Teresa tuntut Dr Khir minta maaf ref malaysiakini

Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok telah mengeluarkan surat tuntutan meminta bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta kerana merosakkan nama baik beliau melalui dakwaan bahawa beliau menyokong petisyen yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan.

Bercakap kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini, Kok berkata, beliau telah menghantar surat yang disediakan peguamnya itu bertarikh hari ini, kepada Dr Khir melalui faksimili.

Salinan surat tuntutan itu, yang diedarkan kepada pemberita, mendakwa dalam jawapan kepada satu soalan yang disiarkan dalam laman blog Dr Mohamad Khir, bekas menteri besar Selangor itu menyatakan terdapat satu petisyen daripada masyarakat Cina di Kinrara, Puchong yang meminta bunyi laungan azan diperlahankan bunyinya dan petisyen itu disokong oleh Kok.

Perkataan yang digunakan Dr Mohamad Khir menggambarkan Kok bersikap anti Islam, anti Melayu dan telah melakukan kesalahan jenayah yang serius mengikut Kanun Keseksaan dan undang-undang lain di Malaysia, menurut surat itu.

Selain menuntut Dr Mohamad Khir menarik balik kenyataannya itu, memohon maaf dan membayar ganti rugi, Kok juga mahu Dr Khir menanggung semua kos perundangan yang timbul daripada perkara berkenaan.

nota: dah jadi satu sindrom pulak sekarang ni…asal kan saman je…mesti cecah jutaan ringgit…nak jadi jutawan segera semua …

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 responses to “Teresa tuntut Dr Khir minta maaf ref malaysiakini

  1. Nurul

    iya lah…… kalo si Khir tu boleh belajar sikit daripada main tembak aja mulut dia. Kalo blogger boleh dikecam kalo posting berunsur fitnah, sudah pastilah fitnah Khir itu juga ada akibatnya.

  2. suara de kota

    Salam keinsafan!.

    Iyolah… kito samo-samo nantikan apakah kesudahan sandiwara ini?. Kito tengok siapa yang lebih ‘berwibawa’ menegakkan kebenaran.

    Sahabat, kalau senang pergilah juga ke Website Pemuda Umno Subang. Sekarang ni ada isu tentang cadangan nak agihkan wang zakat diberikan juga pada orang bukan Islam?. Berilah pendapat!.

  3. Bakal PM

    Cik Nurul sayang…
    Percaya ker apa yg Kok tu ckp??? Kan sebelum ni terbukti Kok tu mengikut jejak langkah bapak angkat dia mat jenin memutar belit kenyataan… Bila utusan tunjuk kan bukti baru terhegeh2 nak mengaku… Sama jer perangai macam Mat Jenin tu…. Bezanya Mat Jenin kalau terkantoi muka dia tersengih2 mcm kerang busuk tp kok ni muka dia tetap selamba walaupun terkantoi…. Agak2 nak ker makan makanan hanjing lg???

  4. Mamat Tengok Jer...

    khir toyo vs teresa kok

    dua2 nak cari publisiti…
    khir toyo asyik nak bsing2….
    teresa kok asyik wat kenyataan pelik2…

    khir toto (eh clap, toyo) macam gila talak..
    teresa macam kera dapat bunga…

    khir toto (eh clap lagi) batu api…
    teresa lak duk main api…

    rakyat S’gor melangut tengok pemimpin2 negeri bergaduh hari2…

    pembangkang ngn perangai pembangkang
    kerajaan ngn perangai kerajaan

    sama2 manis depan…
    tapi belakang…

    xtau la nak cakap….
    sebab memang xtau pun ati budi sapa yg bersih sbnrnya…

    pembangkang meloyakan
    kerajaan meragukan

    so???

  5. tubir

    Kalau dah tak tau adat lebih baik masuk hutan jadi kominis. Banyak ciri ciri kominis dalam bandar yang belum disingkap lagi.kepada perisik perisik jalankan tugas jangan tidur ja…..jangan nasi dah jadi bubur baru sibuk nak betulkan ,,,,,kepada yang mengcurigakan tu tangkap ja dan ………….baru yang lain tau dan sedar diri .

  6. Apai Ngelai

    Salam,

    Soalan kawan… Kalau Teresa Kok sampai hendak menyaman Datuk Seri Khir Toyo 10juta, adalah disebabkan beliau marah kerana ‘difitnah’ berkaitan petisyen azan yang tidak pernah disokongnya. Betul kah?

    Cakap ahli politik ini memang banyak putar belit.. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ‘tidak pernah menyokong’ itu pula? Adakah beliau ingin menggambarkan kepada penduduk PUCHONG yang beliau sebenarnya MENENTANG petisyen tersebut? Ataupun TIDAK PERNAH AMBIL PEDULI, sekalipun di kawasan naungan Parti DAP itu sendiri? Pilih, mana satu….

    Saman menyaman tu guna dia untuk alih perhatian rakyat. Beliau memang tahu, bukan semudah itu hendak menyaman seorang yang berpengaruh lebih-lebih lagi bekas MB. Hai…. Nasib baiklah kat luar rumah tu jer yang kene tangkap dek molotof. Silap pusing esok ntah apa lagi ke jadinya. Benda-benda punya agama ni jangan dibuat main… Bahaya.

  7. AbangTuah

    Amoi, apesal mau mareh, lu ingat lu satu orang juga pandai mareh kah??

    Abangtuah berasa amat berbangga sekali dengan mereka yg banyak meluangkan masa tanpa mengenal penat lelah menghantar ulasan dan hujahan mereka. Inilah bukti bahawa masih terdapat majoriti rakyat yg sayang UMNO dan menyokong kerajaan.

    Teruskan Apai Ngelai, Bakal PM Tubir, Mamak, sekupang dua dan lain-lainnya. Abgtuah setiap hari keudara tapi sekarang nih banyak meluangkan masa membantu pejuang tak didendang;

    http://www.perakbangkit.blogspot.com

    Kat sana amat ramai juga penyokong tegar pembangkang dengan berbagai tomahan. Kalau ada masa tuh bantu-bantulah bagi semangat pada kami dengan sepatah dua kata.

    Hmm, jika ada kesempatan singgah jugalah melawat weblog amator abanggtuah juga.

  8. Salam,

    Ini menunjukan tidak ada kematangan berpolitik YB Teresa Kok.Orang politik jangan asyik menyaman..itu sikap pemimpin negara jiran kat selatan…..yang masuk dalam world Guiness Record!!!.
    “The aim of an argument in politic is should not be victory , but progress”

    The elderly advive for YB.Teresa!.Easily you can say it:

    “I disapprove of what YB KT say,but I (teresa)will defend to the death your right to say it”.
    (This is the freedom of speech you are fighting for all the while).

    p/s:Cakap pasai orang lain sedang mulut je tapi kalau orang lain cakap nak saman pulak…pembebasan bersuara…piiiraah!

  9. Teresa..teresa..kata freedom of speech!,

    Bila kutuk orang tak apa?bila cakap ini cakep itu tak apa?.Kalau orang lain cakap bawak mahkamah..tapi kan orang pembangkang tak caya sama itu makamah dan hakim di negara ini..

    Mamak ingat itu orang putih selalu cakep:

    “If we do not believe in freedom of expression for those despise we;we do not believe in it at all freedom of expression.”

  10. Big8

    Salam sahabat..

    Sahabat..
    kenapa begitu biadap nyonya itu..
    kenapa berani benar nyonya itu..
    apa dah xde ke parti2 yg mempertahankan Melayu?
    Di mana UMNO, di mana PAS, di mana PKR..
    Apa dalam PKR tidak ada Melayukah..
    Atau sudah tidak Melayu lagi Melayu PKR..
    Anwar, masih Melayukah?
    Bolehkah cina sorang ni berbiadap sedemikian rupa..

    Wahai Melayu, kenapa berdiam diri..xberani kah menutup mulut cina sorang ini?
    Jgn sayang jawatan..jgn takut hilang kuasa..bersatulah..xguna kalau berkuasa jika kaum sendiri dipijak..
    Apa lupakah kita pada zaman jepun dulu..dua tiga org yg gila kuasa ini sanggup bersekongkol dgn jepun…jadi tali barut jepun..tindas org sendiri untuk kepentingan sendiri yg sementara…xkesama dgn ‘pejuang2’ parti sekarang ini..sanggup tindas kaum sendiri demi kepentingan kuasa…..bodoh..

    p/s: India boleh bersatu dalam kes Hindraf…cina boleh bersatu dalam ISA…kenapa Melayu xboleh bersatu dalam memperjuangkan Islam dan Kaum…

  11. Kuntakinte

    Salam, saksikanlah opera cina sempena tahun baru cina, kita buat cabutan nombor bertuah sapa kena dapat RM10juta, mali2 tengok ini drama pelakun handalan teresa pork!!!!! Director Khalid Ibrahim sama anwar ibrahim dua brahim……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s