Cadang Debat Antara Khir, Khairy & Mukhriz – malaysiakini

Selepas ketiga2 calon layak bertanding utk jawatan KP UMNO Malaysia, penulis ingin mencadangkan agar ketiga2 calon ini dipertemukan untuk berdebat. Debat hendaklah meliputi soal hala tuju Pemuda UMNO, rancangan masa depan Pemuda, soal ekonomi dan politik terutama bagi golongan pemuda di Malaysia.

Diharap penganjur debat sebelum ini seperti Agendadaily dapat melakukan debat ini.

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Cadang Debat Antara Khir, Khairy & Mukhriz – malaysiakini

  1. tubir

    memang bagus cadangan untuk mengadakan debat untuk bakal ketua pemuda umno ni. disini nanti kita akan dapat melihat dan mendengar hujah dan ulasan pada stratigi yang akan digunapakai untuk memantapkan lagi pemuda dan umno dimasa akan datang.
    Pemuda umno adalah pelapis dan sendi kepada pergerakan umno.Kalau sendi lemah keseluruhan badan itu akan menerima akibatnya .Ini dapat dilihat dari apa yang sedang berlaku didalam pergerakan pemuda umno dibawah kepimpinan hisham.tiadak ada apa yang hisham buat untuk memperkukuhkan pergerakan pemuda .menarik minat belia belia melayu untuk berjinak jinak dengan umno .Belia belia melayu tidak ada arah tuju …minda kosong .apa yang hisham lakukan hanya lah menghentam anak anak muda kalau terlibat didalam kancah keruntuhan .kebanyakan pemimpin pemuda umno shok sendiri ,,tamak dengan mengumpul kekayaan dan penyokong untuk mencapai cita cita didalam umno tua nanti .Ini lah punca kenapa kebanyakan anak muda melayu terbiar dan memnentang umno .
    dari situasi ini pihak pembangkan mengambil kesempatan untuk memikat hati golongan muda ini .golongan pemuda yang berpelajaran tinggi menguasi pertubuhan dan pergerakan pemuda .merika memandang rendah kepada pemimpin yang datang dari kampung kampung ,terutama yang tidak tinggi tahap pendidikanya .Untuk mejadi pemimpin seseorang itu tidak perlu sebarang kelulusan ..Pemimpin ini adalah satu anugerah tuhan .bakat kepimpinan adalah asas semula jadi .Ini dapat dibuktikan banyak pemimpin dunia yang berjaya mencipta nama dan sejarah bukan nya berpelajaran tinggi .ini tidak lah bermakna pelajaran itu tidak pnting.ianya hanya satu kelebihan atau tambahan pada nilai seseorang.
    pesanan saya kepada Mukriz,khairy dan khir toyo tugas anda berat dan jangan hanya untuk memenuhi hajat dan memperkaya diri saja .anda akan disumpah oleh keseluruha orang melayu jika anda gagal ……begitu juga dengan semua pemimpin umno keseluruhanya ..samada yang sedang behidmat ataupun yang sedang melobi

  2. Salam,

    Inilah kalau dah belajaq kat luar negara…depa dua parti…kita berpuluh parti politik..kena faham.Kalau kita bergaduh sama sendiri yang menguntungkan ialah musuh UMNO!.Yang perlu ialah mengukuhkan barisan hadapan UMNO ini dengan segala kekuatan yang ada.Kita pileh panglima barisan depan ini secara berfikiran waras bukan dengan pertempuran!.Sikap Pemikiran orang Malaysia atau Asia ini sukar nak perbetulkan macam Mat salleh!.Phd kita amat sukar dibendung.Yang paling takuti yang kalah tak mudah terima kekalahan dan yang menang tak mudah tidak mendabik dada!.Yang di sekeliling selalunya tidak berfikiran waras menerima kekalahan dan logik dari pendebatan!.Orang Malaysia perlukan masa untuk jadi Bangsa Maju,berfikiran maju!.Tapi bila?.Cadangan ini memang betui ikut fakta tapi kenangkan sikap rakyat Malaysia?…..tak tahulah.Macam mana pun idea yang baik tapi perlaksanaan yang idea yang baik ini akan jadi buruk!!!!!.

    wassalam.

  3. Debat meliputi soal hala tuju Pemuda Umno, saya rasa semua perwakilan telah matang dan tiada siapa yang inginkan Pemuda Umno dihancurkan…

    Sekarang, Umno akan dihancurkan dengan sindrom politik wang. Topik paling tepat untuk didebatkan.

    Topik yang harus didebatkan ialah “POLITIK WANG”. Beranikah mereka terutama Khairy?

  4. suara de kota

    Debat Memangnya Jalan Keluar Untuk membolehkan para perwakilan yang benar-benar ikkhas dapat memlikh pemimpin dan dan ingin UMNO ke mercu kejayaan dan senangi semua?.

    Hanya perwakilan yang inginkan ‘kehancuran’ UMNO sahaja yang terpesung memilih kerana sogokan dan habuan yang diberi atau dijanjikan.

    Mungkin ada diantara kita yang tidak mahu di adakan DEBAT?. Mungkin alasan seolah-olah membuka pekung di dada?. Hanya pendebat yang bijak dan punya ilmu pengetahuan serta wawasan perjuangan yang murni sahaja akan mampu menurunkan hujjah-hujjah yang bernas dan diterima akal tanpa menyentuh, apa lagi membidas hal-hal peribadi rakan yang dilawannya…

    Apabila, debat berlansung dan sudah berlansung tentunya pada perwakilan seluruh bahagian di Malaysia dapat menilai dan memberi jawapan dan memilih calon yang layak, terutamanya punya agenda yang bersih MERMARTABATKAN UMNO DIPERSADA… SINGGAHSANA PARTI YANG DIHORMATI.

  5. Big8

    Salam..

    Ada baik. Ada buruk. Kenapa nk buat debat?
    Siapa yg bakal mengundi dalam pemilihan nanti?
    Rakyat? Nk debat boleh, xsalah…tapi kalau seronok pancing undi sampai membuka semua rahsia2 Melayu kepada kaum lain, apa faedahnya kepada org Melayu mcm saya? Melayu ke bukan Melayu yg tertunggu-tunggu debat ini? Fikirkan kembali. Pro dan Kontra yg Melayu akan dapat. Bukan Pro dan Kontra calon akan dapat…xkemana..

  6. Kuntakinte

    Salam, aku setuju cakap Dato Mustapha dan Mukriz, tak payah nak debat2, pemilihan dalaman Parti tak perlu orang lain campur tangan dan tak perlu nak tunjuk dan nak hebah2 kan kepada orang ramai, biar ahliParti saja yang terlibat, ahli Parti masing2 dah tahu tanggungjawab untuk Parti, satu tujuan satu matlamat dan Perlembagaan Parti, garis panduan dan perjuangan Parti sudah lama ditetapkan dan itu lah perjuangan semua pemimpin dan orang UMNO, pemilihan pemimpin UMNO cukup dengan menilai apa yang ada pada diri pemimpin tersebut bagi memilih seorang yang boleh melaksanakan sistem PEMUDAH CARA bagi memperkukuhkan UMNO. kita nak cari pemimpin bukan dikalangan retorik dan bijak bercakap macam si AN War itu bukan cara UMNO, pemimpin UMNO pemimpin yang berani berubah, berani melakukan kemajuan, berani memperjuangkan bangsa, berani mempertahankan Agama, berani mempertahankan Negara. orang UMNO dah kenal setiap pemimpin yang ada, bukan baru ini nak tukar imej, bukan sekejap ini nak buat karangan untuk sedap berdebat, bukan baru ini nak tunjuk baik, bukan ketika ini tidak sombong dan bongkak, bukan ketika ini nak tukar perangai buruk, kita dah kenal antara intan, permata, zamrud, kaca dan batu jalan kita tak mahu ada lagi perangai dalam UMNO macam si AN War tu ha… Pengkhianat Bangsa dan Agama.

    Teman yakin kewibawaan perwakilan UMNO, contoh Mukriz yang didakwa pemimpin yang tidak mengunakan duit mendapat pencalunan tertinggi. Tahniah perwakilan UMNO kita pilih yang terbaik tolak pemimpin hipokrit…. baru lah Najib lega untuk mengumumkan pilihanraya untuk rampas negeri2 dari tangan2 berpenyakit parkinson.

  7. Apai Ngelai

    Salam,

    Kawan setuju seratus peratus dengan mamak. Memang benar maksud mamak, bagi kawan pun sebenarnya orang yang khusyuk berdebat silap gaya boleh tercampur lak dengan provokasi… ehhh, bahaya…!

    Orang kita tak mampu nak berfikir macam orang putih fikir. Depa habis balun, maki, tenyeh macam-macam punya stail cakap bagi pejatuh lawan lepas debat, depa boleh lagi duduk minum champaign sambil gelak-gelak. Orang kita kalau mampu buat lagu tu, mungkin dah boleh register kat Tanjung Rambutan dah. Silap aribulan, boleh lupa agama pasal nak lepas geram…

    Kawan cuma gambarkan kalau keadaan jadi paling teruk lah.. Yang betulnya takdaklah tahap tu, tapi tak mustahil kalau boleh jadi..

  8. AbangTuah

    Salam,

    Berdebat dengan rakan seperjuangan jika dinilai dari segi pro dan kontranya adalah amat kurang nilai kewajarannya. Segala isu negatif yg timbul kelak boleh digunakan oleh pihak pembangkang sebagai senjata bagi menikam UMNO. Lagi pun ianya boleh menimbulkan ketegangan dan merenggangkan semangat setia kawan didalam sesuatu pertubuhan.

    Maka pada pandangan kawan elok sahaja dielakkan perdebatan seumpama itu. Sekiranya masih hendak diteruskan maka hendaklah ditapis terlebih dahulu isu2 yg ditimbulkan, dan biarlah isu tersebut meliputi aspek yg positif kearah pembinaan dan penjanaan parti bukan yg boleh menjatuhkan kredibiliti dan integriti mana pihak.

  9. teman terpikir jugak yer kalau debat ni kita panjangkan apakata anwar debat ezam. kitsiang debat dengan nik aziz. karpal debat dengan hadi awang

    sekupangdua tentu dah agak komer dapat cari tajuk debat nya….. OK jugak tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s