Daily Archives: November 4, 2008

Insentif Baru dari Kerajaan – ref malaysiakini

Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009, sebagai langkah unjtuk menambah pendapatan boleh guna pekerja.

Ia merupakan antara beberapa insentif diumumkan kerajaan. Berikut ialah insentif-insentif berkenaan:

* Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, kerajaan meningkatkan had kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

+ Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000;

+ Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000; dan,

+ Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagi hartanah di pasaran sekunder di mana hak milik strata belum dikeluarkan, kata Najib.

* Pekerja dibenar untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSP secara sukarela sebanyak 3 peratus selama dua tahun, mulai 1 Januari 2009, sebagai langkah unjtuk menambah pendapatan boleh guna pekerja.

* Bagi memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina 25,000 rumah kos rendah dan sederhana.

* RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera.

* RM600 juta akan disalurkan untuk projek-projek kecil menerusi program penyelenggaran infrastruktur awam dan infrastruktur asas, seperti menyelenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

* RM500 juta diperuntukkan bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan awam, termasuk sekolah, hospital dan jalan raya

* RM500 juta diperuntukkan untuk membina, menaik taraf jalan-jalan di luar bandar, kampung dan jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak. – mstar

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Rombakan kabinet ?? – ref malaysiakini

diberitakan bahawa satu rombakan kabinet akan diadakan?…walaupun ia merupakan khabar angin tetapi kemungkinan untuk berlaku tetap ada…. sekiranya ia berlaku mungkin beberapa muka baru akan diketengahkan selepas kepimpinan parti2 komponen seperti MCA dan Gerakan telah menjalankan pemilihan jawatankuasa peringkat pusat meraka.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Obama vs McCain – malaysiakini

1. Hari ini 4 November, rakyat Amerika akan memilih Presiden mereka yang baru bagi menggantikan George Bush. 140juta orang pengundi akan memilih dan menentukan masa depan Amerika.

2. Persaingan antara Barack Obama dan John McCain. Satu calon Demokrat satu lagi dari Republikan.

3. Menurut bancian awal, Obama sedang mendahului McCain. Tetapi dalam politik macam2 boleh terjadi.

4. Tidak dinafikan, warna kulit juga boleh menjadi penentu kemenangan Obama.

5. Dasar Luar Negara, Krisis Kewangan merupakan cabaran utama bagi kedua-dua calon.

6. Satu dunia tertumpu pada Amerika hari ini.

7. Walau siapa pun yang menang, di harap janganlah menjadi seperti George Bush.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz alu-alukan Kod Etika wakil rakyat – ref malaysiakini

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa di kalangan ahli-ahli Parlimen.

Menurut beliau, kempen seumpama itu sesuai dan relevan untuk dilaksanakan di kalangan Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih berhatihati sebelum bercakap dan menjadi contoh terbaik untuk diteladani.

“Ahli Parlimen ni orang yang berada di atas, sudah bijak pandai, banyak pengalaman, tidak perlu nak adakan akta atau sebagainya untuk kawal mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan kerajaan memperhebatkan kempen Budi Bahasa di kalangan ahli Parlimen yang dibuat Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam.

Menurut Shafie, Ahli Parlimen mempunyai pengaruh kuat bukan sahaja di kawasan masing-masing tetapi juga di peringkat kebangsaan.

Shafie berkata, kementeriannya telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai untuk kegunaan Anggota Parlimen dan ahli Yang Berhormat, antaranya melalui penyebaran risalah. BERNAMA

nota: elok lah ada kod etika bagi YB2. kalau tidak ada, perbahasan dah macam budak2 sekolah. terjerit sana sini. orang berhujah bertukar pendapat. bukan nak tunjuk diri siapa hebat.

22 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda