Daily Archives: November 3, 2008

Eurocopter: Tiada penyelewengan – ref malaysiakini

awatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter yang telah digantung, kata Pengerusinya, Datuk Azmi Khalid hari ini.

Beliau memberitahu pemberita di Parlimen bahawa mesyuarat PAC mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan prosedur dalam proses tender pembelian Eurocopter.

Bagaimanapun, PAC memandang berat pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh kerajaan itu.

Azmi juga berkata, jawatankuasa itu mahu kerajaan lebih telus pada masa hadapan, dan menyarankan supaya panel semakan bebas ditubuhkan untuk pembelian-pembelian yang membabitkan perbelanjaan yang besar.

Menurutnya, PAC akan terus memantau urusan pembelian Eurocopter.

nota: apa cerita ni?? hehehe….mungkin ramai yang tak tau..urusan tender tak semestinya yang murah akan dipilih….ya memang betul negara lain beli helikopter yang sama dengan harga tunai dengan lebih rendah…mungkin harga tunai itu rendah akibat ‘offsetting arrangement’ yang dibuat oleh pihak pembeli dan penjual. Bab membeli kelengkapan ketenteraan atau pendek kata yang melibatkan nyawa…..soal harga bukan isu..tetapi kualaiti dan keselamatan harus dititikberatkan.

Advertisement

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Naib Presiden Gerakan S. Vijayaratnam ditemui mati

Naib Presiden parti Gerakan, Datuk Dr S. Vijayaratnam ditemui mati di hadapan kliniknya di bangunan Vijaya Mahal, Jalan Tunku Hassan di sini pagi ini.

Kejadian itu berlaku pada pukul 11.15 pagi ini ketika orang ramai terdengar dentuman berhampiran pejabatnya.

Ketika ini, polis masih menjalankan siasatan sama ada kejadian itu mempunyai unsur-unsur jenayah atau mangsa terjatuh dari bangunan empat tingkat tersebut. – Utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Najib menang tanpa bertanding – ref Malaysiakini

Setelah lebih tiga dekad menceburi politik ‘secara kebetulan’ selepas ayahnya – bekas Perdana Menteri kedua meninggal dunia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar) mengorak satu lagi langkah untuk menerajui Umno dan bakal menerusi legasi Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebagaimana telah dijangkakan banyak pihak, memenangi kerusi Presiden Umno dengan mudah tanpa cabaran.

Detik kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang ketika Najib berada di kawasan KL Sentral di ibu negara sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008.

Meskipun menang jawatan itu semalam, ketika masih ada 50 bahagian yang akan mengadakan persidangan perwakilan menjelang 9 November ini, Najib hanya akan dimahkotakan sebagai Presiden Umno yang ketujuh dan membuka laluan untuk menjadi Perdana Menteri yang baru tahun depan.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Jumaat lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan kuasa ketua kerajaan sebaik sahaja berakhirnya perhimpunan agung parti tahun depan.

Berdasarkan jadual pemilihan, dengan kemenangan itu, Najib akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Dalam reaksinya lewat petang semalam Najib menyatakan keazaman untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh akar umbi Umno.

Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Abdullah.

“Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN.

“Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian (141 pencalonan sehingga lewat malam tadi) yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno,” kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my.

Najib juga berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur.

“Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara,” katanya.

Timbalan Presiden Umno itu semalam menerima 25 pencalonan, menjadikan jumlah yang diterima Najib sebanyak 141 pencalonan.

Antara lain Najib menerima pencalonan daripada bahagian Batu Kawan, Tawau, Silam, Keningau, Teluk Kemang, Tampin, Puchong, Sekijang, Ayer Hitam, Kulim-Bandar Baharu, Tanjung Malim, Segamat, Bentong, Kapar, Kota Raja, Muar, Indera Mahkota, Klang, Cameron Highlands, Teluk Intan, Balik Pulau dan Labuan.

Najib pernah diramal berhadapan dengan saingan bekas Naib Presiden, Tengku Razaleih Hamzah.

Tetapi Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu hanya memperoleh satu pencalonan iaitu semalam daripada bahagiannya sendiri.

Seseorang calon yang layak bertanding jawatan Presiden perlu memperoleh minimum 58 pencalonan.

Dalam kes Najib, 55, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Abdullah memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya.

Empat tahun lalu beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.

DISAHKAN

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dihubungi Bernama mengesahkan kemenangan tanpa bertanding Najib memandangkan manamana pencabar tidak akan dapat melepasi kouta kelayakan 58 pencalonan.

Bagaimanapun, Najib hanya akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu Mac tahun depan.

“Najib secara automatiknya menang tanpa bertanding (Presiden Umno) tetapi beliau akan menjadi Presiden selepas terma tamat tempoh (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pada 28 Mac depan,” katanya.

KERJAYA POLITIK

Kerjaya politik Najib dalam parti dan kerajaan bermula selepas ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika itu Perdana Menteri yang kedua, meninggal dunia.

Pada 1976, Najib dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, dan dua tahun kemudian memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan (1980-82), sekali gus mengetuai bahagian itu sejak 1982 sehingga sekarang.

Selain itu, beliau dipilih sebagai Exco Pemuda Umno pada 1978 dan anggota Majlis Tertinggi Umno dari 1984 hingga 1986. Pada 1986 beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Umno dan dua tahun kemudian sebagai Ketua Pemuda yang dipegang sehingga 1993.

Dari 1993 hingga 2004 Najib merupakan salah seorang Naib Presiden Umno.

Najib juga merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976, yang ditandingi ketika berusia 23 tahun. – mstar

nota: Sebagai makluman…jawatan Presiden sesebuah parti bukanlah mencerminkan jawatan itu sebagai penjawat jawatan Perdana Menteri. tepuk dada tanya selera….Moga tradisi Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia terus berkekalan….

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

LDP pula bersuara…. ref malaysiakini

Kongres Tahunan Ke-19 Parti Liberal Demokratik (LDP) meluluskan resolusi untuk menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Lebih 1,000 perwakilan yang hadir dalam kongres itu sebulat suara meluluskan resolusi itu sebelum kongres sehari itu ditutup oleh Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong.

Liew yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, resolusi itu yang akan dikemukakan kepada kerajaan dan pucuk pimpinan Barisan Nasional, menggesa kerajaan menyemak semula sama ada ISA masih relevan dan menjelaskan skop akta itu.

“Kami juga menggesa kerajaan untuk menyemak semula dan memperbaharui Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara komprehensif bagi mencerminkan realiti politik, sosial dan ekonomi di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan kongres itu di sini semalam.

Liew berkata, kongres juga meluluskan pelantikan bekas Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Penasihat Kehormat Seumur Hidup parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Liew berkata, ISA tidak lagi relevan kerana negara tidak lagi berdepan dengan ancaman komunis seperti pada 1960-an.

“Keadaan dalam negara kini telah berubah. Walaupun kita tidak dapat menafikan yang keganasan global mengancam kita dan keselamatan negara kita, kita perlu mempunyai dasar yang komprehensif untuk menangani pengganas yang amat berbeza dengan lawan dan penentang dalam politik,” katanya.

Katanya, semakan semula DEB perlu dilakukan melalui konvensyen yang akan membincangkannya secara mendalam dan menganalisis keputusan, hasil dan kesan pelbagai program dan dasar DEB sebelum ini.

“Konvensyen ini kemudian boleh merumuskan dasar dan strategi pembangunan ekonomi negara yang baru dan lebih adil kepada semua kaum di negara ini. Ia boleh menggubal rancangan yang lebih dinamik, saksama dan menyeluruh,” katanya. BERNAMA’

nota: ramai yang kata..bila kita lemah..kita akan dipijak2…tapi bagi penulis….ia agak berlainan…semua perkara ini timbul apabila kita asyik mempertahankan apa yang kita ada….sebagai contoh motto yang sering kita dengar..’mempertahankan hak orang melayu’ dan sebagainya…tidak salah dengan motto ini…tetapi….sekiranya asyik mempertahankan…bila pula kita hendak menyerang….pada penulis menyerang bukanlah satu usaha utk menafikan hak orang lain tetapi usaha utk memperkasakan hak sendiri dan juga orang lain…

Ibarat kita bermain bola sepak…berjaya dapatkan gol pada awal babak perlawanan…tetapi selepas kita jaring kan gol yakni berjaya dapatkan hak kita…dan kita asyik mempertahankan gol yang ada sepanjang minit perlawanan…..terdapat beberapa kemungkinan berlaku….kemungkinan pertama MUNGKIN kita akan menang dengan gol pertama tadi…kemungkinan kedua ialah…pihak lawan MUNGKIN akan jaringkan gol dan keputusan seri yakni hak kita akan sama rata dengan dengan orang lain… dan kemungkinan ketiga…pihak lawan jaringkan 2 gol..iaitu 1 gol penyamaan..dan 1 lagi gol kemenangan…yakni…hak yang kita pertahankan selama ini…tewas jua akhir….tetapi perlu diingatkan…permainan bola ada masa penamat…iaitu 90minit..tetapi dalam kehidupan politik..tiada noktah penamat…..

bukanlah hasrat penulis ingin melagakan mana-mana pihak…cuma sekiranya kita asyik bertahan..tanpa melipatgandakan usaha utk memperkasakan hak kita dan juga hak orang lain….lama-lama kita sendiri boleh kecundang…

Wallahualam..

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda