Kronologi Eurocopter – ref malaysiakini

18 Julai 2007 – Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.

3 September 2008 – Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

26 September 2008 – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.

13 Oktober 2008 – Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.

13 Oktober 2008 – Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

19 Oktober 2008 – Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

19 Oktober 2008 – Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.

20 Oktober 2008 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.

24 Oktober 2008 – Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.

28 Oktober 2008 – Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut. – mstar

diharap walaupun pembelian ini ditangguh sementara, pihak ATM terus dapat menyelenggara Nuri dengan lebih baik sementara menunggu pembelian baru ini.

Advertisements

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “Kronologi Eurocopter – ref malaysiakini

  1. Eagle

    Semua nya ada agenda disebalik helikopter. Pak Lah patut nya hentam sahaja pegawai kerajaan yang tak beri taklimat dengan sempurna. Jangan bagi chance Pak Lah, dah nampak harga nya berganda mesti ada apa apa, semua yang Pak Lah cerita tu susah orang nak percaya.
    Harap harap kebaikan Pak Lah tu jangan lah di salah guna, siapa siapa dalam kementerian tu yang rasa rasa nya ada apa apa, pandai pandai lah undur diri, sebab banyak lagi perkara yang akan keluar nanti.
    Pak Lah tu masih sabar lagi.

  2. cucupakkasim

    satu lagi percubaan untuk mencuri tetapi gagal,semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation adalah PENCURI BESAR,mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun..Hidup Sosilisma..!

  3. waris79

    aku rase ade udang sebalik mee nie..
    pak lah cuba nak condem kan najib pasal beli eli ye laa masa beli najib jadi menteri pertahanan..
    lagi pun atas desakan DSAI..
    macam maner kekawan..

  4. penulis_cyber

    Salam tuan blog…

    blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

    dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

    tq

  5. Salam,

    Di Negara ini satu fenomena yang sukar dibendung ialah sentiment prasangka,tuduh menuduh,buruk sangka dan PHD.Apa jua perkara baik yang pihak pemerintah ingin nak buat pihak pembangkang tetap membangkang dan apa jua isu politik yang dibawa oleh pihak pembangkang ia menjadi tidak releven dan kepentingan politik bagi kerajaan.Sampai bila kita ini berkeadaan begini?.Kenapa perlu kita bersikap begini?.Bukankah “buruk sangka”ini satu perbuatan yang dilarang Rasullulah s.a.w.!

    Tentang pertukaran Heli Nuri ini memang amat diperlukan.Sampai bila kita sanggup mengorbankan nyawa manusia yang tak ternilai itu.Mungkin kita bukan saudara-mara mangsa yang telah berkorban dalam insiden- insiden Nuri terhempas tapi bukankah yang berkorban itu dikehendaki pembelaaan dari kita dan kerajaan.Mamak pernah menaiki pesawat Nuri pada tahun -80an dan tahu keadaan Nuri secara rambang.Sempat juga mamak mengintai kabin memandu;meter-meter yang terdapat di dashboard itu terlompong dan kebanyakan meter-meter itu tidak berfungsi.Ditempat duduk passenger berkeadaan berserabai sekali.Takut lihat keadaan!.Ini kenyataan.Nuri perlu ditukar!.Mamak juga pernah mengikuti perkembangan pembelian kapal TLDM buruk dari Amerika seperti Kapal LST dan juga KD.Indera Pura.Kos pembaikannya kapal buruk yang dibeli dari gudang besi buruk Amerika itu lebih mahal dari membina sebuah kapal yang baru.Kadangkala Fakta BER atau Beyond Economical Repair itu langgsung tidak perendahkan.Mamak pernah bertanya kepada Pegawai-Pegawai tentera laut kenapa keadaan ini terjadi?.Ia bukan disebabkan elemen rasuah atau pun lain-lain perkara.Cuma ia adalah sikap pakar kewangan kita yang terdiri dari orang awam dan kehendak ahli politik.Pandangan Pegawai-pegawai kanan Tentera langgsung tidak diambil kira.Alasannya kalau beli baru banyak soal jawab dan tuduh menuduh oleh pihak pembangkang!.kalau membaiki beratus juta pun ia tidak akan menimbulkan masalah.contoh pembaikan yang menelan beberapa juta adalah KD.Rahmat.

    Kadangkala kita fikir kita ingin memperbetulkan keadaan tetapi sebenarnya pendapat kita sebenarnya menjahanamkan perkara yang baik.Biarkanlah pihak ATM sendiri mengendalikan urusan mereka.Kalau kita nak melihat negara ini berdaya saing dengan kuasa-kuasa serantau kita perlu satu angkatan tentera yang kuat dengan peralatan moden.Kita rakyat perlu berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara ini.Tentang rasuah atau pun yang lain-lain biarlah pihak bertanggung jawab menjalankan tugas.Kalau yang bersalah tetap akan terbongkar!.Hukuman sedia akan menanti didunia ini atau pun di alam yang lain.Kalau boleh janganlah terlalu kuat politik dengan ATM.Biarkanlah mereka menjalankan tugas bebas dari politik yang mengelirukan.Kalau kita ingin Negara kita sebagai ‘Harimau Yang Mengaum”di Asia tenggara perlu kita berkorban sedikit kearah pemodenan ATM untuk masa depan negara.Wassalam.

  6. Salam Blogger,

    Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

    Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

    Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

    Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.

    Ikhlas,

    Sarfarizmal Saad
    http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

  7. Apai Ngelai

    Cucupakkasim,

    Tahniah di atas kebijaksanaan awak dengan menuduh orang lain sebagai pencuri besar dan ia sekaligus membuktikan yang awak itu adalah seorang PEMBOHONG BESAR. Jangan buat andaian berdasarkan pemikiran yang sejemput awak tanpa usul periksa. Jangan fitnah orang.

    Awak risaukan hak rakyat selama 51 tahun ni lah?Pergilah mengadu kat PKR dan DAP, mudah-mudahan diorang kat dalam tu dapat bantu awak dengan memperkenalkan sistem hak rakyat sama rata ala-ala Komunisme pula. Hidupkan komunisme…!

  8. Horn

    Bodohnya pengampu, yang salah pun nak sokong..Aku senag yang betul tak kira UMNO ke sapa ke aku sokong…kalu tak betul UMno ke sape ke aku bangkang jgan jadi penyokong yang buta hati…kalu kat blog ni beriya2 nak pertahan tapi bila lepak ngan pemimpin Umno pun dia kata ade yang tak kena, cuma tidak boleh cakap secara terbuka…sendiri mau ingat jangan jadi bodoh UMNO perlu reform kalu tak betul

  9. assalamualikum semua!

    memang pelik benor teman dengan dema ni, teman ingat lagi masa nuri selalu terhempas dema kutuk sakan kerajaaan bior insiden tu terjadi suruh tukar ler… kononya belanja lain boleh bior orang mampus dengan nuri yang kononya dah kondem… pelik bila orang nak beli helikopter yang baru mula lah dema pulak kata rasuah bior ler orang jalankan posedur .. bior ler bpr buat keroje dia , lagipun belum beli lagi dah banyak bunyi… ala kalau nak berjuang cara betui apa susah jangan bantah …setidak2nya dia orang berani bawak bpr masuk yang mengkomer tu macam betui jer… ngapa tak suruh BPR siasat anwar pulak … he he he teman tengok mewah je masa di permatang pauh… bior BPR buat kroje dia pulak lagi pun komer kata berani kerana benor … barulah betui kalau idak salah tak der hei ler kawan

    sekupang dua tengah memikior mana gayanya HORN bercakap macam berani dan bijak keheinya he he he macam flower HORN kot hangat kekejap … yang pelik nya ikan tu nampak otak nya besor pada heinya kosong…….. tarak akai

  10. suara de kota

    Salam.

    UMNO Bodoh? Itu kata HORN dalam ulasannya?. Yang bodoh HORN. Horn tidak mahu nak kenang sejarah. Kalau UMNO Bodoh tentunya Melayu terlebih dahulu ‘merana’ semenjak tahun 1946 lagi…

    Kalau UMNO bodoh, Anwar Ibrahim tak masuk UMNO?… Dan kalau, UMNO Bodoh tentunya Anwar Ibrahim dah jadi PM sebelum Pak Lah jadi PM?… Yang bodoh adalah orang yang sudah buta hati, buta mata dan buta perasaan?.

    Horn tenguk Pemuda Enggang, walaupun tak kaya, tetapi namanya cukup kaya… ibarat pipit di kali- tak akan tercapai enggang di pohon nan tinggi?.

  11. assalamualikum semua!

    cayalah suara de kota………melayu yang tau asal usul dan memertabatkan bangsanya

    sekupangdua bior jadi suara di kampung pulak … hidop melayu

  12. Kuntakinte

    Salam, keputusan PAC semalam tiada penyelewengan cara pemilihan tender, PAC diangggotai oleh pekak2 AP BN, DAP, PKR dan PAS, jelas puak2 haluan kiri tak habis2 buat tuduhan dan cerita buruk terhadap Kementerian2 kerajaan dengan menuduh kakitangan kerajaan tak amanah dan perasuah. otak kuning semuanya.

    eman pernah naik Nuri sampai satu destinasi di Sabah kebas satu badan, fikir nak mati je dalam perut Nuri sepanjang perjalanan 45 min, sebab bergegar kuat, teman fikir dah tiba masanya kena tukar pada yang baru.

    Masalahnya bila ada orang politik terutama haluan kiri sesuka hati campur tangan kerja orang lain, membuat tuduhan dan kaitkan rakyat untuk benci kerajaan terutama pemimpin kerajaan dalam apa saja isu yang boleh masuk dalam kepala hotak rakyat bahawa pemimpin dan kerajaan perasuah, tiada keriasauan sebab selepas itu tiada tindakan dikenakan walau pun tuduhan berunsur fitnah, satu peraturan dan akta perlu diwujudkan kalau sesiapa saja membuat tuduhan perlu bertanggungjawab sekiranya tuduhan tak betul setelah disiasat boleh dikenakan hukuman sebat satu badan terutama bahagian mulut atau dibogelkan di dataran merdeka.

    p/s Nuri terhempas kerajaan salah, tak prihatin, kedekut macam2 tuduhan, beli baru salah, kerajaan rasuah ish…ish…ish… sibuk sungguh kerja malaikat mencatit di bahu kiri.

  13. Horn

    Orang bodoh memang tak tahu guna laras bahasa, baca betul-betul jangan jadi manusia bodoh..umNO TAK BODOH TAPI DALAM umNO ADA ORANG BODOH..kalu tak reti, jangan kritik komen orang lain…tahu antara kebodohan orang di dalam UMNo ? Bila kritik UMNO dan kerajaan dituduh pembangkang….

  14. teman nyokong dengan miker yop jangan hirau dema ni yop elok jer dema yang kita kandangkan dalam nuri yang hogeh tu hantor ke india kata jer hadiah HINDRAF kepeda kerajaan india

    sekupangdua pelik dengan dema ni, cakap elok telinga labang sangat nak belajor bijak sebenornya bigong. tapi teman rasa dema ni belum sampai dah kena tembak rasanya

  15. suara de kota

    Salam semua!
    suara de kota menarikan jari jemari
    Bagi HORN yang tidak berpuas hati…

    ” Bodohnya pengampu, yang salah pun nak sokong..Aku senang yang betul tak kira UMNO ke sapa ke aku sokong…kalau tak betul UMno ke sape ke aku bangkang… jangan jadi penyokong yang buta hati… kalau kat blog ni beriya2 nak pertahan tapi bila lepak dengan pemimpin Umno pun dia kata ade yang tak kena, cuma tidak boleh cakap secara terbuka…sendiri mau ingat jangan jadi bodoh… UMNO perlu reform kalu tak betul”

    Itulah paparan ulasan HORN yang membuat beliau kesimpulan seterusnya… ” orang bodoh memang tak tahu guna laras bahasa, baca betul-betul jangan jadi manusia bodoh.. umNO TAK BODOH TAPI DALAM umNO ADA ORANG BODOH… kalau tak reti, jangan kritik komen orang lain… tahu antara kebodohan orang di dalam UMNo? “.

    Siapa yang mengampu? Eagle?,cucupakkasim?, waris 79?, penulis_cyber?, Mamak Penang?, Sarfarizmal Saad?, Apai Ngelai?, sekupang dua? ataupun kuntakinte?.

    Eagle mengakui kebaikan Pak Lah. Waris 79 kata Pak Lah macam cuba nak condem Najib?. penulis_cyber ajak ke blognya?. Mamak Penang tak mengampu tetapi mencoretkan hujah yang hebat!. Sarfarizmal Saad memuji www. pemuda enggang.org. Apai Ngelai mematahkan ketidakpuasan cucupakkasim. Sekupang dua bertahan untuk perlunya NURI diganti, agar tiada yang mati terhempas; kalau adik beradik atau saudara mara kita macammana?., Sanggupkah kita menyaksikan ratap nestapa keluarga-keluarga malang tu nanti? (sekiranya NURI tidak diganti?) Manakala kuntakinte menceritakan pengalamannya naik NURI yang bergoncang seluruh badan tentu agaknya termasuk ‘telur’ dalam seluar?. Kalau saya tentunya ‘kecut’?.

    Tidak ada yang mengampu? Kalau ada pun cuma satu tuduhan yang keterlaluan?… MENCURI?… Pemimpin-Pemimpin UMNO dikatakan cuba melakukan sesuatu perlakuan mencuri?.

    Memang pemimpin UMNO pernah dahulunya MENCURI?…. Mereka MENCURI perhatian British untuk tidak meneruskan gagasan Malayan Union. Kalau ini tidak dicuri… alamat telah berubah ‘Ketuanan Melayu’.

    Duhai HORN!, laras bahasa yang saya simpulkan… kita dan sahabat-sahabat saya (tidak putus-putus menurunkan komen) tentunya ahli UMNO atau sekurang-kurangnya masih sayangkan UMNO dulu, kini dan selamanya tidak bodoh…

    Dan sekiranya orang-orang Melayu yang anda katakan bodoh yang mengungguli kepimpinan Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Hussien Onn, Abdul Razak, Mahadir Mohamed, Abdullah Ahmad Badawi dan nanti anak Abdul Razak, Najib tidak BODOH tetapi akan terus memerangi onar dan nanah yang direbakkan oleh Pakatan Rakyat?.

    Wahai Melayu… jangan kita diperbodohkan dik dahyah manusia-manusia yang gila kuasa dan kedudukan. Konon nak tubuh Malaysia Baru?.

    ” Kalau padi di bendang masih lagi menguning… tidak sekoi hendak kita tuai…”

    “Kita dendangkan irama bumi tercinta… barulah nenak moyang tenteram dalam pusara…” Hidup Melayu!… Kitalah…Kitalah… Kitalah pewaris pejuang bangsa!. Wassalam!.

  16. HEraNLah

    Kesimpulannya Nuri perlu diganti….tapi persoalannya…
    1)Ada yang qualiti sama harga tidak membebankan ngapa tak beli…
    2) Kecanggihan sama tapi harga lebih murah, kenapa ambil yang harga berganda
    3) Kenapa tiada pemeriksaan fizikal sebelum buat pembelian (akhbar arus perdana tidak menyatakannya dalam laporan PAC)
    4) Kenapa negara lain beli lebih murah malaysia beli harga 220 peratus lebih mahal

    inilah yang dipersoalkan oleh sebilangan rakyat tak kira UMNO ke pembangkang

    Cara pembelian prosedur betul dan PAC akui, PAC tiada kuasa menyiasat tentang harga, itu sebab PAC meminta diadakan suruhan jaya penilaian pembelian yang menggunakan wang rakyat.

    Semua ini dipersoalkan dalam perbahasan usul bahagian sebuah cawangan diKuala LUmpur bukan dari pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s