Daily Archives: November 1, 2008

Harga beras pula turun! Malaysiakini

Harga beras turun 20sen sekilo berikutan penurunan harga minyak.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ketuanan Melayu GAGAL kata zaid ibrahim – malaysiakini

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.

Beliau berkata, konsep itu telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar di negara ini.

“Ia menyebabkan kita hilang pertimbangan berkaitan kesamarataan dan keadilan.

“Apabila seorang wanita Cina dilantik mengetuai sebuah agensi kerajaan negeri yang dia telah berkhidmat selama 33 tahun, wujud protes daripada kumpulan Melayu kerana dia ialah seorang yang berbangsa Cina,” katanya ketika berucap pada Persidangan LawAsia 2008 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu. – utusan

nota: Penulis konsep ketuanan melayu bukan lah satu konsep yang gagal. Ia sebenarnya satu ‘overview’ atau satu ‘big picture’ yang patut dijadikan panduan bagi apa2 keputusan yang dibuat yang melibatkan rakyat. Ia supaya segala keputusan yang dicapai hendaklah berada di dalam ‘win-win situation’ di mana kepentingan semua kaum perlu diambil kira dgn berpaksikan ketuanan melayu. Sayang sekali, sebenarnya konsep ketuanan melayu bukanlah satu isu yang besar seperti yang sering dihebah2kan oleh ahli politik baik dari pembangkang atau kerajaan demi survival politik mereka. Ia hanya konsep dan perkataan sahaja. Mengapa perlu ada perasaan fobia terhadap ayat ketuanan melayu???

Henti menyalahkan konsep ini salah…konsep itu betul….adakah konsep ketuanan melayu ini gagal? Tidak adil jika penulis mengatakan ianya gagal dan tidak adil juga mengatakan ianya berjaya. Ketuanan melayu sebenarnya adalah perkara yang berada di dalam perlembagaan Malaysia. Amat kelakar melihat ramai yang fobia dengan ayat ketuanan melayu. Ia seolah2 menafikan hak kaum lain tetapi sebenarnya ia tidak menafikan hak mana2 pihak.

Marilah kita semua tak kira kaum dan bangsa, bangun bersama-sama memperkasakan Malaysia. Hari ini, permainan politik sesetengah pihak amat terus sehingga menyebabkan rakyat berasa kurang selesa. Walhal sebenarnya konsep ketuanan ini sudah digunapakai sejak 50 tahun dahulu.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kronologi Perbicaraan Razak Baginda – malaysiakini

7.00 pagi: Pihak media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam.

7.15 pagi: Keluarga tunang Cif Inspektor Azilah Hadri tiba kawasan mahkamah.

8.30 pagi: Wartawan dibenarkan masuk ke dalam mahamah. 8.50 pagi: Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev tiba bersama Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dan Duta Mongolia ke Thailand yang juga ditauliahkan ke Malaysia, Siikhuu Saisainbileg.

8.52 pagi: Bapa Razak, Datuk Abdullah Malim Baginda tiba.

8.55 pagi: Isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan tiba bersama anak mereka, Rowena.

8.57 pagi: Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh masuk ke mahkamah.

9.00 pagi: Abdul Razak masuk ke mahkamah diiringi pegawai polis. Sejurus selepas itu isteri dan anak beliau berjumpa dan memeluknya dalam keadaan sebak sambil menangis.

9.15 pagi: Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar masuk dengan wajah mereka kekal ditutup.

9.35 pagi: Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin masuk dan mahkamah mula bersidang dengan membacakan keputusan mahkamah terhadap ketiga-tiga tertuduh.

9.50 pagi: Hakim memutuskan Abdul Razak dibebaskan kerana tiada kes prima facie terhadapnya manakala Azilah dan Sirul didapati mempunyai prima facie dalam kes ini dan perlu membela diri. Hakim kemudiannya mengumumkan untuk berhenti rehat selama 15 minit bagi beliau membuat keputusan untuk menetapkan tarikh pembelaan.

10.05 pagi: Mahkamah kembali bersidang. Pada mulanya hakim ingin menetapkan supaya proses pembelaan diadakan pukul 2.45 petang ini. Namun peguam kedua dua tertuduh minta ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk membuat persediaan serta ingin mendapatkan saksi. Hakim kemudiaanya menetapkan perbicaraan akan diadakan 10 November.

10.10 pagi: Abdul Razak dilihat meninggalkan kompleks mahkamah bersama keluarganya tanpa memberi sebarang komen kepada media yang menunggunya. Beliau hanya berkata: “Saya hanya mahu pulang ke rumah.”

10.40 pagi: Azilah dan Sirul meninggalkan mahkamah dengan keadaan muka yang bertutup diiringi pegawai polis.

11.30 pagi: Wartawan mula berkumpul di pekarangan rumah Razak Baginda di Bukit Damansara.

12.00 tengah hari: Abdul Razak pulang ke rumah.

12.30 tengah hari: Abdul Razak keluar dari rumah tanpa mengulas apa-apa kepada pemberita.

2.00 petang: Abdul Razak pulang ke rumah sambil memaklumkan sidang akhbar diadakan pada hari yang lain.

2.10 petang: Abdul Razak keluar semula bersama anak perempuannya. – mstar

nota: Apabila penulis menerima sms dari The Star yang mengatakan Razak tidak bersalah, pada fikiran penulis sudah tentu ramai yang akan mengatakan perbicaraan ini mencurigakan. Tetapi penulis percaya proses pengadilan yang dijalankan adalah adil bagi semua pihak. Harus diingat bahawa amat sukar utk memuaskan hati semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam kes ini.

Kebenaran amat sukar ditegakkan pada hari ini, tetapi ingatlah sekiranya kita bertindak tidak adil sesama manusia, azab yang diterima nanti lebih dasyat.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Minyak Turun Lagi – ref malaysiakini

Alhamdulillah, minyak turun buat kali keempat. Penurunan sebanyak 15sen seliter berkuatkuasa hari ini. Pada pandangan penulis dengan harga minyak dunia yang berlegar di sekitar bawah USD75 sebenarnya dpt meningkatkan lagi penurunan harga minyak….mungkin lebih dari 15sen…

Tetapi penurunan harga minyak jika terlalu drastik bakal merugikan kerajaan. Harap rakyat terus berdoa agar harga minyak dunia berada di paras yang lebih rendah.

Kini harga minyak sudah pun turun. Bagaimana pula dengna harga barang?? Sifat tamak pembekal terus menghantui pengguna. Walaupun beberapa hypermarket mengambil inisiatif menurunkan harga barang, diharap peniaga2 lain juga mengambil langkah yang sama.

Alhamdulillah.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda