Minyak Turun Lagi – ref malaysiakini

Alhamdulillah, minyak turun buat kali keempat. Penurunan sebanyak 15sen seliter berkuatkuasa hari ini. Pada pandangan penulis dengan harga minyak dunia yang berlegar di sekitar bawah USD75 sebenarnya dpt meningkatkan lagi penurunan harga minyak….mungkin lebih dari 15sen…

Tetapi penurunan harga minyak jika terlalu drastik bakal merugikan kerajaan. Harap rakyat terus berdoa agar harga minyak dunia berada di paras yang lebih rendah.

Kini harga minyak sudah pun turun. Bagaimana pula dengna harga barang?? Sifat tamak pembekal terus menghantui pengguna. Walaupun beberapa hypermarket mengambil inisiatif menurunkan harga barang, diharap peniaga2 lain juga mengambil langkah yang sama.

Alhamdulillah.

Advertisements

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Minyak Turun Lagi – ref malaysiakini

  1. Tiada apa yang harus dibanggakan dengan penurunan ini, RM0.15 yang turun itu tidak ada makna.Berdasarkan harga pasaran minyak dunia sekarang sepatutnya harga petrol kita RM1.80 ATAU RM1.60.Harus negara kita pengeluar minyak bukan pengimport macam Singapura.Kerajaan Malaysia masih gagal menjaga kebajikan rakyatnya kerana pemimpinnya pengamal rasuah.

  2. AbangTuah

    Salam,

    Memang benar, berdasarkan harga pasaran dunia harga minyak kita sepatutnya berharga sekitar RM 1.80 seliter. Sekarang minyak kita berharga RM 2.15 seliter. Tetapi jika kita tolak pula subsidi RM 0.30 maka minyak yg kita beli sebenarnya berharga RM 1.85 seliter. Hmmm, pada pandangan kawan itu nampaknya ok jugalah.

    Tapi walaubagaimana pun kawan tak pula membantah sekiranya kerajaan hendak menurunkan lagi harga minyak dimasa terdekat, tentunya akan dapat mengurangkan lagi bebanan yg ditanggung rakyat.

    Kawan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan diatas keperihatinan terhadap masalah rakyat.

  3. Apai Ngelai

    Sarawak,

    Bersabar….. kena bersabar lah. Kerajaan akan buat penurunan harga minyak secara berperingkat-peringkat, tak boleh secara mendadak kerana ia akan meninggalkan impak negatif yang besar kepada pengusaha-pengusaha tempatan khususnya stesen-stesen minyak.

    Ini dilakukan agar pengusaha tempatan yang berkaitan dapat menyeimbangi nisbah penurunan kos berbanding masa agar tidak mencatat kerugian dalam satu tempoh ketika jualbeli dilakukan.

    Pada masa yang sama, kerajaan tidak mahu terjadinya ‘huge fluctuating trend’ dalam carta kawalan harga minyak pasaran tempatan. Contohnya, kalau bulan ini turun RM0.30 bulan depan naik RM1.15, bulan kemudian turun balik RM0.87. Bayangkanlah, apa yang akan jadi pada sektor ekonomi tempatan? Taukeh kedai pun takut nak bukak bisnes dalam perniagaan mereka kerana ia melibatkan sejumlah modal pusing yang cukup besar (angkara charge dan kos pengangkutan) yang belum tentu lagi tahu untung ruginya pada setiap bulan. Huru-hara beb…

    Kita yang guna kereta memang tak rasa benda yang seperti ini. Sebab pemikiran kita cuma nak tahu banyak mana minyak boleh diisi ke dalam tangki saja. Tapi diakhirnya, kita juga yang merungut harga barang keperluan yang kita guna hari-hari naik turun tak tentu masa. Kerajaan nak kawal harga barang pun susah. Bukan satu dua benda yang kena dijaga.. kan?

    Tidak semua tindakan kerajaan itu nampak faedahnya dalam tempoh sesingkat ini. Rakyat yang tidak tahu sentiasa mengharapkan hasil dapat dinikmati sekelip mata berdasarkan pengetahuan logik akal masing-masing sahaja, tanpa memikirkan pula impak dan kesan negatif terhadap perkara lain jika dilakukan secara terburu-buru.

    Janganlah pula kita membuta-tuli menuduh pemimpin yang bukan-bukan, kerana pemikiran kita selalu cenderung kearah kejahatan apabila hati kita tidak dijaga dari prasangka dan andaian buruk semata-mata. Berfikiran matanglah dalam penilaian pendapat masing-masing.. Relax bro…

  4. Kuntakinte

    Salam, Sarawak, bersyukur le sedara, bersyukur itu di tuntut dalam mana2 agama, baru lah apa rezeki yang kita perolihi dan yang kita berlanjakan diberkati, apabila diberkati akan bertambah lah rezeki yang melimpah2.

    tuduhan demi tuduhan memang senang nak dilemparkan, satu kerja yang paling mudah dan senang di buat kata buruk pada orang lain, semua orang boleh buat, tuduhan rasuah turun minyak oleh kerajaan pun kalau kepala hotak kuning boleh juga di istilah salah satu unsur rasuah kerajaan kepada rakyat sebab dari harga tinggi kepada harga rendah, seperti dakwa AN War terdahulu semasa kali pertama harga minyak diturunkan mendakwa kerajaan gula2 kan rakyat, sebab apa, sebab kepala hotak kuning.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s