DEKLARASI JANDA BAIK –

DEKLARASI JANDA BAIK


Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “DEKLARASI JANDA BAIK –

  1. Eagle

    Siapa pula yang nak mempersoalkan Perlembagaan negara ni?
    YANG SAYA TAHU ORANG umno TAK TENTU HALA MENCANANG KESELURUh PELUSUK NEGARA TERUTAMA NYA DI KAMPUNG YANG RATA PENDUDUK TOTOK , MEMBAWA BERITA YANG TIDAK BENAR KERANA HANYA REKAAN SEMATA DEMI MEMPERTAHANKAN kuasa selama lama nya.
    Jangan lah takut hilang kuasa sekiranya di hati itu jujur kerana bangsa, Agama dan negara.

  2. Bakal PM

    yg mempersoalkan perlembagaan negara adalah Hindraff dan disokong oleh DAP yang menggunakan PKR dan PAS sebagai Pak Turut dalam menghapuskan hak2 keistimewaan org melayu yang termaktub didalam perlembagaan negara…. So yg kena diperingatkan adalah PKR yg melaung2kan slogan ketuanan Rakyat dan menghapuskan keistimewaan penduduk asal Tanah Melayu…

  3. Muslim Positif

    Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kolumnis yang dihormati,

    Saya tertarik dengan deklarasi yang ditulis diatas,
    semoga berjaya!!

    Saya berharap satu hari nanti, satu perlembagaan yang mendahulukan Syariat Islam akan dibuatkan, Insya-Allah. Kan cantik kalau Rukun Islam itu jadi kewajiban buat bagi orang Islam

    Contoh nya zakat, kita wajibkan macam income tax.
    Sayang la kalau rukun Islam dipandang enteng.
    51 tahun kita lupakan kewajiban kita.

    Sibuk dengan hal hak2 Melayu tetapi hak2 orang miskin, yatim piatu, pelajar2, mualaf dan sebagainya kita lupakan..

    Banyak sangat benda pelik2 jadi sekarang nie. Tak baik gaduh2..

  4. Salam,

    Satu deklarasi yang mampat dan perlukan pada masa ini.Sokong deklarasi ini sesungguhnya!.Setiap yang digelar Melayu patut menyokong penuh deklarasi ini.Jangan gadai maruah bangsa demi kegilaan kuasa dan wang ringgit.

  5. Big8

    Salam

    Saudara2 pembaca sekalian. Memang tidak dinafikan, Melayu memang tebal dgn fahaman/fanatik politik nya..cuma jgn lah sampai bebal.

    eagle, kenapa saudara terlalu membenci UMNO? tidak keterlaluan jika saya nyatakan begitu. Betul x? Saudara, apakah saudara paham tujuan deklarasi di atas diwujudkan? Saudara, apakah saudara tahu jenis manusia yg selalu merosakkan sesuatu agenda baik. Kenapa ya? Tebal sgtkah kebencian saudara kpd UMNO sehingga saudara sanggup menolak proses penyatuan umat Islam. Saudara, atas usaha siapakah saudara dpt hidup seperti hari ini? Demi penyatuan umat Islam, saya amat merayu org2 seperti saudara ini buang sekejap kebencian kpd UMNO, kalau perlu saudara tukar lah UMNO itu kepada satu nama yg saudara suka atau suci dimata saudara…seperti..erm..PAS ke..PKR ke..DAP ke..hehe…suci benarkah nama2 ini? Saya bukan mengungkit di atas kejayaan yg dicapai bersandarkan usaha2 UMNO, cuma saya pelik kenapa sukar benar org2 seperti saudara untuk mengingat/menyatakan sesuatu yg elok yg telah dilaksanakan oleh UMNO. Xkan xde sedikit pun jasa2 mereka ini. Xkan semua benda xberfaedah yg dibuat UMNO…ok, xperlu panjang2..saudara pun dah boleh berfikir sendiri…ok, cuba saudara nyatakan apakah kebaikan2 yg saudara perolehi dari parti2 sanjungan saudara…maaf.

  6. Frittzo

    Big8…big8…

    Keterlaluankah klu sy katakan saudara ni taksub UMNO?

    “Saudara, atas usaha siapakah saudara dpt hidup seperti hari ini?” -Big8

    Banyak yg boleh dihuraikan atas pernyataan diatas;
    1. Saudara terang2 memilih parti dan bukan memandang kpd pemimpinnya. Mgkn klu tunggul kayu diletakkan sbg pemimpin, saudara mgkn masih mengagungkan parti tersebut.
    2. Mmg UMNO memerintah selama 50thn kita merdeka dan banyak kemajuan diperolehi, ttp tidakkah kita terfikir yg mgkn kita lebih berhak mendpt lebih drpd yg ada sekarang. Mengapa Singapura yg dulunya jauh kebelakang tp sekarang terlalu kehadapan? Mengapa matawang kita semakin susut nilainya berbanding Singapura? Bukannya tidak bersyukur cuma sekadar utk renungan…
    3. Sbg rakyat malaysia semmgnya tlh dididik mengenang jasa pemimpin2 kita yg lepas.. Tunku, Tun Razak, Hussein Onn, Tun Mahathir… dan kami tidak sekali melupakan jasa mereka.

    Lihatlah pemimpin yg mampu membawa kemajuan dan kebaikan utk masa depan anak2 kita namun…
    sejarah boleh dijadikan iktibar dan panduan tetapi bkn terus berpegang kpd sejarah silam dlm membentuk masa depan kita yg lebih baik.

  7. Apai Ngelai

    Salam,

    Kawan menyokong deklarasi ini. Cuma kalau boleh jika hendak mensatukan fahaman semua parti politik demi kebaikan bersama, amaran yang diberikan itu tidaklah sepatutnya ditujukan kepada UMNO sahaja. Kerana menjalankan amanah tanggungjawab negara disamping mengekalkan kestabilan politik adalah dua tugas yang cukup berat.

    Kita telah melihat bagaimana Kerajaan yang dinaungi UMNO bertungkus lumus dalam menyeimbangi dan meneutralkan segala macam hasutan, provokasi dan porak peranda yang wujud oleh pihak-pihak pembangkang dan pertubuhan haram sebelum ini. Berlaku adillah kepada semua, demi kebaikan bersama.

    Frittzo,

    Benar sekali apa yang anda kata, tapi banyak yang perlu diperbetulkan. Kita memilih UMNO sebagai ‘parti’ bukan kepada ‘siapa’ pemimpinnya. Itu adalah pilihan kami. Tetapi apakah maksud anda lebih baik memilih sesuatu parti kerana pemimpinnya?

    Bukankah itu akan lebih menjerumus kepada ‘taksubkan’ seorang pemimpin dan mengiyakan semua perkataannya berbanding sesuatu ‘Parti’ yang keputusannya diputuskan oleh sekumpulan pemimpin bawahan yang dipilih rakyat? Mana yang lebih baik? Apakah dengan berkiblatkan seorang pemimpin itu menjamin kesejahteraan dan menjamin keadilan? Kita memberatkan keutamaan kepada parti. Kita mengutamakan apa dia DASAR PERJUANGAN parti itu. Bukan kerana kehebatan pemimpinnya yang petah berkata-kata sahaja seperti yang dilakukan kebanyakan Parti dinasti PR. Jangan diputarbelitkan perkara ini.

    Jangan membandingkan negara dengan Singapura yang hanya besar sekangkang kera. Mana lagi mudah untuk dibangunkan? Kenapa tidak dibandingkan pula dengan Brunei? Singapura sejak dari zaman kerajaan Melaka lagi sudah menjadi tumpuan pedagang asing dan menjadi salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Sewajarnya ia menjadi rebutan kuasa Eropah satu ketika dahulu kerana kedudukan geografinya yang strategik. Apa pula hendak dibandingkan dengan Malaysia?

    Tidak perlulah mencari kelemahan kerajaan sendiri, kerana mencari kesilapan sesuatu itu lebih mudah dari menghargai segala apa yang kita kecapi sekarang.

  8. AbangTuah

    Salam,

    15 deklarasi yg baik bagi menjamin keutuhan, kesejasteraan dan keamanan Negara tercinta ini. Semuga saranan tersebut mendapat perhatian dari semua pihak.

  9. tubir

    salam
    sungguh baik bunyi gagasan jada baik ini jika dibaca sekali lalu .tetapi itu hanya tingal kenangan dan harapan semata mata .Seperti mengharap limbat bersisik .orang melayu tidak akan dapat disatukan buat selama lamanya .kerana hasat dengki tamak haloba ,bodoh tapi sombong .pentingkan ahli kerabat serta berpuak puak ,itulah kelemahan melayu dari dulu dan selama lama nya . Orang melayu ni macam orang arab juga ,sampai tanah sendiri pun dijajah orang pun merika tidakan bersatu .sekarang ini perkara yang sama akan berlaku terhadap orang melayu ……bangsa lain tidak akan berani sekiranya orang melayu ini bersatu .Bangsa melayu bukan bangsa yang lemah dan malas seperti kata tun mahatir .kita jadi begini kerana pemimpin kita bersekongkol dan menjahanamkan masa depan orang melayu demi kekuasaan dan kekayaan sendiri . Orang melayu hanya boleh makan 3 kali sehari sahaja sekarang ini ,tidak boleh menyimpan sesen pun untuk bekalan .kenapa ini berlaku ? .Ini salah pemimpin yang orang melayu pilih sendiri .memang orang cina dan india suka pada pemimpin seperti ini.nampak tegas dan pandai tetapi membunuh masa depan bangsa sendiri .kalau diteliti amat beruntung menjadi bangsa manoriti .segala tuntutan akan dilaksanakan dalam berperigkat peringkat ….bila nak tercapai merika minta yang lain pula.kerajaan seperti takut untuk mengambil tindakan kepada merika yang kurang ajar.kerana merika ni diangap manoriti segala tindakan yang akan diambil dikira perkauman .
    Pernah satu ketika dulu tengku abdul rahman berkata orang melayu sangup duduk diatas tikar sekira nya bangsa lain tak mahu tingal dan membawa semua harta kekayaan milik merika keluar dari tanah melayu ini .reenung lah kenapa tengku berkata begitu dan kepada orang lama tentu ingat bila tengku berkata begitu . bukan saya ingin membangkit cerita lama…tetapi sekadar memberi peringatan kepada semua .Ingatan kepada ketua MCA yang baru .Ingatan kepada ketua MIC.Agar kita berkawan cara baik ,serta bersahabat dengan jujur.Jangan beri rakan minum racun semasa rakan tengah kehausan .Orang melayu sudah biasa dengan racun dan ada setengah sudah boleh meneguk racun seperti air biasa ……..ingat ini pesanan anak melayu .
    kepada najib,My sera pemimpin umno anda mempunyai tugas yang amatberat untuk digalas…tetapi percaya lah dengan izin allah kami akan membuat beban yang digalas itu menjadi rengan .

  10. friendsofjandabaik

    One positive declaration!constructed and wrote by writers.

    Anyway, lets undermine certain factors governing this declacation.

    First,
    -these are wrote/construct by the writers. writers like norms, think that they could change the world (yet Muslim writers probably overlook that only God could change people nor everything),
    -writers writes something in exchange for monetary redeem from certain parties that will boost up their seats/agenda,
    -writers yet have to work like everybody else pay income tax …being part of society…like everybody else…,
    -writers in other words its a career which have a responsibilities towards the societies they live within,
    -writers being part of function in the country seats parallel to others like student, farmers, politicians, professionals etc so governed by law and institutions of the country they serve-in,
    -writers whether they like it or not have to accept the facts that there’re zero total freedom exist in this very beautiful world.

    Second,
    -writers do not portray the sincerity and full effort in what they declared. They merely formed a declaration and hope or maybe don’t give a toss to whether the declaration could be pursued or otherwise. They merely hope that others would take up this declaration and hope that others will fight and give full effort – time , resources and live for their declaration. They dream of becoming a hero shall this goes.
    -writers…sometimes they just wrote what they feels like and what they ‘think’ is right and what they ‘believed’-in; in one particular event/time.They produce an article/books normally without accepting an open challenge by the public before producing his opinion through their articles/books.
    – writers in this declaration put up a strong ‘warning’ statement but failed to concluded what they could do shall their warning not being fulfilled.
    -writers in this declaration failed to realise and understand the detail mechanism in order to promote unity, fighting the negative elements that they believed exist in the existing administration, system and mechanism.

    Thirdly,
    -writers have a power to overthrown the existing establishment of any negative practices shall they not chicken-out from what they had declared…meaning they are fully sincere, courage in going all-out for it.

    Fourth,
    -writers still lives in the umbrella of existing institutions/law of governing countries they live & work within
    -existing establishment in any political sides or parties has a money power and most their actions legally protected
    -existing establishment of illegal syndicates/organised criminals has a money power to make most their activities legally protected
    -face the facts that writers without adequate proofs nor case studies could end up in ISA…as its easy to just write anything but its not that easy to come up with analysis, case studies and proof materials…

    Fifth,
    – this declaration may stir-up for a moment , for a moment ; the awareness of general public which might appeared to be tiny targeted population…for the time being of what the declaration made by the writers trying hard to point-out.

    Finally,
    – this declaration could end up as ‘coffee shop talks’
    -this declaration could end up as ‘expression of opinion’

    Conclusion.
    -Muslims may have to come back to basics, to God & Sunnah. The biggest Sunnah of all is what the Prophet Muhammed p.b.u.h. have showed his Sahabah and all Muslims i.e. go out in the path of Allah in a way of Sunnah, make effort on ‘iman’ and ‘amal’. That is the seed of ‘piety’ (taqwa) and ahlak If iman is not good then Muslims may not afraid of their Allah and make something bad to other people/nature coz their ahlak is not good. Then they would probably involved with bribery, abusing power and other bad things..
    -So, how other people or non-Muslim want to go to Islam if Muslim practices in general is not good.
    -Then when Muslim see other people success in business etc, they also participate that but in other people ‘ways’ or ‘method’. Your Allah had showed you the ways and method but if you are following other people ways and methods , then you think you could success? Then you become angry to see other people success and some of you pursue that through bad conducts. Then some of you will made sort of this ‘declaration’.
    -You could be writers, students, farmers, drug addicts, professionals, politicians, rulers, authorities personnel etc, but as long you’re being Muslim, please do go out in the path of Allah (or your God Allah). Prophet Muhammad had showed you that is the way to solve a problem or any problem ( as in your society/country).
    -some of you Muslim think that you are ‘wali’ or someone special, you could travel through time, see the unseen for example; but the point is what happen to other people who do not yet get the ‘Kalimah’ Laailahaillah’ (There is no God to worship except Allah)? Don’t you feel worried? Don’t you feel sad? You just sit there secluded yourself somewhere, and others wiil looking for you? And you think that you understand all about Ilm (Knowledge) or ‘Ilmu’? For this people, please…go out in the path of Allah.
    -You are not God. You cant change people. Only God could change everything. How to make effort to change something? Prophet Muhammad p.b.u.h. had showed you. Go out in the path of Allah.

    Cheers!
    Global Backpacker
    Kuala Lumpur Homeboy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s