LDP pula bersuara…. ref malaysiakini

Kongres Tahunan Ke-19 Parti Liberal Demokratik (LDP) meluluskan resolusi untuk menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Lebih 1,000 perwakilan yang hadir dalam kongres itu sebulat suara meluluskan resolusi itu sebelum kongres sehari itu ditutup oleh Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong.

Liew yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, resolusi itu yang akan dikemukakan kepada kerajaan dan pucuk pimpinan Barisan Nasional, menggesa kerajaan menyemak semula sama ada ISA masih relevan dan menjelaskan skop akta itu.

“Kami juga menggesa kerajaan untuk menyemak semula dan memperbaharui Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara komprehensif bagi mencerminkan realiti politik, sosial dan ekonomi di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan kongres itu di sini semalam.

Liew berkata, kongres juga meluluskan pelantikan bekas Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Penasihat Kehormat Seumur Hidup parti.

Terdahulu dalam ucapannya, Liew berkata, ISA tidak lagi relevan kerana negara tidak lagi berdepan dengan ancaman komunis seperti pada 1960-an.

“Keadaan dalam negara kini telah berubah. Walaupun kita tidak dapat menafikan yang keganasan global mengancam kita dan keselamatan negara kita, kita perlu mempunyai dasar yang komprehensif untuk menangani pengganas yang amat berbeza dengan lawan dan penentang dalam politik,” katanya.

Katanya, semakan semula DEB perlu dilakukan melalui konvensyen yang akan membincangkannya secara mendalam dan menganalisis keputusan, hasil dan kesan pelbagai program dan dasar DEB sebelum ini.

“Konvensyen ini kemudian boleh merumuskan dasar dan strategi pembangunan ekonomi negara yang baru dan lebih adil kepada semua kaum di negara ini. Ia boleh menggubal rancangan yang lebih dinamik, saksama dan menyeluruh,” katanya. BERNAMA’

nota: ramai yang kata..bila kita lemah..kita akan dipijak2…tapi bagi penulis….ia agak berlainan…semua perkara ini timbul apabila kita asyik mempertahankan apa yang kita ada….sebagai contoh motto yang sering kita dengar..’mempertahankan hak orang melayu’ dan sebagainya…tidak salah dengan motto ini…tetapi….sekiranya asyik mempertahankan…bila pula kita hendak menyerang….pada penulis menyerang bukanlah satu usaha utk menafikan hak orang lain tetapi usaha utk memperkasakan hak sendiri dan juga orang lain…

Ibarat kita bermain bola sepak…berjaya dapatkan gol pada awal babak perlawanan…tetapi selepas kita jaring kan gol yakni berjaya dapatkan hak kita…dan kita asyik mempertahankan gol yang ada sepanjang minit perlawanan…..terdapat beberapa kemungkinan berlaku….kemungkinan pertama MUNGKIN kita akan menang dengan gol pertama tadi…kemungkinan kedua ialah…pihak lawan MUNGKIN akan jaringkan gol dan keputusan seri yakni hak kita akan sama rata dengan dengan orang lain… dan kemungkinan ketiga…pihak lawan jaringkan 2 gol..iaitu 1 gol penyamaan..dan 1 lagi gol kemenangan…yakni…hak yang kita pertahankan selama ini…tewas jua akhir….tetapi perlu diingatkan…permainan bola ada masa penamat…iaitu 90minit..tetapi dalam kehidupan politik..tiada noktah penamat…..

bukanlah hasrat penulis ingin melagakan mana-mana pihak…cuma sekiranya kita asyik bertahan..tanpa melipatgandakan usaha utk memperkasakan hak kita dan juga hak orang lain….lama-lama kita sendiri boleh kecundang…

Wallahualam..

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “LDP pula bersuara…. ref malaysiakini

  1. Hj.amir

    Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ketuanan Melayu sebagai satu konsep yang gagal dan hanya membawa keburukan kepada kemajuan bangsa Melayu di negara ini.
    Ibarat main bola pulak…OK takpa …kalau kita tak mampu bertahan nak menyerang lagi…cuba tengok pasukan bola sepak di seluruh Malaysia kita, mana ada pemain Cina. Kalau takda pemain cina hak kita memang selamat, tapi kita kalah teruk. Pada masa dulu, kita ada Tauke Soh, Wong choon wah, moktar dahari, dll, masa itu kita gemilang…Korea Selatan pun takut bermain disini. karang, heh…vietnam pun kalahkan kita. Ketuan Melayu dibola sepak tu ditanggung 100 peratus Melayu sendiri. Tok sah nak meyerang, Kalau berman bola sepak dgn Cina tu, kita boleh minta hak 30% gol sebelum bermain. Itu kosep ketuanan melayu kita. Ini Konsep kegagalan. Ini konsep orang kurang upaya bermain bola sepak. Adakah kita nak melahirkan kita ni menjadi orang kurang upaya….?

  2. Salam,

    Mamak rasa ramai yang tak faham mengenai DEB di perkenalkan oleh kerajaan selepas peristiwa berdarah 13 mei 1969 iaitu dilaksanakan pada tahun 1970.Di negara yang bermasyarakat majmuk seperti di Malaysia, pemerintah perlulah bijaksana membahagikan harta kekayaan Negara pada semua kaum yang terdapat di negara ini.Sekiranya satu kelompok masyarakat terlalu kaya dan dan satu lagi masyarakat terlalu miskin maka timbul ketidak kepuashatian masyarakat yang tercorot itu.Masyarakat yang tercorot dengan kemiskinan ini akan membangun dan menuntut hak mereka sebagai rakyat di negara ini.Mula keadaan yang kucar-kacir akan berlaku.Perkara sebegini tidak boleh dielakan dinegara ini.Kerajaan pemerintah perlu sentiasa berwaspada sebagai rakyat yang berlindung dibawah payung Duli Yang Seri Paduka Yang Di pertuan Agong ,semua rakyat di bumi ini berhak menerima hak mereka dalam kekayaan negara ini.DEB atau NEP ini diwujudkan dengan niat membantu kaum Melayu Bumiputra untuk memiliki Hak Equiti kekayaan negara sekurang-kurangnya 30%.Orang Melayu perlu faham adakah kekayaan Negara sebanyak 30% itu mencukupi walhal bangsa lain memiliki 70%?.Jadi bukankah orang Melayu masih lagi dalam kemonoplian ekonomi orang lain walau pun berdabik dada mengatakan Negara ini Negara Tanah Melayu!.

    Dasar DEB bukan bertujuan merampas hak kaum lain.Ini kena faham.Dan dasar DEB pulak bukan seperti kaldai tunggangan.Mamak heran Dasar DEB yang begitu baik orang Melayu sendiri sekarang jadikan sebagai kaldai!.Pada suatu masa dulu kaldai ini jugalah membawa kamu ke Universiti tempatan dan luar Negara,Jadikan orang-orang Melayu ahli-ahli korporat yang multi-millioner dan lain-lain.

    LDP perlu faham Negeri Sabah dan Sarawak merangkumi lebih 20% penduduk Bumiputera keseluruhan populasi Negara Malaysia. Maknanya mereka mempunyai hak Bumiputera sama seperti Di Semenanjung.Apa yang perlu LDP memperkatakan ialah hak Bumiputra Sabah dan Sarawak dan mohon lebih perhatian keatas Bumiputra Sabah dan Sarawak yang masih lagi ketinggalan arus kemajuan dibezakan dengan Bumiputra Semenanjung.Apa punya bodohnya!!! mohon DEB dihapuskan.Kalau dengan DEB pun tak boleh majukan Bumiputra Sabah dan Sarawak kalau tanpanya bayangkanlah wahai Bumiputra Sabah dan Sarawak!!!!.Populasi 8% Negara ini pun dah mula mintak ini dan itu kamu semua 20% dan Bumipulak itu …tak tahu ke Hak engakau orang?.

    Bagi orang Melayu yang celaru dengan DEB itu fahamilah maksud dan niatnya ditubuhkan.Bukan sekadar membaca atau dari mendengar pihak pembangkang bercerita tentang DEB.Fikir kuasa ekonomi Malaysia ditangan siapa?.Sepatutnya berada ditangan siapa?.
    Kronologi DEB:

    1.Dalam Tahun 70-an Kalau Tahun Baru Cina *Dua minggu seriau kedai Ah Chong tak buka kerana hampir keseluruhan ekonomi Malaysia macam lumpuh dirasa!.Makan Sardin je!.Nasib baik Mamak adak kedai runcit boleh juga beli Sardin.
    2.Dalam tahun 80-an kalau Tahun baru Cina *Ah Chong Tak Buka kedai 1 minggu.Masih ada kedai melayu dan Mamak ada stok Ikan ,Daging dan ayam.

    3.Tahun 90-an Kalau Tahun Baru Cina *Ah Chong Buka ke Tak Bukak ke Apa peduli?.Pasar raya mat Salleh Bukak,Mydin ada Bukak,Nasi Kandar ada Bukak,Delima ada bukak …. Ah Chong tak bukak apa peduli?.

    4.Tahun 2000 Kalau Tahun Baru Cina Ah Chong tak jadi cuti kerana takut customer lali pii kedai Merayu sama itu mamak maaaah….!.Ini semua itu DEB pun pasailah!.

    Daripada perkara di atas Mamak harap orang Melayu kena faham siapa diantara kita yang paling gusar dan tak senang duduk dengan DEB?.Harapan Mamak orang Melayu,dan Bumiputra Orang sabah dan Sarawak janganlah lupa mempertahankan hak hampa kerana orang yang menyerahkan haknya kepada orang lain adalah orang-orang dayus!!!!.Wassalam.

  3. Kuntakinte

    Salam, teman pernah sentuh baru2 ni kalau pokok dah condong usah kan kura2 panjat, malah penyu pun panjat sama la… ni… labi2 pun ikut panjat jugak….. si kera & monyet melompat pindah pokok. kita tunggu lepas ni sapa pulak nak beranak atas pokok?

  4. mamak teman setuju dengan mamak raya kedua dah boleh kena nasi kandak atau tomyam….. but bro kunta kinte lantak ler dema …rasanya dema yang jadi berok iyo ler jangan bagi belacan udah ler…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s