Strategi UMNO Menjadi?? – Malaysiakini

Usaha menukar kerajaan yang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “sedikit-sebanyak” terganggu disebabkan oleh peralihan kuasa yang akan berlaku dalam Umno.

“Peralihan kuasa dalam Umno sedikit sebanyak mengganggu langkah kita (membentuk kerajaan baru),” katanya sumber-sumber yang rapat dengan PAS kepada Malaysiakini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi dijadual menyerahkan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak Mac depan.

Menurut sumber-sumber itu lagi, Najib dijangka melakukan rombakan kabinet apabila mengambil alih kuasa yang mungkin memberi lebih banyak kedudukan penting kepada wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Malaysiakini difahamkan gabungan pembangkang kini risau ahli-ahli parlimen BN Sabah dan Sarawak yang didakwa telah bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, membatalkan hasrat mereka ekoran rombakan kabinet tersebut.

“Jumlah (ahli parlimen BN yang akan melompat parti) sekarang ini ngam-ngam (cukup-cukup) saja,” jelas sumber-sumber tersebut.

Mesyuarat kepimpinan Pakatan

Mengulas portfolio yang dikehendaki PAS dalam kerajaan baru nanti, sumber-sumber berkata perkara itu telah dibentangkan dalam mesyuarat bersama ketiga-tiga parti gabungan PKR, DAP dan PAS.

Menurutnya, sehingga ini sudah dua mesyuarat parti pimpinan Pakatan telah diadakan.

Bagaimanapun, kata sumber-sumber itu, keputusan berhubung permintaan portfolio PAS masih masih belum dibuat.

Sumber juga mendakwa, perbincangan tentang jawaan timbalan perdana menteri juga masih belum selesai.

Sebelum ini, PAS telah melantikan jawatankuasa lebih orang anggota untuk mewakili parti itu berunding dengan rakan-rakan Pakatan berhubung penubuhan kerajaan baru.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Nasharuddin Mat Isa;  naib-naib presiden, Mohammad Sabu dan Datuk Husam Musa; serta setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar.

nota:  strategi UMNO mengenai peralihan kuasa telah menjejaskan peluang PR utk menubuhkan kerajaan baru membuahkan hasil. tatkala DSAI sibuk mengumumkan tarikh2 keramat beliau, tatkala itu juga pak lah mengumumkan pelan peralihan kuasa. jika ramai mengatakan DSAI seorang strategist yang pintar, apa kurangnya Pak Lah.

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Strategi UMNO Menjadi?? – Malaysiakini

  1. mr_neutral

    Sapa kata anwar seorang strategies. Saya tidak pernah nampak dia melakukan apa2 strategi dari dulu hangga sekarang. Jangan jadi bodoh dan memandang tinggi kepada orang yang rakus dan tamak sperti anwar. terima kasih.

  2. Salam,

    Mamak rasa bukan UMNO tapi “Mastermind”nya adalah TDM…!!!.Sedikit masa lagi Anwar dalam lipatan sejarah dan PKR kembali ke pangkuan UMNO!.Yang paling sengsara pemimpin Hindraf dan golongan Muda kaum Cina dan India yang menyokong PKR!.Cerita kung Fu Dsai terkubur kerana “Master” UMNOnya masih ada dan tak dapat hapuskan menggunakan taktik kotor dengan menggunakan orang yang lemah semangat dalam UMNO sendiri!.

    p/s: Sedikit masa lagi Anak Murid kesayangan Master akan ambil alih tugas dan saki baki kunco-kunco Dsai akan terhapus sendiri.Politik bukan macam main bola kat wembeley stadium!.Yang menang tetap menang yang kalah tetap kalah!.Dalam politik kalah bukan kalah yang menang bukan menang adik-adik oiii!!!.Pengalaman menentukan semua!

  3. Wirawaja

    Siapa yang nak melompat parti ni? Ahli Parlimen BN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat? Kita tunggu aje bulan Mac ini.

    Sekarang ni pun suara anak rimau Tun Razak dah mula mengaum walau agak perlahan tapi meremang juga bulu roma kita.

  4. Kuntakinte

    Salam, jangan lupa Strategi si AN War tak menjadi untuk memburuk2 kan imej Dato Najib dengan isu2 yang gila babi terutama pasal Altantunya, frust menonggeng si AN War sekarang ni… apa tidak nya Dato seri Najib InsyaAllah bulan Mac jadi PM yang dia duk si punggok rindu kan bulan, aku juga kurus kering…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s