Najib menang tanpa bertanding – ref Malaysiakini

Setelah lebih tiga dekad menceburi politik ‘secara kebetulan’ selepas ayahnya – bekas Perdana Menteri kedua meninggal dunia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar) mengorak satu lagi langkah untuk menerajui Umno dan bakal menerusi legasi Tun Abdul Razak Hussein sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, sebagaimana telah dijangkakan banyak pihak, memenangi kerusi Presiden Umno dengan mudah tanpa cabaran.

Detik kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang ketika Najib berada di kawasan KL Sentral di ibu negara sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2008.

Meskipun menang jawatan itu semalam, ketika masih ada 50 bahagian yang akan mengadakan persidangan perwakilan menjelang 9 November ini, Najib hanya akan dimahkotakan sebagai Presiden Umno yang ketujuh dan membuka laluan untuk menjadi Perdana Menteri yang baru tahun depan.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Jumaat lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan kuasa ketua kerajaan sebaik sahaja berakhirnya perhimpunan agung parti tahun depan.

Berdasarkan jadual pemilihan, dengan kemenangan itu, Najib akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Dalam reaksinya lewat petang semalam Najib menyatakan keazaman untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh akar umbi Umno.

Beliau percaya pencalonan itu mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Abdullah.

“Saya berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin bagi menangani segala cabaran yang sedang dihadapi oleh Umno dan BN.

“Saya bersyukur dan terharu di atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh 134 bahagian (141 pencalonan sehingga lewat malam tadi) yang telah bersidang, sekali gus menandakan kemenangan tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno,” kata beliau dalam laman blognya 1Malaysia.com.my.

Najib juga berharap agar proses pemilihan yang sedang berlaku sekarang dapat terus berjalan dengan bersih dan teratur.

“Marilah kita bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan Negara,” katanya.

Timbalan Presiden Umno itu semalam menerima 25 pencalonan, menjadikan jumlah yang diterima Najib sebanyak 141 pencalonan.

Antara lain Najib menerima pencalonan daripada bahagian Batu Kawan, Tawau, Silam, Keningau, Teluk Kemang, Tampin, Puchong, Sekijang, Ayer Hitam, Kulim-Bandar Baharu, Tanjung Malim, Segamat, Bentong, Kapar, Kota Raja, Muar, Indera Mahkota, Klang, Cameron Highlands, Teluk Intan, Balik Pulau dan Labuan.

Najib pernah diramal berhadapan dengan saingan bekas Naib Presiden, Tengku Razaleih Hamzah.

Tetapi Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu hanya memperoleh satu pencalonan iaitu semalam daripada bahagiannya sendiri.

Seseorang calon yang layak bertanding jawatan Presiden perlu memperoleh minimum 58 pencalonan.

Dalam kes Najib, 55, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Abdullah memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya.

Empat tahun lalu beliau menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden.

DISAHKAN

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dihubungi Bernama mengesahkan kemenangan tanpa bertanding Najib memandangkan manamana pencabar tidak akan dapat melepasi kouta kelayakan 58 pencalonan.

Bagaimanapun, Najib hanya akan diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno pada perhimpunan agung parti itu Mac tahun depan.

“Najib secara automatiknya menang tanpa bertanding (Presiden Umno) tetapi beliau akan menjadi Presiden selepas terma tamat tempoh (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) pada 28 Mac depan,” katanya.

KERJAYA POLITIK

Kerjaya politik Najib dalam parti dan kerajaan bermula selepas ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein, ketika itu Perdana Menteri yang kedua, meninggal dunia.

Pada 1976, Najib dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Pekan, dan dua tahun kemudian memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan (1980-82), sekali gus mengetuai bahagian itu sejak 1982 sehingga sekarang.

Selain itu, beliau dipilih sebagai Exco Pemuda Umno pada 1978 dan anggota Majlis Tertinggi Umno dari 1984 hingga 1986. Pada 1986 beliau dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Umno dan dua tahun kemudian sebagai Ketua Pemuda yang dipegang sehingga 1993.

Dari 1993 hingga 2004 Najib merupakan salah seorang Naib Presiden Umno.

Najib juga merupakan Ahli Parlimen Pekan sejak 1976, yang ditandingi ketika berusia 23 tahun. – mstar

nota: Sebagai makluman…jawatan Presiden sesebuah parti bukanlah mencerminkan jawatan itu sebagai penjawat jawatan Perdana Menteri. tepuk dada tanya selera….Moga tradisi Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri Malaysia terus berkekalan….

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Najib menang tanpa bertanding – ref Malaysiakini

  1. Salam,
    Biasalah Datuk….Orang kita pasai nak sokong no.1 dalam dunia.Nak pelingkup pun no.1 jugak.Jaga-jagalah kaki pengampu dan keluarga sendiri tuk!.keluarga kita nie boleh yang melingkupkan pun boleh dan memajukan kita pun boleh!.kalau boleh jangan bagi campor hal politik lebih baik tuk.Perniagaan Mamak berjaya kerana tak bagi kelurga campuk dalam niaga!.Bini ke adik beradik ke dalam bisness tarak cuma position saja!.Tapi bila jalan ke hadapan itu sekali-sekala pandanglah ke belakang; takut-takut kaki tikam belakang itu ramai.

  2. Kuntakinte

    Salam, teman tengah pikior mamak, apa pulak cerita tentang bakal PM kita nak muncul, la ni An War tengah karang skrip untuk di tayang kan, sikap orang melayu ni, mana senang tengok orang senang, benda tak buat dikata buat, maklumlah dalam dunia ni bermacam2 species keturunan manusia yang mengelilingi kita terutama sebagai seorang pemimpin negara.

    Teman ada bersembang dengan seorang Datin semasa jamuan h/raya, Datin ni macam keluarga teman jugak rapatnya dan cukup akrap dengan Rosmah, dia pernah berceritakan pada teman mengenai luahan hati si Rosmah, delima sebagai seorang isteri pemimpin negara Rosmah redha ada kalangan sang manusia yang menjadi pelobi tak kenal pun asal usul menggunakan namanya untuk melobi projek hanya sekadar menunjuk kan gambar sang pelobi bergambar dengan keluarganya bersama rosmah disatu majlis tak ingat dimana, bebagai pihak akan mengambil kesempatan untuk melakukan berbagai cara untuk mengisi perut, sebagai Rosmah tak terfikir dengan bergambar dengan keluarga seseorang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri. jadi betul kata pepatah kalau takut dilambung ombak jangan jadi nelayan.

    Yang teramat penting katanya Allah S.W.T yang menilai diri kita, fitnah, tuduhan, cacian adalah kawan sepermainan kita didalam dunia politik, yang penting tangunggjawab dilaksanakan dengan bijaksana dan terbaik, teman doakan Dato Seri Najib akan beroleh kekuatan dalam semua aspek dan teman yakin UMNO melangkah ke era baru.

  3. assalamualaikum semua !

    yop kunta kinte teman tak berapa heran dengan guna nama ni sebab iblih yang mula dah nampak … tak kan miker lupa dema dah mula lagi guna nama najib dan datin… najib bunuh orang ler… najib beli kapal selam ler… isk… isk…. iskkk kuat benor temberang orang pkr ni….sama ler maxcam bapak nya menipu anaknya yang kononya cerdik buah pel@#*….BAPAK TIPU DEMA ANGGUK… esok ler bapak jadi perdana menteri…eh idak …lusa ler…. eh idak …. tulat ler…. eh idak….tonggeng…ater aje padan muka ler mengkomer

    sekupang dua tak paham … manusia yang kata guan anwar utk tawan malaysia… tapi dema sendiri yang basah kuyup…mana idaknya …kena kencing…he he he …mana gayanya nak nyedorkan dema yang bingong nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s