihan pusat sepatutnya diadakan Disember ini.

Bagaimanapun ia ditunda ke Mac depan, sekali gus membolehkan calon-calon bertanding jawatan pusat mempunyai masa selama lima bulan untuk berkempen.

Menurutnya, ini kali pertama terjadi tempoh berkempen untuk pemilihan parti yang paling lama iaitu selama lima bulan.

MT Umno belum memutuskan tarikh sebenar pemilihan Umno Mac depan. Persidangan perwakilan akan berakhir pada 9 November ini.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Pemilihan kekal Disember ini?? – malaysiakini

  1. Saya anak penang dan ahli UMNO bersetuju dengan Pemilihan UMNO Disember ini dan peralihan kuasa sepertimana yang di persetujui oleh PM dan TPM. Dengan pemilihan ini akan mengurangkan perpecahan dikalangan ahli UMNO dan juga dapat mengelakkan Politik Wang.

  2. anak demokrasi

    much more better..adalah lebih baik sekiranya di adakan pada dec ini..kerana nak tunggu sehingga bulan mac macam2 boleh berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s