Kronologi Perbicaraan Razak Baginda – malaysiakini

7.00 pagi: Pihak media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam.

7.15 pagi: Keluarga tunang Cif Inspektor Azilah Hadri tiba kawasan mahkamah.

8.30 pagi: Wartawan dibenarkan masuk ke dalam mahamah. 8.50 pagi: Bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev tiba bersama Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi dan Duta Mongolia ke Thailand yang juga ditauliahkan ke Malaysia, Siikhuu Saisainbileg.

8.52 pagi: Bapa Razak, Datuk Abdullah Malim Baginda tiba.

8.55 pagi: Isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan tiba bersama anak mereka, Rowena.

8.57 pagi: Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh masuk ke mahkamah.

9.00 pagi: Abdul Razak masuk ke mahkamah diiringi pegawai polis. Sejurus selepas itu isteri dan anak beliau berjumpa dan memeluknya dalam keadaan sebak sambil menangis.

9.15 pagi: Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar masuk dengan wajah mereka kekal ditutup.

9.35 pagi: Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin masuk dan mahkamah mula bersidang dengan membacakan keputusan mahkamah terhadap ketiga-tiga tertuduh.

9.50 pagi: Hakim memutuskan Abdul Razak dibebaskan kerana tiada kes prima facie terhadapnya manakala Azilah dan Sirul didapati mempunyai prima facie dalam kes ini dan perlu membela diri. Hakim kemudiannya mengumumkan untuk berhenti rehat selama 15 minit bagi beliau membuat keputusan untuk menetapkan tarikh pembelaan.

10.05 pagi: Mahkamah kembali bersidang. Pada mulanya hakim ingin menetapkan supaya proses pembelaan diadakan pukul 2.45 petang ini. Namun peguam kedua dua tertuduh minta ditangguhkan kerana mereka memerlukan masa untuk membuat persediaan serta ingin mendapatkan saksi. Hakim kemudiaanya menetapkan perbicaraan akan diadakan 10 November.

10.10 pagi: Abdul Razak dilihat meninggalkan kompleks mahkamah bersama keluarganya tanpa memberi sebarang komen kepada media yang menunggunya. Beliau hanya berkata: “Saya hanya mahu pulang ke rumah.”

10.40 pagi: Azilah dan Sirul meninggalkan mahkamah dengan keadaan muka yang bertutup diiringi pegawai polis.

11.30 pagi: Wartawan mula berkumpul di pekarangan rumah Razak Baginda di Bukit Damansara.

12.00 tengah hari: Abdul Razak pulang ke rumah.

12.30 tengah hari: Abdul Razak keluar dari rumah tanpa mengulas apa-apa kepada pemberita.

2.00 petang: Abdul Razak pulang ke rumah sambil memaklumkan sidang akhbar diadakan pada hari yang lain.

2.10 petang: Abdul Razak keluar semula bersama anak perempuannya. – mstar

nota: Apabila penulis menerima sms dari The Star yang mengatakan Razak tidak bersalah, pada fikiran penulis sudah tentu ramai yang akan mengatakan perbicaraan ini mencurigakan. Tetapi penulis percaya proses pengadilan yang dijalankan adalah adil bagi semua pihak. Harus diingat bahawa amat sukar utk memuaskan hati semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam kes ini.

Kebenaran amat sukar ditegakkan pada hari ini, tetapi ingatlah sekiranya kita bertindak tidak adil sesama manusia, azab yang diterima nanti lebih dasyat.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Kronologi Perbicaraan Razak Baginda – malaysiakini

  1. Anonymous

    Since Razak Baginda, the fall guy, with no further obstacles or hindrances in sight for Nargis in his ascending to the Top Power, has been released, and the real murderers whose identities are obvious are still at large with RPK detained under ISA and PI Balasundram exiled overseas there is no other major obstacles and hindrances to Nargis’ ascendancy to the pinnacle of his power come March 2009. This is only obvious that UMNO has now the final say in justice with their man Zaki as the Chief Justice. This is the obvious Justice of Malaysia, the laughing stock of the whole world, Malaysia should be boycotted by the world communities for their greatest injustices towards human rights and common normal justices.

  2. AbangTuah

    Salam,

    Janganlah dipertikaikan lagi keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah adalah seadil-adilnya setelah menimbangkan segala bukti-bukti yg ada. Siapakah kita yg tidak mengetahui apa-apa menyarankan pihak mahkamah menjatuhkan kesalahan kepada siapa sahaja yg kita sangka atau kita tuduh. KITAkah mahkamah atau MAHKAMAHkah mahkamah?

  3. Salam,

    Kadangkala Mamak sukar nak bezakan kes Altantuya ini kes konspirasi Politik atau pun kes jenayah biasa.Walau macam mana pun Altantuya ini dah jadi ‘Marilyn Monroe Malaysia’ kerana ada yang kata mempunyai kabel kuat dengan ahli politik di negara ini.Mamak tak berapa minat nak masuk campur kes-kes jenayah dan juga cerita khabar-khabar angin yang tak ada bukti!.Yang pandai tentang mentasfirkan khabar angin adalah Special Branch dan CID di jabatan polis!.Biarkan mereka selesaikan perkara ini.Lagi pun kes ini belum selesai di Mahkamah yang terlepas itu buatlah sembayang nashua kerana orang kata “Maka tidaklah bergoncang pokok tanpa angin”.Itulah contoh dan tauladan kita perlu diambil Jangan sekali-kali hampiri Zina kerana zina itu adalah perkara yang terkutuk.Jangan fikir orang tak nampak Allah sentiasa awasi setiap pergerakan kita dan perbuatan kita.Bagi orang senang dan kaya janganlah perlekehkan seruan Allah dan Nabi….Wassalam.

    p/s:Mamak ingin benar lihat Datin-Datin mengenakan pakaian Islam kerana nampaklah negara ini amalkan nilai Islam apabila ikut suami menghadiri jumpa ketua negara yang lain.Pekerja Mamak yang berketurunan Aceh,Indonesia berkata:”Mamu kalau di Aceh perempuan tak pakai tudung kepala diluar..kena tampar”!!!!.he..he..Ini suami kata “Malaysia Negara Islam tapi si Isteri Tak Pakai Tudung kepala ….apa hal!kena tegurlah sikit walau pun sayang bini chek oii!.Esok bukan bini kena jawab ..suami juga tanggung Dosa!!!!.Mami pakai tudung comel loteh!!manis dipandang..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s